familiplan

INSURANS DAN TAKAFUL FAMILI : ADA KE PAKEJ TU?

INSURANS DAN TAKAFUL FAMILI : ADA KE PAKEJ TU?

Kesedaran mengenai Insurans dan Takaful, di kalangan keluarga alhamdulilah sedikit sebanyak sedar bahawa ini adalah instrumen kewangan yang penting. Pasaran hari ini, kebanyakan kompeni ini menawarkan pelan persendirian. Ya, masih lagi lagi dalam bentuk kelompok, tapi secara jujurnya saya sendiri sebagai ejen insurans tak sanggup nak beri – terlalu sedikit faedah untuk pihak klien.

Ya, memang murah. Diakui. Satu pelan untuk seorang ayah, seorang ibu dan tiga orang anak boleh dapat serendah RM400! Wow!

Satu polisi untuk satu keluarga, menarik, bukan?

Saya lebih gemar menggunakan cerita tentang kereta. Rata-rata hari ini satu keluarga yang besar, bukan hanya terdapat satu kereta sahaja di rumah. Ada sampai 2, 3, atau 4 biji kereta. Kereta MyVi, Persona, Alphard dan sebiji BMW.

Adakah insurans setiap kereta sama? Sudah tentu lain! Setiap kereta ada nilai sendiri, ada kapasiti enjin tersendiri – belum kira perlindungan tambahan dari banjir atau kerosakan cermin. Insurans kereta macam BMW pula, bukan seratus dua ratus.

Jadi kenapa bila hal insurans dan takaful keluarga nak satu tapi untuk semua? Berbanding dengan kereta, setiap satu ada insurans dan takaful sendiri?

Nilai anda adalah lebih mahal daripada sebiji kereta.

Ada ke pakej untuk keluarga?

Ada, cuma… tak sanggup saya beri.

Tekan Butang Whatsapp Untuk Bantuan Segera