Perlindungan kewangan ketika dalam kandungan atau Pre-Natal ini merujuk kepada coverage baby dalam perut.
Apa kelebihan coverage baby dalam perut ni?
a. Coverage start awal bermula dari 14 minggu kandungan. Jadi, apa2 komplikasi yang berlaku disepanjang tempoh mengandung akan dapat coverage.
b. Boleh mengurangkan risiko pre exisiting illness especially yang melibatkan penyakit baby baru lahir seperti pneumonia, acute bronchitis atau broncholitis, asma, demam virus dan penyakit2 yang mudah menjangkit kepada baby baru lahir. Walau bagaimana pun, untuk manfaat medical card, ia akan active selepas 14 hari dari tarikh baby dilahirkan. Namun, ia lebih baik berbanding kalau dah lahir baru nak amik, sebab mungkin akan menyebabkan delay (Sebab parent maybe sibuk dengan ibu berpantang dan ayah pula mungkin sibuk dengan urusan kerja dan yang lain2).
c. Peace of mind. Parent lebih lapang minda disebabkan baby dah ada protection seawal 14 minggu dalam kandungan.
d. Kalau ambil plan baby ketika dalam perut, kalau selepas lahir, tiba-tiba baby mengidap penyakit congenital yang agak kritikal sebagai contoh jantung berlubang, atau apa2 penyakit congenital yang lain, medical card dah ada, untuk penyakit lain selain dari congenital dah start cover cuma penyakit congenital tak cover. Berbanding kalau ambil medical selepas baby lahir dan kemudian detect ada congenital yang agak kronik, berkemungkinan langsung tak dapat medical card.
e. Saving untuk baby akan start awal, sekiranya anda ingin mencarum untuk tujuan pendidikan anak pada masa akan datang.