APA ITU NCD DAN BAGAIMANA FUNGSINYA?

APA ITU NCD?
Apa itu NCD dalam insurance term? NCD adalah sesuatu yang disukai ramai pemilik kenderaan kalau renew insurans kereta. ikr!
NCD (No Claim Discount) atau NCB (No Claim Bonus) bermaksud diskaun atau bonus yang diberikan oleh pihak insurans kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tuntutan pada tahun tersebut. Maksud tuntutan di sini adalah jika kenderaan mengalami kemalangan lalu menuntu insurans dari pihak syarikat insurans. tapi kalau tiada tuntutan dibuat dalam masa setahun, next year NCD akan meningkat.
NCD untuk setiap jenis kenderaan adalah berlainan setiap tahun. Tapi bagi tahun pertama, semua jenis kenderaan bermula daripada 0%. Let me show you.
📍Kereta persendirian (Private Car)
0% – 25% – 30% – 38.33% – 45% – 55% (max)
📍Kereta Komersial & Motorsikal (Commercial Car & Motorcycle)
0% – 15% – 20% – 25% (max)
Contohnya jika kamu mempunyai NCD sebanyak 55% dan malang tidak berbau, kamu kemalangan dan membuat tuntutan ke atas insurans kamu, maka NCD untuk next renewal akan jadi 0%. Means, you kena start over everything lah. okay?
Saya percaya ada beberapa isu berkenaan NCD yang ada sesetengah orang tidak tau. So I will explain satu per satu di sini.

1. Status NCD

If you have 55% NCD, tapi kamu tidak renew insurans mungkin dalam setahun dua (kamu tidak menggunakan NCD tersebut), apa akan jadi pada NCD tersebut?
Ncd kereta kamu akan jatuh dari satu tahap ke satu tahap sampai jadi 0%. Contohnya, kamu ada 55% NCD tapi tidak digunakan 2 tahun, automatik NCD akan berkurang jadi 45% untuk next renewal. & so on.

2.Pemindahan NCD ke syarikat insurans lain atau kenderaan lain

📍Syarikat Insurans
NCD boleh dipindahkan dari syarikat A ke syarikat B. Contohnya, tahun lalu di syarikat insurans A ada 25%, tahun ini tukar angin mau renew di syarikat insurans B, yes kamu tetap layak dapat NCD seterusnya iaitu 30% yang penting tidak pernah buat tuntutan insurans ya.
Well, its customer right to renew their insurance in whichever company they want kan? Tapi ada juga “sesetengah”ejen suka”tahan-tahan” NCD customer so that customer terpaksa balik renew dengan dorang. I have to admit, thats a good force marketing skills tapi sikit main kotor lah. So, customers-dul, its your right mau renew dimana-mana k. Kalau ejen bagi alasan pelik-pelik, JANGAN PERCAYA!
📍Kenderaan
NCD pun boleh dipindahan dari kereta lain ke kereta lain. Tapi dengan syarat;
i) Pemilik kenderaan mestilah orang yang sama. Contohnya, NCD si Ali, hanya untuk si Ali. Dia tidak boleh memindahkan NCD ke kenderaan isterinya si Aminah.
ii) Jenis kenderaan mestilah sama. Contohnya, NCD kereta persendirian hanya boleh dipindahkan untuk kereta persendirian shj. Begitu juga dengan jenis kereta lain. Walaupun NCD kereta komersial dan motorsikal adalah sama (sila rujuk senarai NCD di atas) tetapi mereka tidak boleh dipindahkan sebab jenis kenderaan tetap berlainan.
Dan paling penting balik ke “Item i)Pemilik kenderaan mestilah orang yang sama.”
ok, ni last tips saya mau bg pasal NCD.
Contohnya kamu beli kereta baru Mercedes Benz, for first year NCD confirm 0%, dan confirm lagi insurans memang akan mahal. Tapi dalam masa yang sama, kamu ada kancil dengan NCD 55%. So kamu boleh pindahkan NCD si kancil pergi jadi NCD si Mercedes Benz so that insurans dia boleh jadi murah. Tapi mungkin kamu terfikir, “ala, jadi insurans kancil tu jadi mahal lah next year?”, of course. Tapi kamu ada 2 option, mau bayar insurans kancil 3-4 ratus ka atau mau bayar insurans Mercedes Benz 5-6K???