DARI 0 HINGGA RM100,000

Korang pernah tanya budak budak sekolah rendah tak.. apa cita cita diorang? Ramai yang jawab nak jadi lawyer, engineer, arkitek, cikgu dan lain lain.

Tak pernah lagi dengar ada yang cakap saya nak jadi ejen insuran suatu hari nanti. termasuklah pak syed. dulu masa kecik berangan angan nak kerja dekat bank.

Sebab apa tau.. bila kita pergi bank.. pak syed tengok pegawai dekat kaunter tu macam bergaya betul. dengan tie dan pakai jaket. fuhh hensem betul.. aku nak jadi pegawai bank suatu hari nanti.

Syukur alhamdulillah, habis je SPM. dapat offer kerja bank. Macam tak percaya je.. pakai SPM je pun.. ok la dapat pangkat 1 result yang bagus

Pak Syed mula berkhidmat di Bank Islam HQ yang terletak di Jalan Raja Laut sebagai Account Clerk. Seronoknya bila dapat masuk. tapi gaji kecik. nak gaji besar macam mana? Senior kat bank tu kata.. kena sambung belajar sampai degree.. baru dapat jadi PEGAWAI BANK. 

Jawatan pegawai bank tu macam syiok je dengar ada gaya, mutu dan ada style dekat posisi jawatan tu.

Then Pak Syed pun berhenti selepas 6 bulan bekerja di Bank Islam untuk sambung belajar.

Pak Syed sambung belajar dekat Mara EDP School / Institut Perdagangan Mara / Akademi Intech Mara yang sekarang ni nama dia UniKL. Pak Syed ambik course Computer Studies sebab dalam masa yang sama pak syed minat komputer. Pihak Mara menjanjikan kalau belajar cemerlang, Mara akan hantar ke Sheffield Hallam, United Kingdom. Pak Syed pun pulun score untuk capai impian nak belajar kat UK. Tapi situasi waktu tu ekonomi tengah gawat. Jadi bajet Mara untuk hantar pelajar ke UK tu masih tergantung. Pihak pengurusan pun takde kata putus sama ada bila score boleh pergi ke tak.. itu serba sedikit menjejaskan minat pak syed untuk meneruskan pelajaran hingga ke peringkat degree. Pak Syed berhenti setakat NCC International Diploma in Computer Studies je. Malas nak sambung sebab tak dapat pergi UK.

 

Syukur alhamdulillah lepas graduate terus dapat kerja dekat Maybank sebagai Pegawai Bank di bahagian IT.

Mula mula syok kerja.. sebab kita rasa macam kita ni penting. Ada je masalah tentang sistem komputer semua orang akan cari pak syed. Rasa bangga pun ada. Rasa macam penyelamat pun ada. Tapi lama lama boring.. sebab asyik layan problem yang sama dan berulang ulang