KAD MEDIKAL YANG BOLEH ‘COVER’ BERSALIN?

KAD MEDIKAL YANG BOLEH ‘COVER’ BERSALIN?

Antara soalan yang paling kerap ditanya, kad medikal yang sedia ada di pasaran ada ke tidak ‘cover’ bersalin?

Saya sedia maklum, ibubapa hari ini lebih cenderung untuk melahirkan anak mereka selain hospital gomen. Alasan sebab keselesaan, dilayan baik dan ada privasi (dalam bilik bukan berkongsi ramai-ramai). Hari ini juga ada ‘trend’ ibubapa menabung untuk menampung perbelanjaan bersalin. Harga standard dalam RM2,000 ke RM3,000 (bersalin biasa, tidak termasuk caesarean)

Jadi ada ke tidak, kad medikal ‘cover’ bersalin? 

Saya selalu bagi jawapan: TIDAK ADA. Kalau ada, sila bagitahu cepat-cepat. Sebab saya pun mahu satu! (Sudah tentu bukan untuk saya) Klien-klien saya juga mahu satu, saudara mara, kawan-kawan dan orang Malaysia mahukan jua!

Bagi saya, insurans / takaful adalah cara memindahkan risiko “yang tidak baik” – kesakitan atau kematian misalnya. Tapi, bersalin adalah satu ‘anugerah’ – anda akan diberi anak yang comel. Lagi satu anda kena faham, ada DUA SEBAB UTAMA insurans / takaful akan tidak ‘cover’:

  1. Penyakit Sedia Ada – anda sudah ada penyakit sebelum ini, dan memohon. Kemungkinan akan ditolak, diterima bersyarat atau ditangguhkan.
  2. Penyakit Dibuat Orang – anda telah di ‘buat’ oleh suami anda, menyebabkan anda mengandung dan hendak bersalin.

 

ItuLAH sebab mengapa, kebanyakan insurans / takaful tidak melindungi bersalin / mengandung. TAPI, ada pelan yang melindungi KOMPLIKASI KEHAMILAN (saya ‘highlight’kan komplikasi). Ada beberapa pelan sudah berada di pasaran kewangan, saya ambil contoh Pelan PruBSN Anggun

MANFAAT PENJAGAAN KEHAMILAN

1. Koagulasi Intravaskular Diseminata (selepas 7
Bulan Kehamilan

2. Kehamilan Ektopik (ectopic pregnancy) – kehamilan luar rahim.

3. Kehamilan Anggur / Molar (hydatidiform mole)

4. Eklampsia

5. Keguguran Yang Lewat (dari minggu ke-18
hingga minggu ke-28 kehamilan).

6. Miomektomi Semasa Mengandung

7. Abrupsi Plasenta

8. Embolisme Cecair Amniotik

9. Akut Hati Berlemak Semasa Kehamilan (AFLP)

10. Plasenta Increta/Percreta

11. Kematian Janin (selepas minggu ke-28
kehamilan)

12. Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas
kelahiran)

13. Kematian Ibu (bermula dari minggu ke-14
kehamilan dan dalam tempoh 30 hari kelahiran)

MANFAAT PENJAGAAN KESUBURAN

Pembayaran balik bagi rawatan dan prosedur
bantuan kesuburan melalui Permanian Beradas (IUI)
atau Persenyawaan In-Vitro Fertilisation (IVF).

MANFAAT PENJAGAAN BAYI

i. Spina Bifida

ii. Sumbing Bibir dengan/tanpa Sumbing Lelangit

iii. Kecacatan Septum Ventrikel

iv. Kecacatan Septum Atrium

v. Transposisi Salur Darah Utama

vi. Tetralogi Fallot

vii. Sindrom Down

viii. Duktus Arteriosus Terbuka yang memerlukan
pembedahan

MANFAAT KEMATIAN DAN HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH

i. Kematian

ii. Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh4

(perlindungan sehingga umur 70)

MANFAAT PENYAKIT WANITA

i. Kanser Wanita (Kanser Payudara,
uteri serviks, tiub falopio, ovari,
uterus atau faraj/vulva); atau

ii. Lupus Eritematosus Sistemik (SLE)
Dengan Komplikasi Buah Pinggang
yang Teruk

iii. Karsinoma-In-Situ Wanita
(Karsinoma-In-Situ payudara, uteri
serviks, tiub falopio, ovari, uterus
atau faraj/vulva)

MANFAAT PENJAGAAN WANITA

i. Pembedahan Pembaikan Prolaps Uterus yang Teruk
atau faraj/vulva)

ii. Artritis Reumatoid dengan Komplikasi

iii. Retakan Osteoporotik – Pinggul atau Vertebra

iv. Pembedahan Rekonstruktif Wajah Akibat Kemalangan
atau Kanser

v. Pemindahan Kulit akibat Melecur atau Kanser Kulit

vi. Lumpektomi Payudara atau Mastektomi akibat
Karsinoma-In-Situ, Kanser atau Kemalangan

vii. Pembedahan Pembentukan Semula Payudara Selepas
Mastektomi akibat Karsinoma-In-Situ, Kanser atau
Kemalangan
viii. Pembedahan P

viii. Pembedahan Pembuangan Organ Reproduktif Wanita
akibat Karsinoma-In-Situ, Kanser atau Kemalangan

MANFAAT PENJAGAAN MENTAL

i. Gangguan Depresi Yang Teruk

ii. Depresi Selepas Bersalin (Post-partum)

iii. Gangguan Keresahan Yang Menyeluruh

iv. Gangguan Obsesif Kompulsif

v. Gangguan Bipolar

vi. Skizofrenia

MANFAAT PERINGKAT HIDUP

i. Perkahwinan

ii. Membeli Hartanah

iv. Pendidikan Pascasiswazah
(Master atau PHD)

v. Melahirkan atau Pengambilan
Anak Secara Sah

vi. Kematian Pasangan

vii. Persaraan

Powered By EmbedPress

%d bloggers like this: