4 TIP UNTUK PENGGUNA MENGENAI INSURANS & TAKAFUL.

4 TIP UNTUK PENGGUNA MENGENAI INSURANS & TAKAFUL.

Alhamdulillah, semakin hari ramai rakyat Malaysia sedar tentang kepentingan Insurans & Takaful (walaupun ada yang masih berkira-kira perlu atau tidak!). Walaupun situasi sekarang, ada pemilik polisi tidak faham langsung tentang apa yang mereka miliki; Insurans & Takaful mereka.

 

Ini ada EMPAT tip penting untuk pengguna di luar sana mengenai Insurans & Takaful.


#1. Baca kontrak Polisi / Sijil dengan teliti.

Saya kata TELITI. Anda perlu membaca dan memahami terma dan syarat polisi selepas menerima kontrak polisi daripada syarikat insurans/takaful. Anda diberi masa selama 15 hari daripada tarikh penerimaan untuk meneliti kandungan polisi/sijil. Gunakan peluang ini untuk memastikan maklumat adalah betul dan polisi tersebut menepati keperluan anda. Anda hendaklah memahami had-had atau klausa-klausa pengecualiannya. Jika perlu, dapatkan penerangan lanjut daripada syarikat insurans/takaful atau ejennya.

#2. Kepentingan pendedahan (jujur mengenai keadaan kesihatan semasa)

Anda mestilah mendedahkan semua fakta dalam borang permohonan anda sepenuhnya dan sejujurnya. Sekiranya ejen anda mengisikan borang permohonan untuk anda, baca dan fahamilah keperluan dalam borang tersebut sebelum anda menandatangani borang tersebut. Jika tidak, polisi insurans / sijil takaful anda mungkin terbatal atau syarikat insurans / takaful boleh menolak tuntutan anda.

#3. Pembelian polisi insurans / sijil takaful.

Anda boleh membeli polisi insurans sama ada secara terus daripada syarikat insurans / takaful, melalui ejen insurans / takaful yang sah, atau bank / institusi kewangan yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans. Sekiranya anda membeli polisi insurans / takaful melalui ejen, pastikan beliau adalah ejen yang sah bagi mana-mana syarikat insurans. Jika anda ragu-ragu, dapatkan bukti pendaftaran / kad kuasa ejen tersebut atau menghubungi syarikat insurans berkenaan. Ejen yang sah adalah berdaftar, sama ada di bawah Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) atau Malaysia Takaful Association. (MTA)

#4. Pembayaran premium.

Anda mempunyai pilihan untuk membayar premium / sijil terus kepada syarikat insurans / takaful atau melalui ejen, Anda hendaklah memastikan pembayaran dibuat atas nama syarikat insurans (bukan atas nama ejen atau agensi), dan pastikan anda menerima resit rasmi daripada syarikat insurans / takaful. Sekiranya boleh, elakkan daripada membuat pembayaran secara tunai kepada ejen (saya amat menggalakkan menggunakan pembayaran atas talian tapi terhad beberapa bank sahaja).


Insha Allah, empat tips di atas boleh menjadikan diri anda pengguna atau pemilik insurans/takaful yang bertanggungjawab dan peka.

 

Credit to Adib Yazid

 

 

Tekan Butang Whatsapp Untuk Bantuan Segera