PRU VENTURE MANAGER (PVM)

SIAPA PRUVENTURE MANAGER (PVM)?
Izinkan saya bercerita dengan apa itu PRU Venture Manager (PVM) dan apa bezanya PRU Venture Manager dengan ejen ejen takaful atau insurans yang lain.
Setakat tarikh penulisan ini, seramai 100 orang PVM yang telah dilantik oleh Prudential dan syarikat bercadang untuk mengambil seramai 200 orang lagi PVM diseluruh Malaysia. Kami adalah individu individu yang dipilih melalui proses pemilihan yang ketat oleh Prudential. Kami melalui dua jenis ujian kesesuaian perkerjaan dan juga melalui dua sesi temuduga untuk dipilih kedalam pasukan ini. Selain itu, kami juga melalui proses saringan latar belakang dan juga menduduki ujian asas takaful/insurans yang dipantau oleh IBFIM. Rangkaian PVM juga merangkumi negara Singapura, Indonesia dan juga Filipina.
Mengapa pemilihan kami melalui proses yang begitu ketat? Ini kerana Prudential ingin memastikan mereka yang dipilih kedalam pasukan ini adalah individu individu yang komited, fokus disamping mempunyai sikap yang professional dalam menjalankan kerja kami.
Tugas kami bukan sekadar menjual produk insurans/takaful, namun lebih besar dari itu. Kami ditugaskan untuk mendidik orang ramai tentang pentingnya perancangan kewangan yang baik demi masa depan yang terjamin. Pelanggan pelanggan kami merupakan golongan individu yang faham dengan jelas tentang solusi yang mereka carum dan faham dengan jelas apa kehendak mereka apabila berkaitan dengan hal hal perancangan kewangan.
Di samping itu, Prudential juga menyediakan satu pasukan khas yang memberi sokongan kepada PVM PVM di seluruh Malaysia. Setiap aktiviti kami dan juga permasalahan yang dihadapi oleh pelanggan kami akan menerima perhatian khas dari pihak syarikat.
Dan yang paling menarik, PVM bukan sahaja menerima komisen dari pihak syarikat untuk setiap kes yang berjaya, tetapi kami juga menerima elaun bulanan dari pihak syarikat. Terdapat dua peringkat elaun bulanan yang ditawarkan, iaitu peringkat pertama sebanyak RM 10,000 sebulan dan peringkat kedua, sebanyak RM 8,000 sebulan. Kedua dua elaun ini akan dibayar selama setahun dibawah program yang dipanggil “bridging income”.
Sekarang anda tahu, kenapa pemilihan PVM ini melalui proses yang amat ketat.
Jika anda berminat untuk menyertai pasukan PRU Venture Manager, dan jika anda rasa anda mempunyai kualiti yang dicari oleh pihak syarikat untuk menjadi seorang PVM, anda bolehlah hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.
50% LikesVS
50% Dislikes
Call Pak Syed
11 Kerjaya Yang Laris Selepas PKP
%d bloggers like this: