5 Cara Claim Insurans Kereta “Banjir”

*Nota: Langkah-langkah tuntutan ini dipraktikkan oleh kebanyakan syarikat insuran di Malaysia berdasarkan garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), dan Malaysian Takaful Association.*

1. Hubungi Pihak Insurans

Anda boleh menghubungi pihak insurans anda sekiranya kereta anda rosak akibat air banjir dan memerlukan perkhidmatan trak tunda. JANGAN CUBA untuk memandu kereta anda sendiri kerana ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan kereta yang lebih teruk.

2. Kumpulkan Bukti

Senarai-senarai butiran atau dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans dalam urusan tuntutan insurans seperti:

i. Catatan lokasi dan masa/tarikh kereta ditenggelami banjir

ii. Ambil gambar kerosakan kereta yang ditenggelami banjir

iii. Salinan lesen memandu pemilik kereta

iv. Salinan kad pengenalan pemilik kereta

v. Salinan geran kereta

vi. Salinan polisi insuran

vii. Butiran/dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta (sekiranya ada)

3. Buat Laporan Polis

Jika diikutkan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh masa 24 jam. Jika anda mempunyai alasan yang munasabah, anda masih boleh membuat laporan polis walaupun melepasi tempoh masa 24 jam. Bila keadaan mengizinkan, anda hendaklah membuat laporan polis secepat yang mungkin. Jangan lambat-lambat ya!

4. Serahkan Borang Tuntutan Dan Dokumen Sokongan Kepada Syarikat Insurans

Setelah mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan, anda hendaklah menyerahkan borang tuntutan bersama dokumen-dokumen tersebut kepada agen insurans atau syarikat insurans anda. Mereka akan memaklumkan kepada anda tempoh masa yang diperlukan bagi memproses tuntutan anda.

5. Hantar Kereta Anda Ke Bengkel Panel

Anda hendaklah menghantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans anda. Senarai bengkel panel di kawasan anda boleh didapati daripada pihak insurans anda.

Adakah Kereta Anda Sudah Mempunyai Perlindungan ‘Banjir’?

Pada kebiasaanya, setiap pemilik kenderaan akan diwajibkan untuk mempunyai insuran kenderaan atas kereta sendiri. Setiap kereta yang dimiliki selalunya akan dilindungi Insurans Komprehensif. Perlindungan ini merangkumi kerosakan/kehilangan kepada kenderaan, kemalangan atas kenderaan, kematian/kecederaan ke atas pihak lain atau kerosakan harta benda pihak lain.

Terdapat satu perlindungan tambahan ke atas perlindungan komprehensif yang dikenali sebagai ‘Special Perils’. Perlindungan ini dapat membantu anda dalam pampasan atas hal kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh kejadian banjir atau mana-mana bencana alam (seperti yang disenaraikan dalam terma & syarat atau polisi insurans).

Jadi bertindak segera! Apply Insurans Kenderaan Anda dengan tambahan “Special Perils” Bersama kami