Travel insurance Terbaik. Ada yang pandang sebelah mata saja tentang ini termasuk di kalangan mereka yang mengaku sebagai backpackers.
Malahan tak keterlaluan jika dikatakan persiapan dan itinerari sebolehnya dicari sehabis lengkap sebelum tarikh travel bermula.
Segala do’s and dont’s berada dalam kepala. Jika boleh kat mana lokasi tandas dan berapa bayaran masuk sebab nak kencing pun dah tahu sebelum tiba ke lokasi yang di tuju.
Tapi tidak bagi travel insurance terbaik. Berbagai alasan akan diberikan agar travel insurance terbaik yang kelihatan tidak penting ini tak perlu dibeli. Mahal, bajet tak cukup, insya Allah kita sama-sama selamat pergi dan balik, tak sempat beli, tak tahu mana nak beli dan… entahlah, banyak sangat alasan korang.
Kali ni saya nak kongsikan beberapa risiko besar yang bukan saja boleh buat duit dalam bank korang rabak, tapi keluarga kat kampung turut terpaksa berhempas pulas dapatkan duit demi menyelamatkan korang jika perkara ni terjadi kat diri korang semasa travel.