Dah Ada Insurans Syarikat, Perlu Ke Ambil Takaful PruBSN Sendiri?
Ramai rakan-rakan pekerja swasta yang menghubungi saya di abanginsuran.com berkata: “Abang Insuran, syarikat saya dah bagi medical card besar, had RM50,000 setahun. Tak payah la saya ambil sendiri, bazir je.”
Bunyinya logik, tapi sebenarnya ia adalah satu risiko kewangan yang besar. Mari saya kongsikan kenapa bergantung 100% kepada insurans majikan boleh memakan diri anda di masa hadapan.
5 Risiko Jika Hanya Bergantung Pada Insurans Syarikat
1. Perlindungan Tamat Bila Berhenti Kerja
Insurans syarikat hanya sah selagi anda bekerja di situ. Jika anda meletak jawatan, diberhentikan (retrenchment), atau syarikat muflis, perlindungan anda tamat serta-merta. Pada saat itu, jika anda sudah berumur atau ada penyakit, sukar untuk anda memohon pelan baru.
2. Had Perlindungan Yang Terhad
Kebanyakan insurans kelompok mempunyai had tahunan yang kecil (cth: RM20,000 – RM50,000). Jika anda terkena penyakit kronik yang memerlukan kos RM100,000, siapa yang akan membayar baki RM50,000 tersebut? Jawapannya: Duit simpanan anda sendiri.
3. Tidak Boleh Dibawa Ke Hari Tua (Persaraan)
Selepas umur 60 tahun (bersara), anda paling memerlukan medical card kerana faktor kesihatan. Namun, insurans syarikat hilang sebaik sahaja anda punch card buat kali terakhir. Ambil pelan PruBSN sekarang untuk “lock” harga murah dan perlindungan sehingga umur 80 atau 100 tahun.
4. Tiada Manfaat Hibah & Penyakit Kritikal
Insurans syarikat biasanya fokus kepada bil hospital (medical card). Jarang sekali mereka memberikan pampasan tunai (Hibah) yang besar untuk keluarga anda jika berlaku kematian atau lumpuh.
5. Pilihan Hospital Ditentukan Majikan
Syarikat boleh menukar penyedia insurans atau mengecilkan skop hospital panel pada bila-bila masa mengikut bajet tahunan mereka. Dengan pelan sendiri di abanginsuran.com, anda yang memegang kawalan.
Solusi Bijak: Pelan “Top-Up” PruBSN
Jika bajet anda ketat, anda tidak perlu ambil pelan yang mahal. Di PruBSN, kami ada pilihan pelan dengan Deductible:
- Gunakan insurans syarikat untuk bayar bil hospital.
- Jika bil melebihi had syarikat, Medical Card PruBSN anda akan masuk sebagai back-up.
- Cara ini menjadikan caruman bulanan anda jauh lebih murah!
Jangan Tunggu Hingga “Gantung Badge” Baru Nak Cari Takaful
Biar Abang Insuran bantu anda buat audit perlunidungan syarikat anda secara percuma. Kita tengok apa yang kurang, dan kita ‘tampal’ dengan pelan bajet PruBSN.
WhatsApp Abang Insuran:
Klik Sini: 013-380 8048Layari: www.abanginsuran.com
Kesimpulan
Insurans syarikat adalah bonus, tetapi Takaful Individu PruBSN adalah keperluan. Jangan biarkan masa depan kesihatan anda ditentukan oleh majikan. Jadilah pekerja yang bijak merancang kewangan bersama Abang Insuran.
