Refer 2 Earn

MULA MERUJUK DAN DAPATKAN GANJARAN TUNAI $$$$

Dapatkan ganjaran tunai (no limit) apa bila anda merujuk rakan dan keluarga anda! Lindungi orang yang tersayang dan dapatkan ganjaran tunai $$$$

Bagaimanakah caranya?

Langkah 2 : Ejen Takaful kami akan menhubungi mereka untuk membantu mecncapai matlamat kewangan mereka

Langkah 3 : Dapatkan GANJARAN TUNAI SEHINGGA RM150 untuk setiap rujukan yang berjaya (no limit)

Semudah itu untuk memperoleh GANJARAN TUNAI.  Jangan berlengah lagi, mula rujuk sekarang!

Tertakluk kepada terma dan syarat dibawah :

Terma & Syarat Refer2Earn 2023+


1) Refer2Earn 2023+ (“Kempen”) ini dianjurkan oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful Berhad (secara kolektif dirujuk sebagai
“Prudential”, “Kita” atau “Kami”). Dengan menyertai Kempen ini, anda bersetuju bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk patuhi Terma dan
Syarat Kempen ini dan sebarang perubahan atau pengubahsuaian yang mungkin kami lakukan untuk Kempen dari semasa ke semasa dengan memperbaharui
Terma dan Syarat ini dengan pemberitahuan awal, di mana notis tersebut akan diberikan oleh Prudential dengan cara dan kaedah yang ditentukan oleh Prudential.
Dengan menyertai Kempen ini, anda juga bersetuju untuk tertakluk kepada Polisi Privasi kami yang boleh diakses melalui:
https://www.prudential.com.my/en/privacy-policy/ dan https://www.prubsn.com.my/en/privacy-policy/.
2) Tempoh Kempen: 14 Ogos 2023 hingga 31 Disember 2023, kedua-dua tarikh adalah tertakluk.
3) Dengan menyertai Kempen ini, setiap Perujuk yang Layak (seperti yang ditentukan dalam Klausa 4) bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat di bawah.
4) Kriteria untuk Perujuk yang Layak:
a. Kempen ini terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas pada hari lahir akan datang (“Perujuk yang Layak”), kecuali ejen Prudential.
5) Kriteria untuk Orang yang Dirujuk yang Layak:
Seorang individu yang telah memenuhi syarat-syarat berikut:
a. berumur 18 tahun dan ke atas pada hari lahir akan datang;
b. tidak ditetapkan terlebih dahulu dan/atau telah diberi khidmat oleh ejen Prudential yang berkaitan dengan Orang yang Dirujuk yang Layak yang bertujuan
untuk membeli polisi insurans atau melanggan sijil takaful pada tarikh rujukannya kepada Prudential oleh Perujuk yang Layak;
c. belum menyertai kempen-kempen Prudential yang lain;
d. tidak mempunyai sebarang polisi insurans atau sijil takaful dengan Prudential, sama ada berkuat kuasa, dibatalkan atau ditamatkan pada tarikh rujukannya
kepada Prudential oleh Perujuk yang Layak; dan
e. telah dirujuk kepada Prudential oleh Perujuk Yang Layak melalui Mekanisme Kempen yang ditentukan dalam Klausa 6.
Untuk mengelakkan keraguan, jika Orang yang Dirujuk merujuk pihak yang lain untuk menyertai Kempen ini, Orang yang Dirujuk pertama akan dianggap sebagai
Perujuk yang Layak di bawah Kempen ini. Permohonan untuk pelan insurans/takaful Prudential hanya akan dianggap berjaya setelah pengeluaran polisi atau sijil
takaful kepada Orang yang Dirujuk yang Layak dan polisi atau sijil berkuat kuasa sehingga Ganjaran Tunai dikreditkan.
6) Mekanisme Kempen:
a. Perujuk yang Layak mesti mendaftar untuk Kempen ini melalui https://dpartners.prudential.com.my/campaigns/refer2earn2023.
b. Setelah pendaftaran berjaya, Perujuk yang Layak boleh mula merujuk kepada Prudential dengan memberikan maklumat mengenai Orang yang Dirujuk.
c. Perujuk yang Layak diminta untuk mengesahkan bahawa beliau telah mendapat persetujuan dari Orang yang Dirujuk agar maklumat mereka diberikan
kepada Prudential di bawah Kempen ini.
d. Perujuk yang Layak tidak boleh merujuk dirinya sebagai Orang Yang Dirujuk dalam Kempen ini.
e. Maklumat Orang yang Dirujuk akan diserahkan kepada ejen perkhidmatan yang ditetapkan oleh Prudential.
f. Orang yang Dirujuk yang Layak akan menerima notifikasi SMS daripada Prudential yang memaklumkan penyertaannya dalam Kempen ini, dan ejen
perkhidmatan akan menghubungi Orang yang Dirujuk yang Layak mengenai produk dan perkhidmatan Prudential, kecuali Orang yang Dirujuk yang Layak
telah memilih untuk tidak ikut serta mengikut Klausa 6(g) di bawah.
g. Orang yang Dirujuk yang Layak boleh memilih untuk tidak menyertai Kempen ini melalui pautan pembatalan di dalam SMS yang diterima daripada Prudential.
Sekiranya Orang yang Dirujuk yang Layak memilih untuk tidak menyertai Kempen ini, penyertaan Orang Yang Dirujuk akan dibatalkan dan tidak dapat dirujuk
lagi.
7) Ganjaran Kempen:
a. Setiap Perujuk yang Layak akan menerima ganjaran tunai untuk setiap Orang yang Dirujuk setelah rujukan berjaya seperti yang dinyatakan dalam Klausa 6
(“Ganjaran Tunai”):
b. Ganjaran Tunai dalam Klausa 7(a) di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Orang yang Dirujuk yang Layak telah membeli/menyertai sekurang-kurangnya satu (1) polisi atau sijil baru daripada Prudential dengan premium atau
sumbangan tahunan minimum sebanyak RM1,800 dalam Tempoh Kempen, di mana polisi atau sijil tersebut telah diserahkan melalui PRUWay Plus/
PruBSN Mobility, dan telah diluluskan dan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) bulan dari bulan borang cadangan dikemukakan;
ii. Setiap Perujuk yang Layak boleh menghantar seberapa banyak rujukan dalam Tempoh Kempen dan layak untuk menerima satu (1) Ganjaran Tunai sahaja
untuk setiap rujukan yang berjaya mengikut Terma dan Syarat Kempen ini;
iii. Untuk mengelakkan keraguan, Perujuk yang Layak hanya berhak menerima satu (1) Ganjaran Tunai tanpa mengira bilangan polisi insurans atau sijil
takaful Prudential yang dibeli/disertai oleh setiap Orang yang Dirujuk yang Layak; dan
iv. Sekiranya lebih daripada satu (1) Perujuk yang Layak berjaya merujuk Orang yang Dirujuk yang Layak yang sama, Perujuk yang Layak pertama akan
berhak menerima Ganjaran Tunai.
8) Pengkreditan Ganjaran Tunai:
Pengkreditan Ganjaran Tunai akan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari bulan polisi insurans atau sijil takaful Orang yang Dirujuk yang Layak diluluskan
dan dikeluarkan (rujuk kepada Jadual 1 di bawah) tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a. Polisi insurans atau sijil takaful baru yang dibeli/disertai oleh Orang yang Dirujuk yang Layak mesti berkuat kuasa pada masa pengkreditan; dan
b. Sekiranya Perujuk yang Layak adalah pemegang polisi atau pemilik sijil Prudential yang sedia ada:
i. Polisi insurans atau sijil takaful terbaru yang dibeli/disertai oleh Perujuk yang Layak mesti berada dalam status aktif (contohnya, penyerahan, pembatalan,
luput, not taken up, work in progress adalah tidak dianggap sebagai status aktif) pada masa pengkreditan; dan
ii. Perujuk yang Layak mestilah memastikan bahawa butiran akaun bank bagi polisi insurans yang dibeli/sijil takaful yang disertai yang terkini telah
didaftarkan dalam sistem Prudential dalam tempoh yang dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah; dan
iii. Ganjaran Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemegang polisi atau sijil yang direkodkan dalam polisi/sijil terkini Perujuk yang Layak. Untuk
mengelakkan keraguan, Perujuk yang Layak yang merupakan pemegang polisi atau sijil Prudential tidak perlu mengemas kini/menukar butiran akaun bank
yang didaftarkan melalui URL yang dinyatakan dalam Klausa 8(c).
Polisi atau Sijil
i. Polisi PRUWith You baru dan disertakan bersama:
• PRUValue Med atau PRUMillion Med dengan booster rider perubatan (PRUValue Med Booster/PRUMillion Med
Booster); atau
• Rider Mom and Baby Care; atau
ii. PruBSN AnugerahPlus/ PruBSN Damai/ PruBSN Sinar yang disertakan bersama rider Crisis TotalCare atau rider (-rider)
Medic TotalCare & Medic BoostCare
iii. Polisi atau sijil baru di bawah saluran agensi, selain dari Klausa 7(a)(i) dan (ii)
150
100
Ganjaran Tunai (RM)
c. Sekiranya Perujuk yang Layak bukan pemegang polisi atau sijil Prudential pada bulan yang sama dengan bulan polisi/sijil Orang yang Dirujuk yang Layak
berkuat kuasa:
i. Perujuk yang Layak mesti memberikan butiran akaun bank yang sah semasa proses pendaftaran dalam Klausa 6 (a) di atas atau melalui pautan ini:
https://dpartners.prudential.com.my/campaigns/refer2earn2023/fulfillmentplus;
ii. Perujuk yang Layak perlu mengemukakan butiran akaun bank yang sah seperti yang dinyatakan dalam Klausa 8(c)(i) berdasarkan tempoh masa yang
dinyatakan di Jadual 1 di bawah; dan
iii. Ganjaran Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun bank terkini yang diberikan oleh Perujuk yang Layak.
d. Ganjaran Tunai akan terbatal sekiranya:
i. Perujuk yang Layak belum memberikan butiran akaun bank kepada Prudential selewat-lewatnya pada tarikh akhir seperti yang dinyatakan dalam Jadual
1 di atas;
ii. Pengkreditan Ganjaran Tunai tidak berjaya kerana butiran akaun bank yang tidak sah atau status akaun bank yang tidak sah (digantung, dibatalkan
atau ditamatkan); dan/atau
iii. Sebab-sebab lain yang menyebabkan pengkreditan Ganjaran Tunai tidak berjaya.
9) Anda harus mematuhi semua undang-undang anti-rasuah, termasuk US Foreign Corrupt Practices Act, UK Bribery Act, Hong Kong Prevention of Bribery
Ordinance, Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009, dan segala peraturan dan panduan yang berkaitan dengannya. Prudential berhak membatalkan
penyertaan anda tanpa pemberitahuan sekiranya berlaku ketidakpatuhan atau pelanggaran undang-undang sehubungan dengan penyertaan anda dalam
Kempen ini.
10) Tanpa mengambil kira apa-apa yang bercanggah dengan kandungan Kempen ini, jika:
a. Prudential mengetahui atau diberitahu bahawa Perujuk yang Layak dan/atau Orang yang Dirujuk yang Layak telah dimasukkan dalam mana-mana senarai
Sanksi, atau diancam untuk dimasukkan ke dalam mana-mana senarai Sanksi; atau
b. Prudential boleh didapati melanggar obligasi Sanksi akibat mengambil apa-apa tindakan di bawah Kempen ini, maka Prudential akan membatalkan
kelayakan Perujuk dan/atau Orang yang Dirujuk yang Layak secara serta-merta dengan atau tanpa notis awal kepada Perujuk dan/atau Orang yang Dirujuk
yang Layak.
Prudential tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh Perujuk dan/atau Orang yang Dirujuk yang Layak yang mungkin
tertimbul daripadanya. “Sanksi” merujuk kepada langkah-langkah sekatan yang dikenakan ke atas rejim, negara, kerajaan, entiti, individu dan industry sasaran
oleh badan antarabangsa atau kerajaan di Malaysia atau di luar Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada Office of Financial Sanctions Implementation
HM Treasury, Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Pejabat Kawalan Aset Asing Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat dan Kementerian Dalam Negeri
di Malaysia.
11) Prudential mempunyai pertimbangan mutlak dan hak untuk menolak kelayakan penerimaan Ganjaran Tunai sekiranya mana-mana Terma dan Syarat menurut
Kempen ini tidak dipenuhi, termasuk tidak memenuhi syarat penyaringan Prudential.
12) Ganjaran Tunai tidak boleh dipindah milik, tidak dapat ditukar dan tidak boleh ditebus dengan kredit atau dalam bentuk barangan.
13) Perujuk yang Layak bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan ketepatan maklumat dan maklumat Orang yang Dirjuk yang Layak pada setiap masa.
Prudential juga boleh meminta maklumat lebih lanjut dari Perujuk yang Layak untuk menentukan kesahihan setiap maklumat yang diberikan, termasuk sama
ada terdapat unsur penipuan atau keterlaluan.
14) Prudential mempunyai hak untuk memutuskan berkenaan dengan semua perkara dan pertikaian mengenai Kempen ini untuk melayani anda dan Perujuk yang
Layak seadilnya, termasuk menggantikan Ganjaran Tunai dengan hadiah/ganjaran lain yang setara.
15) Prudential mempunyai hak untuk meminda Terma dan Syarat Kempen ini, dan untuk menggantung, menamatkan, menangguhkan atau mengubah Kempen ini
dengan notis awal kepada anda. Cara pemberitahuan pindaan (jika ada), penggantungan, penamatan, kelewatan atau perubahan adalah mengikut budi bicara
Prudential, termasuk tetapi tidak terhad kepada memaparkan perkara yang sama dalam mana-mana laman web Prudential atau laman media sosial.
16) Prudential tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan oleh Perujuk yang Layak dan/atau Orang yang Dirujuk yang Layak atas sebarang kerugian
atau kerosakan yang dialami atau ditanggung yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada Perujuk yang Layak dan/atau Orang yang Dirujuk
yang Layak dalam Kempen ini, kecuali jika tuntutan tersebut secara langsung disebabkan oleh kecuaian Prudential atau kemungkiran yang disengajakan.
17) Prudential mempunyai hak sepenuhnya untuk membatalkan, menghentikan atau menangguhkan Kempen ini dengan pemberitahuan awal. Untuk mengelakkan
keraguan, pembatalan, penamatan atau penangguhan oleh Prudential tidak akan memberi anda hak untuk menuntut sebarang tuntutan terhadap Prudential
atas sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung akibat secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan,
penamatan atau penangguhan.
18) Untuk semua maksud dan tujuan, Terma dan Syarat Kempen ini serta apa-apa Ganjaran Tunai yang disediakan di sini tidak akan menjadi sebahagian daripada
cadangan insurans/takaful atau ditafsirkan sebagai perubahan kepada terma dan syarat di bawah cadangan untuk polisi insurans/sijil takaful Perujuk yang
Layak di mana cadangan tersebut tertakluk kepada pemprosesan standard dan/atau peraturan pengunderaitan Prudential.
19) Keputusan Prudential mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad, mengikat dan konklusif. Sebarang surat-menyurat, rayuan dan
bantahan tidak akan dilayan.
20) Terma dan Syarat ini boleh diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Sekiranya terdapat percanggahan antara Terma dan Syarat ini dengan versi terjemahan lain,
versi Bahasa Inggeris adalah diperakui.
21) Terma dan Syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan Perujuk yang Layak bersetuju untuk patuh kepada bidang kuasa
eksklusif pengadilan Malaysia.