DUNIA DIANCAM PENYAKIT X

BELUM pun pulih sepenuhnya akibat wabak COVID-19 yang meragut jutaan nyawa, dunia berkemungkinan berdepan ancaman kesihatan baharu yang berupaya menjadi pandemik dikenali sebagai penyakit X.

Menurut kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun lalu, terma penyakit X digunakan untuk menunjukkan patogen tidak dikenali yang berupaya mengakibatkan pandemik serius pada skala global.

Malah, pakar kesihatan global percaya ancaman pandemik besar seterusnya semakin hampir dan boleh meragut sehingga jutaan nyawa selain ia boleh berlaku pada bila-bila masa.

Di United Kingdom (UK), pakar perubatan mengeluarkan amaran berhubung penyakit X yang tahap seriusnya boleh disamakan dengan ‘Spanish Flu’ yang pernah melanda pada 1918 hingga 1920.

Kebimbangan mengenai pandemik penyakit X disuarakan pakar kesihatan kerana ia mungkin menjadi wabak paling serius yang mampu meragut nyawa manusia 20 kali ganda berbanding COVID-19.

Menurut laporan portal kesihatan rajneetpg2022.com, punca penyakit X masih belum diketahui, namun terdapat enam jenis virus memiliki ciri yang boleh menjangkiti manusia dan seterusnya menjadi sumber berlakunya pandemik.

Enam virus itu ialah Adenoviridae, Coronaviridae, Orthomyxoviridae, Paramyxoviridae, Picornaviridae dan Poxviridae.

Bagaimanapun, menurut pakar penyakit berjangkit dari University of Buffalo Jacobs School of Medicine and Biomedical Sciences, Dr Thomas Russo, saintis masih belum mengetahui jenis virus yang boleh menyebabkan berlakunya pandemik selepas ini.

Katanya, banyak pihak mengandaikan penyakit X berkemungkinan adalah coronavirus seperi SARS CoV-2 atau ‘strain’ baharu kepada influenza.

“Tiada sebarang cara untuk mengetahui bila penyakit X ini akan menular atau membuat tekaan tahap keseriusannya.

“Namun, melihat bagaimana dunia berdepan ancaman COVID-19 khususnya pada 2020 dan 2021, amat penting untuk kita sentiasa berwaspada,” katanya.

Kurangkan kesan akibat penyakit X

Dr Thomas berkata, bagi mengurangkan kesan akibat penyakit X kelak, pegawai dan pembuat dasar perlu memberi tumpuan untuk menghalang pandemik baharu.

Jelasnya, penyelidikan dan pembiayaan bioperubatan perlu diteruskan supaya dunia mampu mendepani ancaman kesihatan baharu.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Vaksin UK, Dame Kate Bingham, berkata seluruh dunia perlu bersedia memacu pengagihan vaksinasi secara besar-besaran yang menyalurkan dos dalam waktu yang singkat.

Bagaimanapun, beliau mengakui pada masa ini, masih belum ada vaksin yang diluluskan, tersedia untuk penyakit X.

Jelasnya, walaupun saintis sudah mengenal pasti 25 keluarga virus yang merangkumi ribuan virus lain, masih terdapat jutaan virus yang masih belum ditemui.

“Bayangkan penyakit X berjangkit seperti demam campak dengan kadar kematian seperti virus Ebola dan ia merebak dengan cepat,” katanya.

Semua perlu sentiasa berwaspada

Justeru, pakar kesihatan menegaskan semua pihak perlu sentiasa berwaspada dan bersedia dengan sebarang amaran berkaitan ancaman kesihatan.

Antara langkah yang perlu diambil untuk menghentikan pandemik sebelum ia bermula ialah semua pihak:

* Melabur dalam pengawasan: Membangunkan sistem global yang kukuh untuk mengesan ancaman yang muncul.

* Kesalinghubungan kesihatan antara manusia, haiwan dan alam sekitar juga perlu diiktiraf bagi mengurangkan risiko akibat pandemik

* Penggunaan antibiotik: Laksanakan dengan lebih bertanggungjawab dan melaksanakan pengawasan antimikrobial bagi memerangi patogen.

* Sistem penjagaan kesihatan: Perlu diperkasakan dengan meningkatkan kapasiti untuk tindak balas terhadap wabak.

* Kerjasama global : Seluruh negara negara perlu mengadakan dalam perkongsian maklumat, peruntukan sumber dan usaha penyelidikan.

* Pelan pandemik: Membangunkan pelan yang komprehensif perlu disediakan termasuk menyediakan bekalan penting dan menubuhkan pasukan tindak balas dengan segera. – sumber berita harian

 

ADAKAH MEDICAL CARD ANDA COVER PENYAKIT PANDEMIK MERBAHAYA?

DAPATKAN MEDICAL CARD TERBAIK YANG COVER SEMUA JENIS PENYAKIT PANDEMIK