Medical Card vs Penyakit Kritikal: Mana Satu Wajib Ambil Guna Akaun 2?

Medical Card vs Penyakit Kritikal: Mana Satu Wajib Ambil Guna Akaun 2?

Tips Takaful / Pendidikan

Medical Card vs Penyakit Kritikal: Mana Satu Wajib Ambil Guna Akaun 2?

Oleh Abang Insuran


Ini soalan yang Abang selalu dapat: “Bang, company saya dah bagi Medical Card unlimited. Perlu ke saya bazir duit KWSP Akaun 2 untuk ambil i-Lindung lagi?”

Jawapan jujur Abang: PERLU. Sangat perlu.

Kenapa? Sebab fungsi Medical Card dengan Takaful Penyakit Kritikal (Critical Illness) dalam i-Lindung tu macam langit dengan bumi. Dua-dua penting, tapi tugas dia lain-lain.

Kalau Boss salah faham bab ni, Boss mungkin “selamat” dari bil hospital, tapi boleh muflis sebab tak ada duit belanja makan minum.

📚 Nota Penting:
Dalam artikel ini kita fokus pada perbezaan fungsi. Kalau Boss nak tahu cara mohon atau syarat kelayakan i-Lindung, sila rujuk artikel utama kami:
👉 Panduan Lengkap KWSP i-Lindung (Master Guide)

1. Medical Card: Tukang Bayar “Hospital”

Medical Card (Kad Perubatan) kerjanya satu je: Bayar Bil Hospital.

Bila Boss masuk wad sebab sakit jantung, Medical Card akan bayar:

  • Kos pembedahan.
  • Ubat-ubatan.
  • Sewa bilik wad.

Duit tu Boss takkan nampak pun. Pihak insurans akan bayar terus (Direct) kepada pihak hospital. Poket Boss selamat dari bayar RM50,000 bil rawatan. Tapi…

Medical Card TAK BAYAR duit gaji Boss kalau Boss tak boleh kerja.

2. i-Lindung (Penyakit Kritikal): Tukang Bayar “Boss”

Di sinilah fungsi produk dalam i-Lindung, terutamanya plan Penyakit Kritikal (macam FWD Medical Rider/CI).

Katakanlah doktor sahkan Boss sakit kritikal (contoh: Kanser Tahap 3) dan Boss terpaksa cuti sakit setahun atau berhenti kerja terus.

  • Siapa nak bayar loan rumah?
  • Siapa nak bayar ansuran kereta?
  • Siapa nak beli susu anak?
  • Siapa nak bayar bil api air?

Medical Card takkan layan benda-benda ni. Tapi, Takaful Penyakit Kritikal dalam i-Lindung akan bagi Boss Duit Tunai (CASH LUMP SUM).

Dapat je duit tu (contoh: RM100,000), ikut suka hati Boss la nak guna untuk bayar hutang ke, pergi bercuti tenangkan fikiran ke, atau cari rawatan alternatif.

Perbandingan Mudah Faham

Ciri-Ciri Medical Card i-Lindung (Penyakit Kritikal)
Penerima Duit Hospital (GL) ANDA (Masuk Akaun Bank)
Tujuan Duit Rawatan & Ubat Ganti Gaji (Income Replacement)
Bayaran Guna Cash / Potong Gaji Akaun 2 KWSP (Tak kacau gaji)

3. Strategi Bijak: Guna “Combo” Maut

Abang selalu nasihatkan klien Abang guna strategi ni:

Langkah 1: Gunakan Medical Card company (atau ambil yang basic bayar cash) untuk cover bil hospital.

Langkah 2: Gunakan baki KWSP Akaun 2 Boss untuk ambil plan FWD Takaful Penyakit Kritikal dalam i-Lindung setinggi yang boleh (Maksimum Coverage).

Kenapa? Sebab i-Lindung ni bayar guna KWSP. Jadi Boss dapat perlindungan tunai tambahan tanpa perlu “ikat perut” bayar bulanan.

Kalau jadi apa-apa:

  • ✅ Hospital setel (Medical Card).
  • ✅ Duit belanja keluarga setel (Duit i-Lindung).

Kesimpulan: Jangan Harap Medical Card Semata-mata

Risiko paling besar bukan bil hospital, tapi hilang punca pendapatan semasa sakit. Jangan biarkan Akaun 2 Boss “beku” di situ sedangkan ia boleh jadi talian hayat tunai bila musibah datang.

Plan FWD dalam i-Lindung adalah cara paling murah dan mudah untuk dapatkan perlindungan tunai ini.

Tak Pasti Berapa “Cash” Boss Boleh Dapat?

Meh sini Abang tolong kirakan. Bagi umur, Abang check dalam sistem FWD berapa pampasan tunai maksimum Boss boleh dapat guna baki Akaun 2 sekarang.


💰 Check Kelayakan Tunai FWD

Klik link untuk WhatsApp terus.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com