Hibah – Pelbagai Jenis, Perbezaan dan Pelaksanaan.

HIBAH

Hibah - Pelbagai Jenis, Perbezaan dan Pelaksanaan.

Assalamualaikum semua pembaca budiman….

Kebelakangan ini, saya terima banyak pertanyaan mengenai hibah…dan ada yang tak faham apa itu hibah, tujuan dan pelaksanaannya….So, saya berikan beberapa contoh yang common dan banyak diamalkan dalam kehidupan dalam masyarakat kita. Penjelasan ini lebih kepada penjelasan umum bagi memudahkan orang ramai memahami konsep hibah dan fungsinya. Untuk takrifan khusus dan teknikal, anda boleh rujuk kepada Pegawai Pengurusan Harta Pusaka. Saya terangkan lebih kepada pratikalnya.

 

KENAPA HIBAH?

APA ITU HIBAH? – TAKRIFAN UMUM


DALAM Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Ia berkait rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid. Namun, hukum dan ciri-ciri konsep tersebut berbeza antara satu sama lain. 

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad).


JENIS-JENIS HIBAH.


1- HIBAH SEMPURNA


Hibah SEMPURNA maksudnya adalah, proses perpindahan harta tersebut telah sempurna semasa pemberi hibah hidup. Harta yang dimiliki oleh pemberi hibah juga perlu sempurna (sebagai contoh, kalau nak hibahkan kereta, kereta mestilah dah habis hutang)…jadi, bila harta tersebut dihibahkan kepada penerima hibah, dan process tukar hakmilik telah dibuat dengan sempurna, harta tersebut bukan lagi milik pemberi hibah…

Jadi, sekiranya pemberi hibah meninggal dunia harta yang telah sempurna pindah milik tidak menjadi harta pusaka, dan tidak perlu melalui process pembahagian harta pusaka.

Semua harta2 yang masih atas nama pemberi hibah dan apabila pemberi hibah meninggal dunia, wajib diuruskan mengikut undang2 harta pusaka Islam. Iaitu, kena settlekan hutang si mati dulu. Hutang dengan Allah (kalau belum dibuat haji, kena buat upah haji dan sebagainya)…kalau ada nazar, puasa (kena bayar fidiyah dan sebagainya)….selepas tu, settlekan hutang dengan manusia..then baru lah dibahagikan baki harta kepada waris2 yang layak dan masih hidup…

2- HIBAH HASRAT

Hibah HASRAT ni pula, hibah yang dibuat dalam wasiat (tapi tak belum pindah milik lagi)…Jadi, ia perlu melalui process pengesahan hibah iaitu..


  1. Kena lantik peguam syari’e untuk membuat permohonan di Mahkamah Syariah
  2. Permohonan akan diproses oleh Mahkamah Syariah
  3. Perbicaraan (perjumpaan antara pihak mahkamah, orang yang menuntut dan peguam syarie serta waris-waris yang terlibat)
  4. Selesai proses nombor 3, baru lah pihak Mahkamah akan memberi pengesahan Hibah kepada penerima hibah dan baru lah akan dimasukkan kembali dalam proses tuntutan untuk mendapatkan Surat Kuasa Tadbir (Letter of Administration (LA) atau Perintah Pembahagian (Distribution Order)).
Nota : Apa jadi kalau dalam perbicaraan ada bantahan?…Mahkamah akan putuskan sama ada hibah yang dipohon sah atau tidak. Kalau tidak, harta yang dipohon utk hibah tersebut perlu dibahagikan ikut persetujuan semua waris dan kalau waris tidak mendapat kata putus, maka pembahagian akan diputuskan melalui pembahagian faraid. Hibah HASRAT ini juga tertakluk kepada hutang si mati. Maksudnya mana2 penghutang boleh menuntut kepada waris atau penerima hibah (hasrat) ini sebelum process pengesahan hibah dibuat.
 
Comment Saya : Sebab tu, hibah perlulah dibuat sama ada secara sempurna. Dan antara cara yang paling mudah dan praktikal adalah dengan cara kita buat HIBAH BERSYARAT melalui plan takaful. Sila rujuk topik HIBAH BERSYARAT di bawah.



3- HIBAH AMANAH

Hibah AMANAH ini pula, setakat ni hanya ada pada Saham Amanah yang saya tahu adalah Saham Amanah yang di bawah PNB (Permodalan Nasional Berhad)….

Berikut adalah konsep Hibah Amanah yang diamalkan oleh PNB.

Ia adalah

  • Hibah Amanah Saham Amanah ASNB adalah pemberian baki pelaburan unit amanah di dalam tabung unit amanah oleh Pemegang Unit ASNB atas dasar kasih sayang sewaktu hayatnya secara sukarela. 
  • Pemberian tersebut adalah melalui ijab dan qabul (sighah) di dalam Suratikatan Hibah Amanah yang memperuntukkan terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui.
  • Harta-harta Hibah akan ditadbir oleh Pemegang Amanah sebelum diserahkan kepada Penerima-penerima Hibah selepas kematian Pemegang Unit menurut terma-terma dan syarat-syarat Suratikatan Hibah Amanah yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat.
  • Pemegang Saham Amanah ASNB (Pemilik account) perlu membuat permohonan Hibah Amanah dengan PNB. Jadi, apabila pemegang account ASNB tersebut meninggal dunia, semua baki pelaburan akan dipindahkan kepada penerima hibah Amanah…dan ia adalah milik penuh penama Hibah dan tidak boleh dituntut oleh orang lain.
  • Syarat2 dalam amanah hibah ASNB ini perlu dipatui antaranya adalah, sekiranya pemegang account hendak tukar penama hibah, mereka perlu mendapatkan KEBENARAN daripada penama hibah. Dan ini, saya lihat mungkin akan berlaku masalah sekiranya ada masalah dalam perhubungan antara pemegang account dan penerima hibah tersebut.
Boleh rujuk di sini untuk HIBAH AMANAH ASNB di bahagian INSTRUMEN PERWARISAN.
 


4- HIBAH BERSYARAT (HIBAH TAKAFUL)

  • Kenapa ada syarat pulak?…ya, syarat yang dimaksudkan adalah “PEMBERI HIBAH PERLU MENINGGAL DUNIA” dan kemudian barulah harta hibah itu wujud dan diberikan kepada penerima hibah secara mutlak. Sekiranya belum meninggal dunia, harta hibah tersebut hanya wujud dalam bentuk jaminan kewangan dari syarikat takaful (dalam bentuk sijil takaful)
  • Hibah bersyarat adalah satu istilah yang digunakan merujuk kepada plan takaful yang mana manfaat kematian akan terus dibayar kepada penerima hibah (yang diletakkan dalam borang penamaan). Dan bayaran pampasan takaful tersebut tidak akan melalui process pembahagian harta pusaka sebab, pampasan hibah takaful tidak termasuk dalam harta pusaka. 
  • Ini berdasarkan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Jadual 10, Seksyen 142, Perenggan 3(2), di mana akta tersebut menyatakan bahawa:

” Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya ” 
Sila rujuk dokumen Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.


  • Antara statement yang anda kena tahu dalam perenggan ini adalah, HIBAH TAKAFUL TIDAK MENJADI SEBAHAGIAN HARTA PUSAKA, jadi, ia tidak terakluk kepada hutang si mati (peminjam hutang tak boleh nak tuntut kecuali tujuan simati amik takaful adalah untuk pemalsuan (fraud) si peminjam). Sebab tu, HIBAH TAKAFUL lebih mudah disampaikan kepada pewaris sebab tidak perlu melalui proses pembahagian harta pusaka.



BAGAIMANA HIBAH TAKAFUL BERFUNGSI?

Hibah TAKAFUL ini boleh digunakan untuk pelbagai fungsi atau tujuan…antaranya adalah..

1- REPLACEMENT OF INCOME (Penggantian Pendapatan)

Anda ingat kisah Pegawai JPJ yang kena langgar dengan lori treler dan meninggal dunia di tempat kejadian semasa beliau bertugas?


Ini antara risiko dalam kehidupan yang kita boleh IGNORE (tak amik kisah)…tapi kita tak boleh nak menafikan. Suami pergi balik kerja, cukup bulan bawak balik gaji untuk anak dan isteri. Tapi, tiba2, pergi kerja terus tak balik2….jadi bagaimana perbelanjaan kehidupan untuk keluarga?…Bukankah lebih baik kalau sebagai ketua keluarga kita sediakan duit belanja sekiranya ditakdirkan pergi dahulu selama-lamanya….Tapi sekiranya ada diantara kita tang tidak ambil kisah perkara ini, tidak menjadi masalah…sebab keluarga anda tanggungjawab anda. 

Untuk isteri-isteri…anda harus PAKSA suami anda untuk consider benda nie, sebab kalau suami puan-puan tiada, Puanlah yang akan menjadi ketua keluarga. Sebelum mereka gunakan duit lebihan kepada perkara2 lain yang kurang penting, lebih baik gunakan untuk sediakan hibah takaful kepada keluarga.

Sebenarnya tak mahal pun untuk mencarum duit dalam hibah takaful nie, anda cuma perlu buat budget dan allocate 5%-7% dari income anda untuk dapatkan perlindungan takaful sebagai pengganti pendapatan anda. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi)

2- SEBAGAI BACKUP KEPADA HUTANG

Sekarang nie, banyak benda yang besar2 dibeli dengan berhutang. Rumah, kereta dan beberapa hutang lain seperti hutang belajar, dan sebagainya. Dan hutang ini merupakan satu perkara yang WAJIB dibayar dan sebagai orang Islam kita wajib tahu perkara ini. Sebab tu, kalau anda pernah solat jenazah, sebelum jenazah disolatkan, imam akan bertanya kepada hadirin yang hadir mengenai sesiapa yang ada memberi hutang kepada si mati, sila tuntut dengan waris. Barulah solat dimulakan.

Jadi, HIBAH TAKAFUL nie boleh dijadikan sebagai cagaran hutang sekiranya meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan yang mana tak boleh nak kerja dan menyebabkan risiko hilang punca pendapatan. Jadi, kalau ada hibah takaful, ia mungkin akan memberi sedikit kelegaan dari segi kewangan.

3- SEBAGAI HARTA UNTUK DIWARISI

Sekiranya kita ada anak-anak yang sedang membesar, dan kita sayangkan mereka dan ingin mewariskan harta kepada mereka. Cuma, kalau kita ada rumah sebiji, sedangkan anak 5 orang, ada kereta mungkin 2 biji, sedangkan anak 5 orang….so, kita boleh gunakan hibah takaful sebagai harta untuk diwariskan dengan lebih mudah. 

Contoh, kita nak berikan anak kita RM 100,000 setiap orang selepas ketiadaan kita…kalau kita nak simpan duit sendiri, kita kena ada RM 500,000 (merujuk kalau anak 5 orang)…tapi, kalau dengan hibah takaful, mungkin kita hanya perlu simpan RM 250 – RM 300 sebulan (bergantung kepada umur) untuk mendapatkan perlindungan RM 500,000. Jadi, kita keluarkan RM 1 untuk dapatkan RM 2,000 dengan hibah takaful, berbanding RM 1 untuk dapatkan RM 1 kalau simpan sendiri dalam bank.

So, terpulang kepada anda untuk sediakan wang atau harta kepada waris anda…waris anda, tanggungjawab anda.

Ada pelbagai jenis lagi fungsi hibah Takaful. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (whatsapp or call) – Aziz Riadi…saya akan kongsikan cara bagaimana kita boleh gunakan duit-duit bocor (maksudnya) setiap bulan tak tahu ke mana duit tu pergi (untuk beli apa), untuk mendapatkan perlindungan hibah takaful. FREE CONSULTATION. 

Akhir sekali…KALAU TAK PAYAH HIBAH, TAK BOLEH KE?

BOLEH, tapi kena lalui process pembahagian harta pusaka (sama ada melalui wasiat, kalau ada)…yang mana process akan jadi lebih panjang dan rumit sekiranya waris tidak setuju dengan pembahagian. Dan sekiranya itu berlaku, pembahagian mengikut Faraid akan digunakan. 

“KELUARGA ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA”…

 

credit to Aziz Riadi

 

 

 

Tekan Butang Whatsapp Untuk Bantuan Segera