Jangan pandang ringan batuk berterusan

Jangan pandang ringan batuk berterusan

BATUK berterusan atau sesak nafas apabila menaiki tangga dalam kalangan individu pertengahan usia dan warga emas berkemungkinan mungkin dianggap sekadar tanda awal proses penuaan.

Gejala itu mungkin berpunca daripada sejenis penyakit paru-paru yang mengeras atau dikenali sebagai fibrosis pulmonari idiopatik (IPF).

 

IPF menyebabkan pundi air di dalam paru-paru rosak dan menyebabkannya mengalami kesan parut seterusnya menjadi keras dan gagal berfungsi sepenuhnya.

Pundi udara di dalam paru-paru tidak dapat berkembang sebanyak diperlukan menyebabkan oksigen yang masuk ke dalam salur darah berkurangan seterusnya mengganggu fungsi paru-paru dan organ lain.

IPF boleh membawa maut selepas dua hingga tahun mengalaminya malah lebih bahaya daripada barah.

Perunding Kanan Pakar Perubatan Respiratori Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Roslina Abdul Manap, berkata punca IPF tidak diketahui dan lebih daripada separuh pesakit gagal dikesan.

 

Gejala seperti asma

Serangan itu kata beliau, sering disalah anggap sebagai penyakit pernafasan seperti asma atau sekatan pulmonari kronik atau OCPD kerana ciri dan gejala sama.

“Bagi sesetengah pesakit, mereka mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk mengesahkan menghidap IPF menyebabkan keadaan kritikal kerana penyakit berkembang dengan pantas,” katanya.

Pesakit biasanya mendapati mereka sukar bernafas secara beransur ansur dan mudah merasa letih apabila melakukan aktiviti fizikal seperti menaiki tangga.

“Diagnosis dan rawatan awal adalah penting bagi pesakit untuk membantu melambatkan penyakit ini daripada berkembang.

“Buat masa ini tiada penawar untuk penyakit ini tetapi tujuan utama rawatan untuk melegakan gejala,” katanya.

Kurangkan parut, halang pengeluaran kolagen

Esbriet adalah sejenis ubat anti fibrotik membantu pesakit IPF mengekalkan lebih banyak fungsi paru-paru.

Bertindak mengurangkan parut atau fibrosis dengan menghalang pengeluaran kolagen serta pertumbuhan dan faktor keradangan.

Beberapa analisis menunjukkan berbanding plasebo, Esbriet menyebabkan pengurangan sebanyak 48 peratus dalam risiko sebab kematian (sebarang punca kematian) setahun selepas rawatan dimulakan.

INFO
Gejala IPF:

 

  • Sukar bernafas.
  • Batuk tanpa kahak berpanjangan.
  • Keletihan.
  • Hilang selera makan.
  • Hujung jari menjadi bengkak dan membulat.

 

Faktor risiko IPF:

 

  • Merokok (sebelum atau pada masa kini).
  • Terdedah kepada habuk tertentu.
  • Jangkitan viral.
  • Penyakit refluk gastroesophageal (GERD).

 

Fakta nombor:

 

  • 5 juta orang mengalami IPF di seluruh dunia.
  • Berusia 45 tahun ke atas.
  • Kadar kelangsungan hidup 2 hingga 5 tahun.
  • Kurang 5 peratus menjalani pemindahan paru-paru.

 

Perbandingan:

 

  • Orang dewasa sihat bernafas 15 kali seminit pada waktu rehat.
  • Pesakit IPF memerlukan 25 kali bernafas seminit pada waktu rehat.
  • Orang dewasa sihat bernafas 7-8 liter udara seminit. (550 liter oksigen tulen setiap hari atau tiga tab mandi)
  • Orang dewasa boleh berjalan 200 meter lebih jauh berbanding pesakit IPF. (bersamaan dua padang bola sepak).

 

 

 

Tekan Butang Whatsapp Untuk Bantuan Segera