Kanser, Jantung & Strok: 3 Pembunuh Utama Simpanan & Masa Depan Anda
Tahukah anda bahawa menurut statistik, 3 penyakit ini merupakan penyumbang terbesar kepada tuntutan takaful di Malaysia? Walaupun teknologi perubatan semakin canggih, kos untuk mendapatkan rawatan tersebut juga semakin melambung tinggi.
Di Abang Insuran, kami sering melihat senario sedih di mana simpanan yang dikumpul selama 20 tahun habis dalam masa 6 bulan sahaja akibat kos rawatan dan sara hidup selepas diserang penyakit kritikal.
Realiti Kos Rawatan di Malaysia
Ramai yang menyangka memiliki medical card sudah memadai. Namun, kos “tersembunyi” selepas keluar dari hospital selalunya lebih besar daripada bil hospital itu sendiri.
- Kanser: Kos rawatan (kimo, radioterapi, ubat sasaran) boleh mencecah RM50,000 hingga RM300,000 bergantung kepada tahap dan jenis kanser.
- Sakit Jantung: Pembedahan pintasan (bypass) atau angioplasty di hospital swasta boleh menelan kos RM30,000 hingga RM80,000.
- Strok: Walaupun bil hospital mungkin terkawal, kos fisioterapi, penjagaan jururawat di rumah, dan peralatan sokongan boleh memakan ribuan ringgit setiap bulan secara berterusan.
Kenapa Simpanan Anda Tidak Cukup?
Katakan anda mempunyai simpanan RM50,000 di dalam bank. Jika anda disahkan menghidap kanser:
- Kehilangan Pendapatan: Anda mungkin tidak mampu bekerja selama 1-2 tahun. Gaji terhenti, tapi komitmen (rumah, kereta) tetap jalan.
- Kos Sara Hidup Luar Hospital: Medical card membayar bil hospital, tapi siapa yang nak bayar kos grab ke hospital, diet khas (susu/suplemen), dan lampin pakai buang?
- Simpanan Licin: Akhirnya, simpanan yang sepatutnya untuk pendidikan anak atau persaraan habis digunakan untuk “survive”.
Fahami semula perbezaan Medical Card vs Penyakit Kritikal untuk melihat bagaimana tunai pampasan boleh menyelamatkan simpanan anda.
Gunakan Hibah Sebagai Benteng Terakhir
Menyediakan pampasan penyakit kritikal juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab ketua keluarga. Jika pampasan tersebut tidak digunakan semasa anda sakit, ia boleh menjadi hibah untuk isteri jika ditakdirkan anda meninggal dunia.
Jangan Biarkan Penyakit Menghancurkan Impian Keluarga
Dapatkan perlindungan tunai segera sekarang sementara anda masih sihat. Kos bulanan untuk plan penyakit kritikal sebenarnya jauh lebih murah daripada kos ubat-ubatan setiap bulan.
