PruBSN perkenal PruBSN WarisanPlus

PruBSN perkenal PruBSN WarisanPlus

KUALA LUMPUR: Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) melancarkan PruBSN WarisanPlus, pelan perlindungan berasaskan konsep bantuan bersama yang menyediakan nilai perlindungan tinggi bagi menjamin masa depan kewangan orang tersayang.

Versi ditambah baik daripada pelan asal PruBSN Warisan yang dilancarkan pada Oktober 2016 itu menawarkan liputan tinggi bermula daripada RM250,000 sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal (TPD).

 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Saifulrizal Wan Ismail, berkata pelan itu juga dicipta untuk ibu bapa yang ingin menjamin pendidikan dan perlindungan masa depan anak-anak daripada usia awal, dengan kelayakan masuk ditawarkan seawal umur 14 hari hingga 70 tahun.

Beliau berkata, pelanggan juga boleh melanjutkan tempoh liputan sehingga umur 100 tahun, tertakluk kepada sumbangan tambahan.

Selain itu, katanya pelan berkenaan menawarkan perlindungan kewangan sehingga 400 peratus daripada jumlah yang dilindungi sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan, serta perlindungan terhadap 14 penyakit berjangkit.

“Perlindungan nyawa dan kekayaan adalah perkara yang harus dipertimbangkan setiap orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan.

“Namun, cuma 41 peratus rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu pelan perlindungan dengan liputan purata sebanyak RM56,000, manakala 65 peratus lagi tidak mempunyai sebarang jaringan keselamatan untuk melindungi diri dan keluarga apabila ditimpa musibah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran media PruBSN WarisanPlus di sini, hari ini.

Wan Saifulrizal berkata, pelanggan PruBSN WarisanPlus juga boleh memanfaatkan pelbagai manfaat tambahan, dikenali sebagai ‘rider’, untuk mengukuhkan perlindungan bagi memenuhi keperluan tertentu.

Sebagai contoh, melalui rider penyakit kritikal, pelanggan akan menerima bayaran sekali gus apabila menghidapi mana-mana 43 penyakit kritikal yang tersenarai.

Pelanggan juga boleh menambah rider simpanan untuk meningkatkan wang simpanan bagi memenuhi keperluan pendidikan anak mereka mahupun matlamat kewangan Iain.

Dengan perlindungan tambahan haji/umrah, pelanggan akan mendapat manfaat kematian tambahan sehingga 200 peratus daripada jumlah pelan tambahan atau rider yang dilindungi untuk kehilangan nyawa atau TPD semasa haji atau umrah, termasuk manfaat imunisasi sehingga RM300 setiap tiga tahun.

Bagi meringankan beban keluarga, pelanggan yang melanggan PruBSN WarisanPlus akan menerima RM3,000 manfaat khairat untuk membantu membiayai perbelanjaan pengebumian di masa akan datang.

Tekan Butang Whatsapp Untuk Bantuan Segera