fbpx

Medical Card Terbaik

12 Perkara Penting Dalam Memilih Takaful Medical Card Terbaik Dan Murah

Dalam memilih takaful medical card terbaik dan murah untuk keluarga, banyak pertanyaan yang selalu bermain dikalangan bakal pelanggan.

Tidak tahu bahagian mana lebih penting dalam memilih medical card terbaik.

Persoalan yang populor :

Apakah medical card takaful terbaik ?”

“Syarikat A mempunyai perlindungan RM 1 juta, tentu lebih bagus daripada kad perubatan Takaful B yang hanya RM300K, kan?”

Secara umumnya, untuk mencari medical card takaful terbaik, perlu tahu beberapa perkara penting yang wujud dalam sijil/policy medical card.

Berikut adalah 12 perkara penting yang perlu anda  fahami dalam memilih takaful medical card terbaik dan murah.

1. KADAR SUMBANGAN

Ia akan meningkat dalam tempoh tertentu.

Setakat ini belum ada medical card yang kadar bayarannya tetap. Ini kerana kos perubatan sentiasa meningkat.

Jika boleh cari takaful medical card yang walaupun kadar sumbangan meningkat, manfaat takaful medical card pun bertambah.

2. KO-TAKAFUL

Ia adalah bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan sekiranya dimasukkan ke hospital.

Mungkin ada, mungkin tiada.

Kebiasaan caruman untuk takaful medical card yang ada ko-insurans lebih rendah tetapi risiko lebih tinggi jika berlaku tuntutan kerana pelanggan perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membayar sebahagian kos perubatan.

Manakala caruman bagi takaful medical card tanpa ko-insurans adalah lebih tinggi tetapi peserta tidak  risau jika berlakunya tuntutan kerana beliau tidak perlu mengeluarkan wangnya sendiri.

3. KO-PAYMENT

Ia merupakan bayaran yang perlu dibayar sekiranya pelanggan upgrade bilik ke bilik yang melebihi kadar medical card.

Kebiasaan dalam bentuk peratusan yang perlu ditanggung dari bil-bil lain (selain caj bilik) yang dikenakan bila client naik taraf bilik wad melebihi had bilik.

Teliti terma dan syarat dalam takaful medical card sama ada ianya menawarkan pelan yang ada co-payment.

Walaupun harganya nampak murah, tapi ia mungkin akan menyusahkan anda apabila ditahan wad nanti.

Jangan terkeliru dengan Ko-Takaful, dua istilah berbeza.

4. HAD TAHUNAN (ANNUAL LIMIT)

Had tahunan adalah  satu jumlah had yang boleh anda ‘claim‘ atau digunakan untuk setiap tahun.

Sebagai contoh Medical Card A, had tahunan adalah RM100,000, maka peserta hanya boleh gunakan maksima RM100,000 sahaja dalam masa satu tahun medical card takaful.

Apabila memasuki tahun kedua, had tahunan ini akan kembali kepada RM100,000.

Begitulah untuk tahun ketiga, empat dan seterusnya.

Tetapi jika kos rawatan atau claim melebihi daripada RM100,000 setahun, peserta harus bayar kos rawatan dengan menggunakan wang sendiri.

Jika 10 tahun claim RM100,000 maka akan cecah RM1 juta yang mana, ia situasi yg sangat jarang kerana jika seseorang menjalani kos pembedahan RM1,000,000 selalunya ia sudah kritikal dan akan meninggal dunia.

5. HAD SEMUA HIDUP (LIFETIME LIMIT)

Had seumur hidup adalah satu had yang boleh anda ‘claim’ atau gunakan untuk membayar kos perubatan seumur hidup peserta.

Jumlah ini memang nampak tinggi, ada yang RM1 juta, ada yang RM2 juta malah ada yang tiada had (unlimited)

Tapi ketahuilah bahawa ia hanya “gimik”, kerana belum pernah berlaku lagi pelanggan yang tidak cukup had seumur hidup.

Tapi ramai yang terpaksa bayar sendiri apabila sudah claim melebihi had  tahunan.

Jadi fokus kepada annual limit, bukan lifetime limit.

6. FASAL PENGECUALIAN.

Ini perkara yang AMAT PENTING dalam kita memilih takaful medical card terbaik dan murah

Cari perkara ini dalam polisi dan baca situasi-situasi yang pelanggan tidak layak untuk claim jika dimasukkan ke hospital.

Setiap polisi syarikat mempunyai klausa berbeza-beza antara satu sama lain.

Bila kita hendak langgan medical card takaful terbaik, sudah menjadi kebiasaan kebanyakan orang minta sebut harga (quotation).

Perunding Takaful akan bagi sebut harga, satu muka surat sahaja. Dalam satu muka surat disenarai semua manfaat yang akan dapat bila langgan pelan takaful tersebut.

Pernah anda terfikir, kenapa semasa setuju dengan pelan takaful satu muka surat, tetapi bila terima polisi setebal 50 muka surat?

Apa ada dalam 50 muka surat itu?

Sepatutnya semasa terima sebut harga, mesti disertakan skali dengan PDS.

Apa itu PDS?

PDS adalah Product Disclosure Sheet. Dalam bahasa melayu, helaian keterangan produk.

Di dalam PDS akan dinyatakan :

” Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai pelan takaful ini

Sila pastikan juga anda membaca terma-terma dan syarat-syarat am”

Ada baca? Tak perlu lah, agent akan tolong bacakan.

Atau “tak perlu tahu lah, agent semua uruskan”

Antara maklumat yang terdapat didalam PDS produk takaful adalah :

1. Apakah ciri-ciri produk ini?
2. Apakah konsep syariah yang digunapakai?
3. Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan?
4. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar?
5. Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?
6. Apakah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penting yang perlu saya ketahui?
7. Apakah Pengecualian utama bagi pelan ini?
8. Bolehkah saya membatalkan sijil saya?
9. Apakah yang perlu saya buat sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk menghubungi saya?

Banyak maklumat yang kita boleh perolehi dari PDS ini, yang paling penting no 7, Pengecualian.

Bila anda baca Pengecualian, boleh menyebabkan terbatal niat anda nak sertai pelan takaful.

7. TEMPOH MENUNGGU

Ini adalah tempoh permulaan medical card berkuat kuasa sepenuhnya. Ia mungkin 30 hari hingga 120 hari.

Secara umum, tempoh menunggu untuk medical card takaful adalah 30 hari daripada tarikh mula sijil.

Tempoh menunggu bermaksud sebarang penyakit yang dikesan dalam tempoh ini dianggap sebagai penyakit sedia ada, dan tidak dilindungi.

Selepas 30 hari, jika menghidap penyakit ‘biasa’ seperti demam  denggi atau keracunan makanan, pihak takaful medical card biasanya akan mengeluarkan GL dengan mudah.

Namum ada beberapa penyakit tertentu yang memerlukan tempoh menunggu selama 120 hari (4 bulan).

8. TEMPOH MENUNGGGU PENYAKIT KHUSUS.

Ada beberapa penyakit khusus yang mempunyai tempoh menunggu lebih panjang sehingga 120 hari.

Antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis, jantung, berkaitan kanser, tulang belakang (termasuk disk), lutut dan lain-lain (rujuk polisi bawah definisi ‘specified illnesses’).

Jika penyakit-penyakit di atas dikesan di dalam tempoh menunggu 120 hari, ianya dianggap sebagai penyakit sedia ada dan tidak dilindungi sepanjang tempoh medical card.

9. KLAUSA PENGUBAHAN POLISI.

Ini juga maklumat penting yang perlu diketahui yakni syarikat berhak membuat perubahan terhadap polisi TANPA persetujuan pelanggan.

Hanya sekadar notis dalam tempoh tertentu untuk menjadikan terma dan syarat polisi berubah mengikut kehendak syarikat.

Ia juga dikenali sebagai “non cancelable policy” atau NCC. Tanpa klausa NCC, syarikat berhak mengubah kandungan polisi dengan hanya memberi notis dalam tempoh tertentu.

10. THIRD PARTY ADMINISTRATION (TPA).

Ada ejen takaful yang memburukkan syarikat lain dengan “fakta” bahawa third-party administration seperti polisi third-party kenderaan.

Ia adalah auta bukan fakta, sebab TPA medical card adalah merujuk kepada syarikat operator yang menguruskan GL dan urusan kemasukan wad yang tertakluk di bawah Bank Negara.

Langsung tiada kena mengena dengan istilah third-party dalam insurans kenderaan.

11. LAWATAN DOKTOR

Setiap kali kemasukan hospital, ada jumlah tertentu lawatan doktor ke atas pesakit.

Jika had lawatan doktor hanya sehari sekali, maka sekiranya ada 2 lawatan doktor jadi kos lawatan doktor yang kedua perlu ditanggung oleh pemegang polisi.

12. PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE

Portfolio Withdrawal Clause (PWC) bermaksud, syarikat takaful berhak menarik balik produk takaful medical card dari pasaran dgn memberi notis tertentu kpd pelanggan. Jika ada klausa ini, syarikat berhak menarik balik produk medical card dari pasaran.

Dengan bantuan 12 tip penting dalam memilih medical card terbaik, dapat membantu sahabat mendapat plan yang betul.

Tekan Butang Whatsapp Untuk Bantuan Segera