- 68% daripada pencarum KWSP berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai kurang daripada RM50,000.
- Kelompok 20% terbawah pencarum KWSP mempunyai simpanan purata sebanyak RM6,909
- Daripada 32 juta rakyat Malaysia, 69% tergolong dalam ‘umur bekerja’ iaitu di antara 15-65 tahun. Hanya 48% daripada golongan ini mempunyai akaun KWSP yang aktif.
- 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun.
Sebab kalau diikutkan statistik KWSP di atas, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang berdepan dengan waktu persaraan yang getir. Silap haribulan, kita perlu kerja sampai bila-bila. Sedangkan waktu tua itulah, waktu untuk kita berehat dan meningkatkan ibadat.
Jadi kalau ditakdirkan tiada lagi KWSP selepas ini, apakah pilihan yang kita ada? Nak melabur dekat mana untuk dijadikan tabung persaraan kita