MARKET VALUE VS AGREED VALUE

Dalam insurans kereta, terdapat dua nilai yang penting: Nilai Perjanjian (Agreed Value) dan Nilai Pasaran (Market Value). Mari kita lihat perbezaan di antara keduanya:
Nilai Pasaran adalah anggaran oleh pihak insurans mengenai harga jual kereta pada masa tertentu, seperti ketika berlaku kemalangan atau pencurian.
Contohnya, jika anda menginsuranskan kereta pada nilai 50,000. selepas 10 bulan, jika anda membuat tuntutan pencurian kereta, bayaran pasti lebih rendah mengikut harga pasaran.
Nilai Perjanjian pula adalah jumlah yang telah dipersetujui oleh pihak insurans berdasarkan model dan tahun kereta anda.
Dengan Nilai Perjanjian pula, jika anda perlu membuat tuntutan kerugian total, jumlah bayaran akan berdasarkan polisi insurans dengan nilai yang telah dipersetujui. Ini mengelakkan risiko insurans kurang atau lebih daripada nilai sebenar kereta anda.
Jadi, adakah Nilai Perjanjian atau Nilai Pasaran lebih baik? Jawapannya bergantung kepada keperluan anda.