6 Perkara Penting Kena Fikir Sebelum Buat Bisnes Semasa PKP

Waktu PKP ni pasti ramai yang terjejas akibat pandemik covid 19

Namun begitu ada jugak bisnes yang naik dan demand sentiasa naik. Boleh katakan tak terjejas sangat akibat pkp.

Sebelum kita buat keputusan nak buat apa apa bisnes. Ada beberapa perkara yang korang kena tanya diri korang dulu. Sebelum buat bisnes.. kena fikir dan kaji perkara-perkara penting dalam bisnes dulu.

  1. Modal
  2. Produk/Servis
  3. Pengalaman / Kemahiran
  4. Siapa bakal pelanggan
  5. Berapa potensi keuntungan
  6. Apa faedah lain korang dapat selain duit

Modal

Bagi mereka yang baru nak buat bisnes.. eloklah cari bisnes yang modal kecil dulu. Kalau boleh cari yang modal sekali je keluar. Antara bisnes yang memerlukan modal rendah adalah seperti.. dropshipping, jual produk orang lain, buat MLM, jadi ejen hartanah, jadi ejen insuran… .

Pak Syed buat bisnes insuran & takaful sebab modal nak start dia murah. cuma RM200 sekali seumur hidup untuk ambik lesen berniaga.

Kalau bisnes korang tak menjadi .. modal yang dikeluarkan amat sedikit.. dan korang takkan rugi besar atau bankrap. Sebab tu kena pilih modal yang kecik tapi memberikan pulangan keuntungan yang tinggi.

perghhh.. masyukkk.. team Pak Syed beli mercedez time PKP.. dasattt

PRODUK / SERVIS

Produk yang tak terjejas ada bisnes yang berkaitan dengan KEPERLUAN hidup manusia. Bukan produk sampingan.

Contoh produk keperluan : Rumah, Pakaian, Makanan, Minuman, Pelajaran, Perubatan dan lain-lain

Bisnes macam ni tak kira sama ada gawat atau tidak ianya tetap ada demand/permintaan. Sebab orang masih tetap perlukan rumah untuk tinggal maka ejen hartanah tetap diperlukan. Pakaian, makanan, minuman tetap diperlukan tak kira ekonomi gawat atau pkp. Mungkin korang boleh try bukak kedai makanan dari rumah atau buat kerja rider grab food atau food panda.

 

Bisnes tuisyen online pun agak demand semasa pkp ni. Anak Pak Syed darjah satu.. sempat sekolah beberapa bulan je .. lepas tu lockdown. Mengeja, mengira, menulis habis tak tahu. terpaksalah panggil cikgu tuisyen datang rumah supaya anak tak ketinggalan dalam pelajaran.

Produk insuran adalah contoh perniagaan barangan keperluan. Sekiranya sakit.. orang tetap kena pergi hospital. Kena bayar bil perubatan yang mahal. Kat sini medical card menjadi keperluan. Cuma bukak akaun, syarikat insuran boleh sediakan minimum RM1 juta untuk tujuan perubatan korang. 

Carilah produk keperluan.. orang ramai mesti beli. Kalau produk sampingan seperti perhiasasan, kosmetik, hiburan, ejen internet/ pasang wifi.. mungkin ada demand sebab orang ramai mungkin bosan duduk rumah.

PENGALAMAN / KEMAHIRAN

Katakan korang nak buat bisnes makanan. tapi nak jadi boss je. Bab memasak upah tukang masak tolong masak. Memang lah bagus. Tapi bayangkan tiba tiba tukang masak berhenti.. dimana kita nak cari pengganti dengan segera.

Maka skill kemahiran dan pengalaman sangat penting. Kalau takde skill korang kena cepat cepat jumpa satu orang sifoo yang boleh ajar korang selok belok perniagaan tu.

Kalau baru first time nak mencuba. anda mungkin terciduk di pintu syurga. anda mungkin tak nampak apakah cabaran yang akan datang dalam bisnes anda buat. Tapi kalau korang ada mentor. insyallah anda akan kurangkan banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh orang sebelum anda. dan insyallah korang akan cepat pandai bila ada mentor.

Bayangkan korang nak berniaga buat kek tapi tak pernah buat kek. Nak belajar dari buku resepi dan video tutorial dekat youtube / instagram. rasa rasa boleh jadi ke? ataupun korang buat bersama sama dengan mentor A to Z. Mesti sekejap je jadi.

Siapa bakal pelanggan

Ada tak satu produk yang semua orang perlukan? Tak kira sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa, bayi dan orang tua.

Dan produk tu sesuai untuk semua jenis pekerjaan. Sama ada bakal pelanggan anda adalah seorang doktor, lawyer, jurutera, pegawai bank, kerani, pemandu lori, pemandu moto food panda?

Sebagai contoh mask / pelitup muka. Kalau tak pakai boleh kena denda kan. Selain produk ni ada lagi tak?

Pak Syed tak de idea tak boleh nak berfikir tentang produk lain.. kecuali insurans / takaful. Sebabnya semua orang perlukannya.

Berapa potensi keuntungan

Ada tak satu produk / servis yang sekali jual.. penjual tu dapat untung berkali-kali walaupun dah lama tak jumpa pembeli tu? Ataupun customer akan datang setiap bulan untuk membeli produk yang sama. (repeat sales) Jenuh fikir… masih lagi tak jumpa produk lain selain insuran.

Apa faedah lain korang dapat selain duit

Selain untung dari segi duit.. ada tak untung perkara lain? Bonus, trip ke luar negara, anugerah kecemerlangan, naik pangkat jadi boss? Dapat banyak pahala?

dalam dunia ni ada 4 jenis orang:

  1. Takde duit & takde masa
  2. Takde duit tapi banyak masa
  3. Takde masa dengan famili tapi banyak duit
  4. Ada banyak duit dan banyak masa
Korang nak pilih nombor berapa? Mestilah nak banyak DUIT dan banyak MASA. Bisnes insuran boleh bantu anda kebebasan masa dan kebebasan.
 
Download Video Cara Buat Duit Dengan Insuran PERCUMA
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Call Now ButtonCall Saya
×

Powered by WhatsApp Chat

× Whatsapp Saya