Pernah tak anda melihat gambarajah di atas ini?
Inilah dia Cashflow Quadrant yang diperkenalkan oleh Robert Kiyosaki, seorang jutawan dan penulis buku-buku kewangan yang popular di seluruh dunia.
Antara buku yang dihasilkan beliau adalah Rich Dad Poor Dad, Retire Young Retire Rich, Increase Your Financial IQ dan Rich Dad’s Cashflow Quadrant.
Berbalik kepada Cashflow Quadrant yang diperkenalkan beliau, dapat dilihat terdapat 4 kuadran yang sebenarnya mewakili sumber pendapatan kebanyakan orang iaitu:
1. Employee – pekerja makan gaji
2. Self-employed/self-business – bekerja/berniaga sendiri
3. Business owner – pemilik perniagaan
4. Investor – pelabur
4 Kategori Sumber Pendapatan
1. Employee
Kuadran E merujuk kepada golongan pekerja makan gaji; mereka bekerja untuk orang lain/organisasi dan dibayar gaji, tak kira samaada secara bulanan atau harian, tetap atau tidak tetap.
Jika tidak bekerja, maka tiada sumber pendapatan (kecuali cuti-cuti yang diberi)
Golongan ini mengorbankan masa dan tenaga untuk mengkayakan dan berkhidmat untuk orang lain.
Jumlah pendapatan adalah terhad kepada gaji yang diberi majikan dan masa mereka kebanyakannya ‘dipegang’ oleh majikan (tiada kebebasan masa)
Pertambahan pendapatan hanya diperoleh jika terdapat kenaikan gaji atau kenaikan pangkat.
2. Self-employed/self-business
Kuadran S mewakili golongan yang bekerja sendiri, atau pemilik bisnes kecil-kecilan.
Contohnya, seorang doktor yang menjaga kliniknya sendiri atau seorang mekanik yang menjaga bengkelnya sendiri.
Sama seperti golongan E, jika tidak bekerja, maka tiada sumber pendapatan.
Walaupun mempunyai lebih kebebasan masa berbanding golongan E, namun jumlah pendapatan adalah terhad kepada usaha dan masa yang mereka curahkan.
Contohnya jika seorang mekanik mampu membaiki 5 buah kereta sehari, maka sebanyak itulah sahaja pendapatan beliau.
Jika tidak bekerja atau bercuti, maka tiadalah pendapatan untuk hari itu.
3. Business owner
Pemilik bisnes (kuadran B) adalah orang yang mempunyai perniagaan besar dan bersistem.
Mereka mempunyai sistem yang baik dan pekerja yang mahir menguruskan perniagaan mereka.
Walaupun pemilik bisnes bercuti, perniagaan mereka masih berjalan dan memberikan pendapatan kepada mereka.
Pekerja mahir mereka bekerja untuk mengkayakan mereka.
Oleh kerana itu, mereka mempunyai kebebasan masa dan potensi pendapatan tanpa had.
4. Investor
Golongan pelabur (quadran I) menggunakan duit untuk menjana lebih banyak duit.
Mereka hanya melakukan kerja-kerja semasa memulakan pelaburan, selepas itu pendapatan diperoleh secara pasif.
Mereka mendapat pendapatan hasil dividen/bonus pelaburan mereka(pelaburan kertas seperti saham, amanah saham) atau melalui bayaran sewa hartanah-hartanah mereka (jika terlibat dengan pelaburan hartanah)
Oleh kerana pendapatan dihasilkan secara pasif, mereka mempunyai lebihan masa yang banyak.
Anda Yang Mana Satu?
Jika dilihat kepada Cashflow Quadrant, golongan E dan S berada di sebelah kiri, manakala B dan I berada di sebelah kanan.
Mengikut Robert Kiyosaki, beliau menyarankan supaya kita bergerak dari sebelah kiri (E dan S) ke sebelah kanan (B dan I) jika berimpian mencari kekayaan dan mencapai kebebasan kewangan (financial freedom)
Ataupun, mempunyai dua atau lebih sumber pendapatan (berada di dua atau lebih kuadran)
Contohnya, orang yang masih bekerja makan gaji, tetapi pada masa yang sama mempunyai perniagaan yang diuruskan orang lain.
Atau seseorang yang bekerja sendiri mempunyai pelaburan yang menjana pendapatan tambahan untuknya.
Antara sebab-sebab mengapa Robert Kiyosaki memberikan saranan ini adalah:
1. Pendapatan golongan E dan S adalah terhad, dan amat susah untuk mereka menjadi kaya dan mencapai kebebasan kewangan jika kekal di kuadran yang sama.
2. Golongan E dan S mempunyai masa yang terhad, jadi sukar bagi mereka untuk melakukan perkara-perkara yang mereka sukai atau sesuatu yang boleh menjana lebih pendapatan untuk mereka
3. Oleh kerana pendapatan yang terhad, kebanyakan mereka yang berada di kuadran E dan S menggunakan sebahagian besar pendapatan yang diperoleh untuk berbelanja dan menghasilkan liabiliti (hutang), dan sedikit sahaja untuk simpanan dan aset
4. Golongan E dan S terpaksa membayar cukai yang tinggi, malah semakin tinggi pendapatan yang diperoleh, semakin tinggi cukai yang perlu dibayar
5. Golongan B dan I menghasilkan aset yang mana aset ini akan menghasilkan pendapatan pula untuk mereka (sebab itulah pendapatan mereka tidak terhad!)
6. Golongan B dan I boleh menggunakan konsep leveraging; mereka mengeksploit tenaga dan masa orang lain (pekerja), sistem, aset dan kemudahan yang ada untuk menghasilkan lebih banyak wang
7. Golongan B dan I boleh mengawal pendapatan dan perbelanjaan mereka supaya cukai yang dikenakan adalah minima walaupun pendapatan semakin bertambah
Memang banyak kelebihan yang boleh dinikmati golongan sebelah kanan berbanding sebelah kiri.
Jadi, sekarang, anda berada di kuadran yang mana?
Jika anda sekarang berada di kuadran E. Income anda terhad. Agak sukar untuk tambah income sebab gaji anda dibayar secara tetap.
Mungkin anda boleh bergerak perlahan lahan ke kuadran S dengan cara bekerja Sendiri. Apa contoh contoh kerja sendiri? Contohnya jual sate, jual berger, nasi lemak, buat dropship, buat grab. Makin banyak anda luangkan masa di kuadran ini… insyallah income akan bertambah banyak.. tapi ada satu lagi masalah.. iaitu anda tak boleh jatuh sakit. kalau sakit.. siapa nak tolong sambung buatkan kerja anda?
Jadi nak buat macam mana? Anda kena cepat cepat masuk ke kuadran B. Bisness owner / boss.. anda perlu tambahkan pekerja anda. Dan ajar mereka supaya mereka boleh buat kerja macam anda. Anda juga boleh berehat sedikit sebab dah ada orang lain buatkan kerja anda. Kalau anda sakit pun.. bisnes masih berjalan macam biasa
Kuadran terakhir adalah kuadran I.. investor. selama ini anda penat bekerja untuk cari duit. apa kata kali ini anda biarkan duit bekerja untuk anda. macam mana? dengan cara meletakkan simpanan anda ke intrumen pelaburan yang memberikan pulangan tinggi… seperti amanah saham, saham, property, emas dan lain lain. Disini anda perlukan ilmu untuk kaji apakah risiko pelaburan anda vs peluang pendapatan anda.
Sebagai contoh anda simpan 1 juta di amanah saham dan mendapat pulangan 10%. maka anda akan dapat RM100,000 pulangan. Anda boleh pilih untuk keluarkan untuk perbelanjaan anda atau invest semula untuk mendapatkan kuasa compounding interest.
Melalui insurans.. pak syed boleh ajar bagaimana untuk berpindah dari kuadran E ke S ke B dan ke I. Kalau nak belajar boleh je.. kursus FREE..