mrtt vs mltt

MRTT vs MLTT: Mana Satu Terbaik Untuk Lindungi Rumah Anda?

MRTT vs MLTT: Mana Satu Pilihan Terbaik Untuk Pembeli Rumah?

Bila anda beli rumah, bank pasti akan tanya: “Nak ambil MRTT sekali tak?” Kebanyakan kita hanya angguk sebab nak pinjaman diluluskan cepat. Tapi tahukah anda, pilihan antara MRTT dan MLTT boleh memberi beza puluhan ribu ringgit kepada isteri anda nanti?

Di Abang Insuran, kami dapati ramai pemilik rumah terlepas pandang fungsi MLTT sebagai salah satu instrumen hibah yang paling efektif. Mari kita bedah perbezaannya.

Apa Itu MRTT & MLTT?

  • MRTT (Mortgage Reduced Term Takaful): Perlindungan yang nilainya berkurangan mengikut baki hutang bank. Jika suami tiada, bank dapat duit, hutang selesai, tapi isteri tak dapat tunai.
  • MLTT (Mortgage Level Term Takaful): Perlindungan yang nilainya tetap (level). Jika suami tiada, bank dapat bahagian hutang, dan LEBIHAN pampasan dapat terus kepada isteri sebagai hibah.

Jadual Perbandingan: MRTT vs MLTT

Ciri-Ciri MRTT (Bank) MLTT (Ejen/Personal)
Penerima Pampasan Pihak Bank sahaja Bank & Penama (Isteri)
Nilai Perlindungan Makin lama makin berkurang Tetap dari awal sampai habis
Fleksibiliti Melekat pada satu rumah sahaja Boleh pindah ke rumah lain
Cara Bayaran Sekali harung (masuk dalam loan) Bulanan / Tahunan

Kenapa MLTT Lebih Baik Untuk Hibah?

Katakan anda ambil perlindungan RM500,000. Selepas 10 tahun, hutang bank tinggal RM300,000. Jika anda meninggal dunia:

  • Dengan MRTT: Insurans bayar RM300,000 kepada bank. Rumah selesai, tapi isteri RM0 tunai di tangan.
  • Dengan MLTT: Insurans bayar RM500,000. RM300,000 tutup hutang bank, lebihan RM200,000 isteri dapat tunai sebagai hibah.

Duit lebihan ini sangat penting untuk isteri teruskan hidup. Anda boleh baca lebih lanjut tentang kepentingan hibah rumah dalam siri artikel kami sebelum ini.

Jangan Salah Pilih Perlindungan Rumah!

Ramai yang tersilap langkah dan akhirnya isteri terbeban. Biar Abang Insuran bantu anda buat perbandingan antara MRTT dan MLTT secara objektif mengikut bajet anda.

WhatsApp Abang Insuran: 013-380 8048

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com