fbpx

Kes Pemandu Mabuk Makin Menjadi-Jadi

Services

'Hukuman pemandu mabuk perlu berkesan dan setimpal'

Kerajaan persekutuan perlu melihat pelbagai faktor sebelum menggubal undang-undang baru untuk mengekang isu pemandu mabuk yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, berkata hukuman yang berat seperti denda melibatkan ratusan ribu ringgit atau penjara dalam tempoh yang lama tidak semestinya menjadi penyelesaian terbaik.

Katanya, apa yang penting ialah kesan daripada hukuman yang dikenakan dan undang-undang mestilah setimpal dengan kesalahan.

“Kita perlu ambil kira banyak faktor. Kalau kita denda banyak sangat pun, tak jadi juga. (Misalnya) kita ada hukuman mati, pembunuhan tetap berlaku juga.

“Pemandu mabuk satu perkara serius, tapi tak perlu sampai denda RM100,000.

“Kalau dia tak mampu bayar, kita kena hantar pesalah ke penjara, keluarga dia akan susah,” katanya kepada media selepas program pengangihan bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di Kota Bharu, hari ini.

Beliau yang juga pengerusi DAP Kelantan berkata, dalam hal tersebut kerajaan perlu mengambil contoh negara lain seperti Australia atau England.

Antaranya, kata Zaid, negara itu mengenakan penalti atau menggantung lesen memandu yang didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk.

Terdahulu beliau diminta mengulas mengenai cadangan kerajaan untuk meningkatkan hukuman lebih keras terhadap kes melibatkan pemandu mabuk.

Malaysiakini melaporkan, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman terhadap kesalahan itu dengan hukuman denda RM100,000 dan penjara sehingga 20 tahun berbanding 10 tahun ketika ini.

Sementara itu Zaid berkata, bagi kategori yang melibatkan kematian pula ia mestilah setimpal dengan keadaan dan keperluan.

“Denda terlalu mahal cuma nampak bekeng (keras), tetapi kalau orang tak mampu bayar apa gunanya?

“Jadi saya harap pemimpin kita ikut contoh negara lain yang mengalami masalah sama. Gantung lesen memandu misalnya, saya rasa itu lebih berkesan.

“Ia berbeza jika kemalangan melibatkan kematian, ia kategori lain. Jadi hukuman harus setimpal dengan keadaan dan keperluan,” jelansya.

 

Malang tidak berbau

Tekan Butang Whatsapp Untuk Bantuan Segera