MENGAPA KERJAYA INSURANS BOLEH MEMUPUK SEMANGAT KEUSAHAWANAN ANDA

Kehidupan sebagai usahawan ada kelebihannya. Anda boleh bekerja bila anda mahu. Anda juga memiliki kawalan penuh atas pendapatan anda, dan anda boleh melakukan sesuatu menurut kepentingan anda.

 

Jadi, tidak hairanlah jika terdapat kira-kira 582 juta usahawan di serata dunia, menurut kenyataan daripada Monitor Keusahawanan Global.

Bagaimanapun, menjadi usahawan adalah usaha yang berisiko. Memiliki lebih banyak kawalan atas hidup anda bermakna anda perlu memikul tanggungjawab yang lebih berat. Risikonya adalah lebih tinggi dan gaji anda mungkin tidak tetap.

Bagaimana kalau kami katakan ada cara untuk anda nikmati kelebihan sebagai usahawan tanpa risikonya?

 

Kawal sendiri pendapatan anda

Kerjaya insurans adalah menarik dan memuaskan dalam banyak aspek. Sama seperti keusahawanan, ia meletakkan matlamat, kawalan dan imbangan kembali ke tangan anda sendiri. Anda yang akan menentukan pelbagai aspek dalam kerja anda, khususnya jumlah pendapatan anda.

Di Prudential, anda akan menerima komisen atas jualan baharu dan pembaharuan semula, serta bonus tanpa had jika anda mengatasi sasaran anda — kesemua ini berserta gaji yang stabil. Ringkasnya, peningkatan pendapatan anda bergantung pada diri anda. Dengan disiplin dan ketekunan, prospek yang lebih baik boleh dicapai.

Program pembangunan kepimpinan kami, PRUVenture boleh membantu anda mencepatkan perkembangan kerjaya anda. Peluang pantas ini boleh membantu penjual atau pengurus profesional di luar industri insurans, menguasai sektor yang pesat berkembang ini. Kami akan membantu memantapkan kemahiran menjual anda yang sedia ada, dan membekalkan kepakaran yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya insurans baharu anda

PRUVenture akan membantu dalam semua aspek yang boleh menyebabkan kegagalan usahawan. Biar kami uruskan perkara penting seperti penyelidikan, promosi, perkhidmatan pelanggan dan infrastruktur, sementara anda tumpukan fokus untuk mendapatkan ganjaran, menggunakan model yang terbukti berjaya.

Untuk mendorong kejayaan anda, program kami yang teruji berjaya ini akan membantu anda menjadi pemimpin di Prudential, selain membekalkan anda dengan kemahiran yang diperlukan untuk menganggotai persatuan Million Dollar Round Table (MDRT), yang berfungsi untuk mengiktiraf ahli profesional terbaik dalam industri insurans hayat dan perkhidmatan kewangan.

Ini bermakna, setelah melengkapkan program, anda akan mencapai kedudukan yang baik dan lengkap untuk meningkatkan pendapatan anda dengan membentuk dan memimpin pasukan anda sendiri. Untuk meningkatkan lagi kedudukan anda, mulakan perniagaan anda sendiri dalam syarikat dan membangunkan pemimpin-pemimpin yang boleh membina pasukan mereka sendiri dan menyertai MDRT. Tiada apa yang akan menghalang impian anda, dan anda boleh membina perniagaan anda sendiri dalam struktur Prudential yang teratur. Semua faedah sebagai bos sendiri akan dapat diperoleh, tanpa risau tentang risikonya.

Membuat impak sebagai usahawan

 

Hari ini, ramai orang (terutamanya generasi lebih muda) mahukan pekerjaan yang lebih memuaskan. Mereka inginkan kerja yang bermakna dan mempunyai impak positif kepada dunia. Keinginan ini semakin ketara berikutan pandemik COVID-19, di mana semakin ramai orang mula mencari peluang untuk membuat impak dalam kehidupan orang lain, dan kehidupan mereka sendiri. 

Selain itu, pandemik ini juga telah menyerlahkan betapa pentingnya perlindungan insurans, terutama dalam waktu-waktu susah atau keadaan yang tidak dijangka.

Insurans menawarkan peluang untuk mengubah kehidupan anda sendiri, dan kehidupan orang lain juga. Anehnya, kurang daripada 4 peratus individu yang dilahirkan antara 1981 dan 1997 yang akan mempertimbangkan bekerja dalam sektor ini, menurut Persatuan Penyelidikan dan Pembangunan Operasi Kerjasama, iaitu badan penetap standard global bagi industri insurans dan perkhidmatan kewangan yang berkaitan. Industri insurans semakin berkembang dan ia menawarkan peluang untuk anda membuat impak sambil menikmati ganjaran yang hebat. Maklumlah, semua orang sentiasa akan perlukan insurans.

Jikalau anda pentingkan sesuatu yang bermatlamat serta gaji yang terjamin, PRUVenture menawarkan peluang terbaik untuk anda lakukan perubahan. Memandangkan ramai lagi pengguna Asia yang masih belum dilindungi insurans secukupnya, kami sedang mencari individu-individu berpengalaman untuk membina hubungan kukuh dengan pelanggan. Semakin ramai pelanggan yang anda bantu untuk mendapatkan perlindungan insurans yang sesuai, semakin ramai orang yang boleh menikmati kewangan yang stabil dan ketenangan minda.

Pengambilan langkah-langkah positif untuk mempertingkatkan pasukan dan pelanggan kami adalah faktor yang telah mendorong kedudukan Prudential selama lebih 170 tahun. Cabaran yang dihadapi sekarang ini telah menggerakkan kami untuk memperkukuhkan matlamat kami: untuk membantu orang ramai menikmati kehidupan ini dengan sepenuhnya.

 

 

Bina potensi sebagai usahawan terbaik dengan PRUVenture

 

Sepanjang tiga tahun yang akan datang, kami akan merekrut 20,000 orang merentasi sembilan pasaran melalui program PRUVenture, bagi membina generasi pemimpin perkhidmatan kewangan seterusnya.

Peluang ini menawarkan lebih banyak daripada sekadar menerajui industri sahaja.

PRUVenture menawarkan peluang untuk mencerahkan masa depan anda, melakukan perubahan dan memupuk semangat keusahawanan anda dalam organisasi yang menyokong dan berstruktur. Jika anda komited untuk mendorong kejayaan anda, PRUVenture boleh membantu memupuk semangat keusahawanan anda. Sertai kami hari ini untuk membuat impak dalam industri yang semakin berkembang. Jangan lepaskan peluang ini!