Macam Mana Nak Pilih Medical Card Terbaik di Malaysia?
Pelan perlindungan medical card terbaik menawarkan manfaat-manfaat yang diperlukan kepada anda pada harga yang berbaloi dan mampu milik. Meskipun begitu, banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum pilih pelan medikal kad terbaik yang sesuai dengan keperluan anda. Selain menawarkan perlindungan yang komprehensif, pelan medical card terbaik memainkan peranan dalam melindungi anda dan ahli keluarga daripada pelbagai risiko selain menjamin keselesaan dan kesenangan masa depan.
8 Cara Pilih Medical Card Terbaik dan Murah di Malaysia
“Macam mana nak tahu tu medical card terbaik?” – ini merupakan antara pertanyaan biasa yang sering diajukan oleh mereka yang ingin mendapatkan medical card. Secara asasnya, tiada cara khusus untuk menentukan sama ada medical card yang anda pilih adalah terbaik atau tidak. Ia bergantung sepenuhnya pada keperluan dan bajet yang anda tetapkan.
Namun begitu, anda boleh rujuk panduan lengkap cara pilih medical card terbaik seperti berikut bagi membantu anda pilih mana-mana kad perubatan yang sesuai untuk anda.
1. Tiada Had Tahunan, Had Tahunan yang Mencukupi
Jangan ambil pelan insurans kad perubatan dengan had tahunan yang terlalu rendah. Ini kerana, kos perubatan di Malaysia dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun secara ketara. Ia sekali gus akan menyebabkan bil perubatan akan menjadi lebih mahal.
Jika anda dapatkan insurans kesihatan dengan had tahunan RM200,000 setahun, ia semestinya tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan jika mengambil kira nilai mata wang semasa. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk ambil insurans perubatan yang dapat melindungi kos rawatan serta operasi pembedahan anda secara menyeluruh.
Meskipun kadar premium insurans akan menjadi lebih mahal, ia adalah selari dengan perlindungan yang anda dapat dan semestinya berbaloi dengan pelaburan jangka panjang yang anda lakukan.
2. Tiada Had Seumur Hidup
Had atau limit seumur hidup merujuk pada jumlah keseluruhan manfaat yang layak dituntut oleh anda. Secara asasnya, pelan perlindungan insurans akan tamat secara automatik setelah mencapai had seumur hidup yang ditetapkan.
Sebagai contoh, had tahunan kad perubatan anda ialah RM100,000, manakala had seumur hidup anda ialah RM500,000. Ini bermaksud, anda hanya boleh gunakan sebanyak RM100,000 setiap tahun untuk tempoh lima tahun. Selepas mencapai had seumur hidup, insurans perubatan akan tamat secara automatik.
Situasi sebegini boleh merugikan anda kerana jika anda ingin mendapatkan pelan perlindungan insurans yang baharu, anda mungkin perlu membayar kos premium insurans yang lebih tinggi kerana faktor usia (semakin berusia semakin mahal harga insurans).
Selain itu, ada kemungkinan penyakit sedia ada tidak akan dilindungi oleh pihak insurans. Oleh sebab itu, anda perlu pertimbangkan limit seumur hidup sebelum pilih insurans kesihatan terbaik untuk anda.
3. Senarai Hospital yang Menyeluruh
Selain had tahunan dan had seumur hidup, salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum pilih medical card terbaik ialah senarai hospital panel di bawah pelan medikal kad untuk anda mendapatkan rawatan.
Seperti semua sedia maklum, kad perubatan yang anda daftar mempunyai senarai hospital panel. Anda perlu mendapatkan rawatan di hospital panel yang tersenarai bagi menikmati kemudahan jaminan insurans atau takaful tersebut.
Jika medikal kad anda tidak menawarkan perkhidmatan hospital panel yang menyeluruh, ia mungkin menjadi masalah kepada anda. Sebagai contoh, anda menetap di Terengganu, tetapi kebanyakan hospital panel bertumpu di Lembah Klang sahaja. Ia mungkin menyukarkan anda untuk memaksimumkan manfaat dan kelebihan medical card ini.
Ambil kira lokasi kediaman anda dan semak kemudahan hospital panel berhampiran anda dengan syarikat insurans sebelum mendaftar insurans perubatan.
4. Pilih Medical Card Terbaik Ikut Keperluan
Setiap individu tertakluk pada jumlah dan jenis perlindungan yang berbeza bergantung pada penilaian risiko masing-masing. Bagi mendapatkan produk perlindungan insurans atau medical card terbaik, anda disarankan untuk berbincang dengan ejen anda bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya sesuai dengan keperluan anda.
Meskipun begitu, pastikan perlindungan insurans tidak berlebih-lebihan sehingga terlebih perlindungan (over-insured) dan melebihi kemampuan diri untuk membayar balik setiap bulan.
5. Fahami Ciri Pelan Perlindungan yang Anda Pilih
Anda juga disarankan untuk baca dan fahami skop perlindungan, terma dan syarat yang dinyatakan dalam polisi insurans anda. Jangan hanya lakukan pembayaran setiap bulan, tetapi tidak tahu dan keliru dengan perlindungan yang dinyatakan dalam polisi.
Jika tidak difahami dengan betul, anda mungkin akan menghadapi kesukaran semasa membuat tuntutan insurans. Sebagai contoh, kelebihan medical card hanya akan dinikmati sekiranya ada kemasukan ke hospital. Dalam erti kata lain, ia hanya digunakan untuk membayar kos rawatan di hospital dan anda tidak akan menerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau kecacatan.
Sama juga sekiranya anda ingin melindungi aset dan harta benda anda seperti rumah, kereta dan sebagainya, anda perlu mendapatkan insurans takaful am. Manakala, anda memerlukan pelan insurans takaful hayat atau keluarga bagi mendapatkan perlindungan manfaat kematian, kecacatan atau kesihatan.
6. Ambil Kira Komitmen Bulanan yang Perlu Ditanggung
Selain perlindungan, cara untuk pilih medical card terbaik adalah dengan mengambil kira komitmen bulanan yang akan ditanggung. Secara asasnya, jumlah premium yang perlu dibayar biasanya dipengaruhi oleh umur, jumlah perlindungan dan manfaat serta status kesihatan semasa.
Dalam erti kata lain, semakin banyak dan menyeluruh perlindungan semakin tinggi bayaran bulanan. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk kenal pasti keperluan anda dan sesuaikan dengan bajet yang anda ada. Elakkan daripada mendapatkan perlindungan insurans yang melebihi kemampuan.
Tiada gunanya mempunyai perlindungan yang komprehensif tetapi anda perlu ikat perut dan terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi.
7. Senarai Medical Card Terbaik: Buat Perbandingan Syarikat Insurans
Fahami setiap pelan insurans dengan teliti dan buat perbandingan kadar premium serta manfaat yang ditawarkan oleh beberapa syarikat insurans. Setiap syarikat insurans/takaful atau medical card terbaik di Malaysia menawarkan pelan perlindungan asas yang hampir sama dengan pelbagai pelan insurans dengan manfaat dan perlindungan yang tersendiri.
Meskipun begitu, setiap produk yang ditawarkan mempunyai manfaat dan perlindungan yang tersendiri terutamanya dari segi manfaat bagi menarik target market tertentu. Oleh sebab itu, anda perlu buat perbandingan terlebih dahulu sebelum memilih pelan perlindungan insurans yang terbaik untuk anda dan keluarga. Ia bagi mengelakkan anda daripada membeli insurans yang tidak sesuai dengan keperluan anda.
8. Tiada Masalah Sambung Insurans Kesihatan Jika Ada Sakit Kritikal
Ada sesetengah syarikat insurans tidak akan memperbaharui polisi insurans sedia ada jika anda menghidap sakit kritikal atau sakit yang berisiko untuk berulang kembali pada masa akan datang. Oleh sebab itu, anda perlu ambil kira situasi sebegini sebelum pilih medical card yang sesuai dan terbaik untuk anda.
Andaikan polisi insurans anda ditamatkan atas alasan sebegini, ia semestinya menyukarkan anda untuk mendapatkan insurans baharu. Syarikat insurans memerlukan maklumat berkaitan status kesihatan semasa dan mengambil kira usia anda sebelum memproses permohonan baharu anda.
Jika anda ada sakit sedia ada, penyakit ini akan dikecualikan daripada perlindungan insurans dan anda juga berkemungkinan akan dikenakan kadar premium insurans yang lebih tinggi disebabkan faktor usia.
Insurans perubatan atau medical card secara asasnya membantu anda bersedia dengan pelbagai risiko luar jangka seperti kemalangan atau penyakit. Jika anda tidak memiliki insurans, ia mungkin akan menyukarkan anda dan keluarga untuk menampung kos perubatan yang tinggi.
Selain itu, sekiranya anda sedang mencari pelan perlindungan medical card terbaik untuk diri anda dan keluarga, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian produk insurans kesihatan daripada beberapa syarikat insurans perubatan terbaik dan popular di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat.