Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. Secara umumnya, stres terbahagi kepada stres jangka pendek dan stres jangka panjang.
Stres jangka pendek merupakan tindak balas spontan tubuh badan terhadap apa-apa situasi yang mencabar, bahaya atau menakutkan. Tahap stres biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti tempoh stres yang dialami dan bagaimana individu tersebut menangani stres tersebut. Stres jangka panjang pula selalunya dialami oleh mereka yang menghidapi stres yang berpanjangan. Stres seperti ini selalunya disebabkan oleh penyakit berbahaya atau masalah yang berpanjangan.
Punca utama stres seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain. Bahayanya stres ini ia bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.
Stres jika tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita. Kita sering memandang ringan tentang stres namun tahukah anda ada jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh stres hingga membawa maut? Berikut adalah antara kesan-kesan stres terhadap fizikal dan mental jika kita tidak pandai mengurus stres dengan baik:
1. SERING LUPA DAN SUSAH FOKUS
Stres boleh menyebabkan kita sering lupa dan susah untuk fokus. Ini kerana apabila stres, kita sering hilang fokus untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling. Masalah ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap kehidupan seharian, malahan prestasi kerja juga boleh merosot jika kita susah fokus untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
2. INSOMNIA
Insomnia adalah masalah ketidakupayaan manusia untuk tidur pada waktu malam. Penghidap insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam, dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia adalah stres. Apabila stres, otak manusia akan lebih aktif daripada biasa. Mereka yang menghadapi stres tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya rehat, apabila tubuh kurang mendapat rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya.
3. SAKIT KEPALA
Sakit kepala yang berpunca daripada stres juga dikenali sebagai sakit kepala akibat pengecutan otot yang berlaku daripada tekanan emosi atau ketegangan fizikal. Sakit kepala ini boleh berlaku sekali atau berulang-ulang dalam seminggu bergantung kepada tahap emosi mereka yang stres.
4. PENYAKIT JANTUNG
Hormon berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Hormon juga adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh kalenjar endokrin yang memiliki kesan tertentu kepada aktiviti organ lain dalam tubuh.
Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kaitan antara ketidakseimbangan hormon dan kanser payudara.
Walaubagaimanapun, ketidakseimbangan hormon boleh diatasi dengan menjaga pemakanan anda.
Oleh itu, hidangan makanan perlu diiringi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang. Antara amalan pemakanan yang boleh anda lakukan adalah makan ikan yang tinggi dengan lemak Omega-3 seperti salmon dan sardin, minum teh hijau yang tinggi anti-oksida, dan gunakan lemak sihat seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit semasa memasak.
5. SISTEM PENGHADAMAN TERGANGGU
Stres yang kronik boleh mengganggu sistem penghadaman manusia. Simptom seperti mual, perut berangin, makanan susah untuk dihadam boleh jadi berpunca daripada stres. Sekiranya kita menghadapi simptom ini, pastinya kualiti kehidupan dan kesihatan terjejas.
6. EMOSI TIDAK STABIL
Emosi yang tidak stabil adalah salah satu kesan negatif yang terjadi disebabkan stres. Mereka yang menderita akibat stres tidak mampu menyelesaikan masalah walaupun ia hanyalah masalah kecil. Selain itu penderita juga akan sering rasa cemas dan mudah risau tentang perkara-perkara kecil. Mereka yang menghadapi stres akan mudah berasa kecewa, cepat naik darah dan mudah marah. Kesan ini bukan sahaja boleh memberi impak negatif dalam pekerjaan, malahan hubungan dengan rakan dan keluarga juga boleh terjejas disebabkan emosi yang tidak stabil.