6 Perkara Pasal Insurans Nyawa/Perubatan Yang Ejen Anda Tak Beritahu
6 Perkara Pasal Insurans Nyawa/Perubatan Yang Ejen Anda Tak Beritahu
Baru-baru ni, tular berita seorang pesakit yang terpaksa membayar RM76,000 untuk yuran perubatan sebab wakil insurans dia tak nak layan. Penat-penat dia bayar RM400 setiap bulan selama 4 tahun, tapi bila nak buat claim, kena tolak.
Perlindungan insurans atau takaful memang penting sebagai langkah berjaga-jaga. Walaupun rawatan kat hospital awam biasanya sangat murah, ada kemungkinan kita akan kena penyakit kritikal yang memerlukan rawatan yang mahal dan serta-merta, tak lupa jugak layanan yang selesa.
Tapi itulah, antara sebab insurans payah nak tuntut adalah disebabkan oleh ajen yang kerja separuh jalan. Nak lagi kalau korang sign up dengan sedara-mara atau budak sekolah lama yang tiba-tiba je contact kata nak jumpa, lepas tu hard-sell gila-gila. Lagi teruk lagi bila ajen tu kerja setahun dua je, lepas tu berhenti.
Sebab tu lah sangat penting bagi korang untuk faham perkara-perkara asas tentang insurans. Jangan main semberono je letak tandatangan, lepas tu terkejut bila korang tak layak claim!
Jadi Loanstreet nak jawab soalan-soalan yang korang mungkin tak tau nak tanya, dan kita akan mula dengan istilah yang paling asas, iaitu…
1. Apa kejadah itu ‘premium’?
Premium takde kaitan dengan minyak RON97 yang dikatakan boleh melincirkan enjin kereta korang. Dalam subjek kewangan sendiri, premium boleh membawa makna berlainan bergantung kepada topik:
Dalam insurans, premium adalah jumlah yang korang perlu bayar setiap bulan kepada syarikat insurans.
Korang boleh pilih berapa banyak premium yang korang nak bayar. Premium yang tinggi tak bermakna korang akan dapat polisi yang lebih baik, sebab korang mungkin akan dapat perlindungan ke atas perkara yang korang tak perlukan sekalipun. Tapi premium yang sangat rendah pun mungkin menyebabkan korang tak dapat perlindungan yang korang perlukan.
Sebab tu la korang kena cari ejen yang memang betul-betul boleh percaya dan memang ambil kisah pasal keperluan korang.
2. Apa jadi kalau saya tak alami sebarang kemalangan atau tak jatuh sakit?
Rakyat negara lain mungkin tanya: “Berapa banyak keluarga aku dapat kalau aku mati?” Tapi rakyat Malaysia nak tahu “Berapa banyak aku dapat sebelum aku mati.”
Sebab itulah masih ramai yang tak melanggan sebarang insurans, sebab mereka fikir yang mereka mungkin takkan dapat sebarang musibah dalam hidup mereka. Memanglah takdir kita ni ditentukan Tuhan, tapi kita pun kena ambil usaha untuk mempersiapkan diri. Sebab itulah soalan ni masih ditanya-tanya – adakah korang akan dapat semua jumlah wang yang korang dah bayar sepanjang tempoh insurans tersebut?
Sebelum kita jawab soalan ni, ada dua istilah yang korang kena tahu:
Payment term adalah tempoh di mana korang perlu bayar polisi insurans tersebut
Maturity adalah tarikh polisi insurans tersebut berakhir.
Maturity benefits boleh menjamin yang korang akan dapat sejumlah wang kalau korang tak pernah tuntut insurans sampai tarikh akhir tempoh bayaran.
Tak semua polisi ada maturity benefits ni. Malah, pada sesetengah polisi, korang mungkin akan mengalami kerugian kalau korang tak pernah buat tuntutan.
Jadi, soalan tadi masih belum dijawab, iaitu…
3. Berapa banyak saya akan dapat kalau saya tak pernah buat tuntutan?
Kat sini kita lihat satu lagi istilah:
Sum assured adalah jumlah wang yang ditetapkan, yang akan korang dapat bila menepati syarat-syarat tertentu.
Syarat-syarat tertentu ni termasuklah kematangan, penyakit kritikal, kecacatan, dan kematian. Dalam kes kematangan, sesetengah polisi menawarkan sum assured, kiranya nak raikan korang yang panjang umur dan sihat sentiasa.
Tapi tak semua polisi menawarkan sum assured. Tapi sebaliknya, mereka menawarkan:
Cash value policy yang membahagikan premium korang kepada 1) Perlindungan insurans, 2) Yuran, dan 3) bilai tunai.
Senang cerita, sepanjang korang bayar premium, nilai tunai korang akan bertambah. Nilai tunai inilah yang korang boleh keluarkan pada tempoh matang. Sesetengah polisi juga menawarkan bonus kalau korang tak buat apa-apa tuntutan.
No claim bonus adalah bonus kalau korang tak buat apa-apa tuntutan.
Susah kalau nak cakap sama ada sum assured akan bagi korang lebih banyak wang daripada nilai tunai. Nak pening lagi, ada sesetengah polisi yang menjamin sekurang-kurangnya jumlah premium yang korang dah bayar setakat ni, tapi biasanya polisi ni memang tinggi nilai premium dia.
Perkara ni juga terpakai berkaitan dengan kematian. Kalau korang mati selepas tempoh matang, pewaris takkan dapat manfaat kematian. Sebaliknya mereka mungkin hanya mendapat sum assured atau nilai tunai, bergantung kepada polisi.
Setakat ni kita cerita pasal orang yang rajin bayar premium tiap-tiap bulan. Apa jadi kalau korang tak buat bayaran?
4. Apa jadi kalau saya tak buat bayaran insurans?
Malang tak berbau. Mungkin ada musibah yang menipa daripada segi kewangan, dan korang tak mampu nak bayar premium. Biasanya, korang akan diberi tempoh tangguhan (grace period) sekitar 30 hari. Kalau korang masih tak dapat nak bayar, korang akan dkira sebagai lapse.
Lapse berlaku bila korang gagal membayar premium bagi temoh yang ditetapkan, di mana perlindungan korang akan ditarik balik.
Lapse boleh ditangguhkan lagi kalau korang melanggan cash value policy, di mana mereka akan menolak cash value untuk membayar premium. Bila jumlah nilai tunai ni habis dan korang betul-betul lapse, korang akan hilang semua duit dan manfaat korang.
Jadi fikir betul-betul sebelum memilih polisi. Mungkin korang nak pilih premium yang lebih tinggi sebab perlindungan yang ditawarkan, tapi kena ambil kira samada korang boleh bayar tiap-tiap bulan ke tak.
Tapi selain daripada masalah kewangan, korang mungkin ada sebab lain untuk berhentikan insurans jadinya…
6. Apa jadi kalau saya berhentikan insurans awal?
Ada beberapa sebab kenapa korang nak batalkan insurans korang. Korang mungkin nak cari polisi yang lebih murah, atau mungkin korang tiba-tiba dapat perlindungan lain yang buatkan polisi sedia ada tak diperlukan lagi. Atau mungkin korang tiba-tiba kahwin dengan anak raja.
Memberhentikan polisi (juga dipanggil surrendering) ni senang je. Bila korang batalkan polisi tersebut, korang akan dapat jumlah cash value yang terkumpul. Sesetengah syarikat insurans mungkin akan kenakan caj pembatalan yang akan ditolak daripada jumlah nilai tunai ni.
Pastikan korang ada perlindungan lain sebelum membatalkan insurans sedia ada. Mungkin tak berbaloi untuk korang batalkan insurans hanya kerana korang nak keluarkan cash value buat jangka masa pendek, sebab ia akan beri kesan buruk buat kewangan korang dalam jangka masa panjang. Melainkan kalau korang memang akan kahwin dengan anak raja.
6. Apa lagi yang saya perlu tahu sebelum beli insurans nyawa/perubatan?
Ada banyak panduan kat luar sana yang akan terangkan segalanya tentang insurans nyawa/perubatan; termasuklah jenis polisi (kad perubatan, penyakit kritikal, kecacatan dll), kos premium, perlindungan yang korang dapat, dan sebagainya.
Dan kalau benda ni tak cukup untuk buat korang rasa nak pitam, korang kena tanya butir-butir penting seperti:
- Ada had tak untuk berapa banyak korang boleh buat tuntutan?
- Bila korang dah buat tuntutan, bila korang boleh tuntutan seterusnya?
- Kalau korang buat tuntuan yang besars (contohnya untuk kecacatan), adakah polisi tersebut akan bagi manfaat atau adakah ia akan tamat?
Sebab itulah sangat penting buat korang untuk cari seorang ejen yang boleh dipercayai, dan bina hubungan silaturrahim yang berpanjangan. Jadikan mereka kawan korang, pindah ke rumah sebelah mereka, takpun kahwin terus lagi senang.
Dalam artikel ni, kami jawab soalan-soalan asas berkenaan pembayaran insurans. Mungkin ejen korang terlepas pandang bila menjelaskan perkara ini, sebab polisi tu sendiri pun dah sangat kompleks. Sebab itulah pentingnya korang tanya mereka sendiri.
Apa pun, kena ingat yang tujuan utama dalam mendapatkan insurans nyawa/perubatan adalah sebagai langkah berjaga-jaga, bukannya untuk menyimpan wang. Kita mintaklah dijauhkan daripada sebarang benda-benda tak baik, tapi pada masa yang sama kita sendiri kena berusaha dan berjaga-jaga. Kalau ditakdirkan jatuh sakit, duit beratus ringgit setiap bulan tu boleh menjimatkan beratus ribu ringgit untuk menampung diri dan orang yang tersayang.
sumber dari : https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/panduan-apa-itu-insurans-nyawa-kesihatan