Apakah perbezaan antara wasiat, hibah dan faraid?

Explore The Colourful World

A Wonderful Gift

Masih ramai dalam kalangan kita yang memandang ringan mengenai pengurusan harta pusaka. Namun, penyediaan wasiat atau hibah dapat menyelesaikan banyak kemelut pada kemudian hari.

 

 

1. Apa itu harta pusaka?

Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati. Ia biasanya dikategorikan sebagai harta alih dan harta tidak alih. Harta alih adalah seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan insurans, kenderaan, perabot rumah, pakaian dan sebagainya. Harta tidak alih pula adalah seperti tanah serta kepentingan atas tanah tersebut, rumah, lombong, sawah, telaga dan tasik.

Akibat daripada pemilik harta yang gagal merancang harta ketika masih hidup, banyak masalah yang berlaku selepas kematian. Malah, mengikut laporan akhbar, sejumlah RM66 bilion harta pusaka umat Islam tidak dituntut, malah harta pusaka khusus rumah dan tanah dibiarkan bertahun-tahun tanpa diurus.

BACA: Hibah: Apa akan terjadi sekiranya berlaku kematian pemilik rumah?

2. Apa itu wasiat?

Menurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999, wasiat merupakan iqrar seseorang yang dibuat semasa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas berlaku kematian.

 
  • Pembahagian wasiat 

Penerima wasiat hanya untuk bukan waris sahaja. Kadar wasiat tidak boleh melebihi kadar 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta. Sekiranya kadar adalah melebihi 1/3, persetujuan ahli waris perlu didapatkan. Persetujuan waris tidak diperlukan sekiranya kurang daripada jumlah tersebut. Wasiat hanya perlukan ijab sahaja dan pindah milik harta hanya boleh berlaku selepas kematian. Namun begitu, simpanan KWSP atau polisi insurans tidak boleh di wasiatkan. Wang tersebut akan diberikan kepada penama kedua-dua perkara ini yang tertakluk di bawah akta yang berbeza.

Pengagihan harta pusaka boleh mengambil masa lebih dari lima tahun sekiranya melibatkan kes yang rumit. Kematian anda akan diklasifikasikan sebagai ‘tak berwasiat’ jika anda meninggal dunia tanpa wasiat. Hal ini demikian kerana, anda tidak meninggalkan arahan akan siapa yang patut menerima harta pusaka anda, termasuk jumlah dan nilai peninggalan tersebut. Harta-harta ini termasuk kesemua simpanan bank, hartanah dan aset-aset lain kepunyaan anda.

  • Orang Islam 

Di Malaysia, orang Islam dan bukan Islam tertakluk di bawang undang-undang pewarisan yang berbeza. Bagi orang Islam, harta pusaka yang tidak diwasiatkan akan dibahagikan mengikut hukum Faraid. Harta pusaka yang tidak dituntut pula akan diberikan kepada Baitulmal.  Sekiranya benefisiari belum mencapai usia 18 tahun, kurang upaya atau cacat akal, bahagian mereka akan didepositkan ke dalam Akaun Amanah di AmanahRaya. Ia boleh dituntut apabila benefisiari berusia 18 tahun atau usia yang dipersetujui di dalam Surat Ikatan Amanah.

  • Orang bukan Islam 

Bagi orang bukan Islam pula, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menguruskan pengebumian dan pembayaran hutang tertunggak. Seterusnya, baki harta pusaka atau wang yang tidak diwariskan itu tadi anda akan diberikan kepada benefisiari mengikut ketetapan Akta Pembahagian 1958 (pindaan 1997) untuk Semenanjung Malaysia dan Sarawak, manakala Intestate Succession Ordinance 1968 diguna pakai untuk Sabah.

Untuk benefisiari yang berusia bawah 18 tahun, seorang penjaga akan dilantik oleh mahkamah namun ini tidak bermakna penjaga itu mempunyai hak atau kuasa mutlak ke atas hara pusaka itu. Kebenaran dari mahkamah adalah perlu sekiranya si penjaga ingin mengeluarkan atau menggunakan wang peninggalan bagi menyara kos pendidikan serta kos-kos yang melibatkan benefisiari yang berusia bawah 18 tahun.

Tekan Butang Whatsapp Untuk Bantuan Segera