Cara Nak Daftar PruBSN Touch – Step By Step

Cara Nak Daftar PruBSN Touch – Step By Step

Baru-baru ni ramai yang bertanyakan pada saya tentang cara nak daftar PruBSN Touch. Kebanyakkan nya sebab nak ambil contribution statement. Maklumlah LHDN dah mula mintak bukti apa yang di claim dalam pelepasan cukai. Jadi saya buat post ini buat rujukan untuk daftar PruBSN Touch.

 

Kepada para client PruBSN Takaful, anda seharusnya register PruBSN Touch ni. Boleh kata wajib la senang cerita. Saya akan kongsikan pada anda cara nak daftar PruBSN Touch. Saya akan buat step-by-step. Follow je kat bawah ni.

Cara nak daftar PruBSN Touch

 

1. Layari laman PruBSN Takaful

2. Klik pada pilihan PruBSN Touch. Terdapat 3 pilihan utama iaitu Log Masuk, Daftar dan Bayar. Jadi anda pilih daftar.Atau cara alternatif anda boleh terus ke laman PruBSN Touch. Kemudian klik butang Register Now.

3. Masukkan butiran yang dikehendaki seperti certificate number, no kad pengenalan dan no telefon anda. Kemudian tekan button Next. Bagi no telefon mesti sama dengan yang anda register dalam polisi.

4. TAC number akan di hantar kepada no telefon anda. Masukkan no tersebut dalam ruangan yang disediakan kemudian tekan button next.

5. Isikan login information yang anda ingini. Masukkan username dan password. Untuk password perlu ada sekurang-kurangnya 8 character dan kombinasi huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol (Contoh Aaaaaa1?). Ini adalah untuk tujuan keselamatan akaun anda. Tekan button Next

6. Masukkan secure phrase dan warna yang anda sukai. Tidak kira apa pun. Terpulang pada anda (Contoh : prubsn). Tapi anda perlu ingat la nanti. Sebab setiap kali login akan keluar perkataan tersebut. Kemudian isi soalan sekuriti beserta jawapan. Ini biasanya untuk tujuan recovery password sekiranya anda terlupa. Lepas tu tekan button Submit.

7. Paparan akan tunjuk secure phrase dan warna yang anda pilih tadi. Kemudian tekan Sign In Now untuk login kali pertama

8. Masukkan username dan tekan button Login.

9. Pastikan paparan secure phrase seperti yang anda setkan sebelum ini. Masukkan password anda dan tekan button Submit.

10. Anda digalakkan untuk membaca setiap Terms & Condition yang dipaparkan. Kalau tak nak baca just scroll down dan click pada pilihan I Agree.

11. Ok dah berjaya login akaun anda. Untuk lihat apa yang anda boleh tengok dalam PruBSN Touch ni, sila layari laman Kelebihan PruBSN Touch.

Selesai sudah cara daftar PruBSN Touch. Lepas baca ni terus register ye. Jangan dok tangguh lagi. Satgi kompem lupa. Harap apa yang dikongsikan diatas dapat membantu anda untuk register.

Tekan Butang Whatsapp Untuk Bantuan Segera