Aps Beza Insurans First Party Dan Third Party..

Kereta dah lawa.. Dah cantik.. Dah upgrade macam2 tapi beli polisi insurans nak yg murah. 🙈🙈. Bak share sikit beza setiap cover Insurans 😊

😁Beza Insurans First Party Dan Third Party..

🤔Masih ramai yang tidak faham apa beza insurans First party dan Third party untuk kenderaan.

😎Cuba anda semak insurans kereta atau motor anda sebenarnya terdapat 3 jenis perlindungan insurans yang ada dipasaran dan setiap jenis berbeza antara satu sama lain.

Tiga jenis insuran tersebut ialah:

1.Perlindungan Komprehensif/first party insurance

Untuk perlindungan komprehensif, ianya memberikan perlindungan yang menyeluruh seperti berikut:-

Kenderaan sendiri :
Ianya melindungi kenderaan sendiri daripada kerosakan akibat kemalangan atau kecurian. Apabila kita membuat tuntutan kerosakan ke atas kenderaan sendiri maka kita akan kehilangan NCD.

Kenderaan pihak ke tiga :
Ini bermaksud pihak ketiga akan membuat tututan ke atas pihak insuran/syarikat takaful kita sekiranya kemalangan tersebut disebabkan oleh kesalahan kita. Apabila pihak ke tia membuat tuntutan ke atas polisi kita maka kita juga akan kehilangan NCD.

Harta benda pihak ketiga
Perlindunga komprehensif juga melindungi harta benda pihak ketiga akibat kesalahan kita. Misalnya kereta kita terbabas dan melanggar rumah orang, maka pihak tuan rumah boleh menuntut kerugian daripada syarikat insuran.

  1. Perlindungan Pihak ketiga dan Kecurian – Third Party and Theft
    (Ia Juga Disebut sebagai Second Party)

Jenis perlindungan yang ini pula ialah Perlindungan pihak ketiga, kecurian atau kebakaran .
Ianya bermaksud hanya melindungi kenderaan/harta benda pihak ketiga dan juga melindungi kenderaan sendiri akibat kecurian atau kebakaran.

3.Perlindungan Pihak ketiga (Third Party)

Perlindungan pihak ketiga bermaksud polisi insuran/takaful kita hanya melindungi kenderaan/harta benda pihak ketiga sahaja. Ini bermakna tiada perlindungan ke atas kenderaan sendiri.

Sekiranya kenderaan kita rosak akibat kemalangan atau kenderaan kita dicuri, maka kita tidak boleh membuat tuntutan ke atas pihak insuran/takaful.

www.wasap.my/60133808048/renewroadtax