fbpx

Aturan Allah itu cantik sangat

Tengoklah bagaimana Allah aturkan kejayaan untuk anak muda ni bersama business Takaful.. Pertemuan di Petronas mengubah hidup anak muda ni menjadi seorang yang luar biasa bila mana dalam setahun sahaja mampu memiliki jentera mustang…
“Abg.. Saya nak bergambar dengan abg boleh tak “… time ni saya tengah isi minyak.. Datang anak muda ni ajak bergambar.. Terasa mcm artis, pergi mana2 mesti ada ja org ajak bergambar.. tapi bezanya anak muda ni bukan sekadar bergambar, dia terus usaha untuk mencari siapa saya.. Akhirnya dia ternampak gambar kereta dalam instragram, terus DM untuk bertanya khabar..
“Abg buat biz apa ? Share-share la kot sy blh berjaya macam abg ? Dia cuba mengorek rahsia..
Dari situ, bermulalah anak muda ni utk buat biz takaful.. Setiap hari jumpa.. Ambik 2 exam PCE & TBE dalam beberapa minggu ja terus settle.. tapi nak contract jadi masalah pulak sebab dia ni jenis sign tak sama (mungkin kecik2 dulu tangan tak bedung) hantar sekali tak lepas.. Hantar dua kali x lepas.. 5 kali juga submit akhirnya berjaya dapat kod.. Alhamdulillah.. (setiap kali anak didik berjaya dapat kod meleleh air mata, sbb fkr kan bermulalah tanggung jawab aku sebagai seorang bapa utk pastikan dia berjaya)..
Sejak dari hari tu, setiap malam abis ja dia kerja mesti jumpa saya.. Betul cakap orang tua-tua “benih yang baik ni, kalau di campak ke laut akan jadi pulau, kalau di campak ke darat akan jadi gunung”.. tiada alasan.. “tiada istilah LETIH, tiada istilah CUTI, tiada istilah JAUH”..
“Saya tengok hang ni memang rajin, siang kerja kilang, pergi awai pagi, balik 6 petang, malam sambung jual madu, 2-3 pagi baru balik rumah.. BOLEH TAK HANG UBAH RAJIN HANG TU MASUK DALAM BIZ NI ?”
Hanya berbekalkan RAJIN, dia mula buat, dia mula belajar, diherdik orang “itulah belajar tak pandai jadi agent insurans je”.. “kawan aku pernah buat dah tak boleh pergi biz ni”.. “kau buat part time ja biz ni tak de masa depan”.. semua tu tak mematahkan semangat.. “bos, kereta saya kena langgar”.. tak pa ada rezeki besar Allah nak bagi, ubah mindset dia untuk berfikiran POSITIF dlm segala hal.. “bos, minggu ni kereta saya 3 kali orang calarkn”.. tak pa Allah nak bg hang kereta lain..
Alhamdulillah.. Aturan Allah untuk hang memang terbaik Syafiq.. Ingat.. Bila Allah bagi kita kejayaan mesti ada sebab.. Jadi jangan lupa ZAKAT.. jangan lupa bantu orang lain.. Sedekah buat tiap-tiap hari.. bagi walaupun sikit.. sebagai bapa dalam biz ni.. Tak lekang pesan hari-hari.. terutama bila dapat komisen.. “seronok dak dapat komisen ribu2..jangan lupa bg mak ayah.. setiap rezeki kita ada rezeki orang lain.. nanti Allah akan tambahkan lagi”..
Setahun sahaja beliau berjaya membeli sebuah VELLFIRE untuk ibu nya, sebuah RUMAH dan sebuah kereta impian dia MUSTANG..
Itu lah sedikit penceritaan perjalanan, bagaimana anak muda yang bernama wan syhafiq farhan ni bermula dari hari pertama jumpa saya.. Semoga boleh jadi SEMANGAT untuk orang lain..
“NAK, SEMANGAT, SANGGUP”.. jika ada di luar sana yang nak ubah hidup.. saya masih bersedia untuk mendidik anda.. kalau syafiq boleh tegur saya di stesen minyak KENAPA anda yang dh kenal saya di FACEBOOK ni tak mau tegur saya untuk join biz ni ? 😊