Bajet & Kewangan / Takaful
Bajet Ciput? Ini Senarai Plan i-Lindung Bawah RM50 Setahun
Oleh Abang Insuran
Ramai orang muda DM Abang, ayat dia lebih kurang sama je: “Bang, Akaun 2 saya nyawa-nyawa ikan je ni. Ada ke plan insuran yang harga macam set meal McD?”
Jawapannya: ADA.
Salah satu kelebihan besar inisiatif KWSP i-Lindung ni adalah harganya yang sangat “Rahmah”. Sebab dia jual secara direct dalam sistem (tak pakai ejen fizikal), kos komisen tu dah dipotong. Jadi harga dia jatuh merundum murahnya.
Sebelum pilih plan murah, pastikan Boss faham dulu beza antara Takaful Hayat dengan Penyakit Kritikal. Jangan main rembat je. Baca panduan lengkap kami di sini:
👉 Panduan Lengkap KWSP i-Lindung (Mother of All Guides)
Senarai Plan “Bajet Ciput” (Tapi Berbaloi)
Berikut adalah anggaran harga permulaan (untuk umur muda, bawah 30 tahun) yang Boss boleh jumpa dalam i-Lindung. Ingat, harga naik sikit ikut umur, tapi masih kategori murah gila.
1. Plan Takaful Hayat Asas (Basic Life)
Harga: Bermula RM30 / tahun
Plan ni cover kematian je. Kalau mati, waris dapat duit. Simple. Sesuai untuk student atau fresh grad yang bajet ketat sangat.
2. Plan Kemalangan Diri (Personal Accident)
Harga: Bermula RM40 / tahun
Fokus kalau Boss accident (kemalangan). Kalau sakit biasa, dia tak cover. Tapi coverage dia selalunya tinggi sikit sebab risiko accident ni spesifik.
3. PILIHAN EDITOR: FWD Kasih (Takaful Hayat +) ⭐
Harga: Sangat Kompetitif
Ini yang Abang paling rekomen. Kenapa? Sebab dengan harga “bajet ciput”, FWD Kasih bagi perlindungan menyeluruh. Dia cover Kematian, Hilang Upaya Kekal, dan ada manfaat tambahan lain.
Yang paling best, plan ni selalunya Guaranteed Acceptance (Tak payah check-up). Bayar sikit, tapi hati tenang.
4. Plan Penyakit Kritikal (Lite Version)
Harga: Bermula RM45 / tahun
Ada sesetengah syarikat offer coverage rendah (contoh: RM10,000 je) dengan harga murah. Okay la dari tak ada langsung kan?
5. Plan Term Life (Boleh Renew)
Harga: Ikut Umur
Ini plan yang Boss boleh renew setiap tahun. Masa muda murah, bila tua dia naik sikit. Tapi still jauh lagi murah dari ambil kat luar.
Kenapa Abang Pilih FWD Takaful Untuk Bajet Rendah?
Dalam banyak-banyak list kat atas, Abang nampak FWD Takaful paling menang dari segi “Value for Money”.
Bayangkan, dengan bayaran setahun yang mungkin kurang dari harga buffet Ramadhan, Boss dapat perlindungan berpuluh ribu ringgit. Kalau jadi apa-apa kat Boss, famili tak payah merayu minta derma kat Facebook.
Lagipun, duit tu tolak Akaun 2 je. Boss tak rasa pun duit gaji keluar.
Kesimpulan: Takde Duit Bukan Alasan
Zaman sekarang ni, alasan “insuran mahal” dah tak valid, Boss. Kerajaan dah bagi jalan guna KWSP, syarikat macam FWD dah bagi harga lantai.
Tinggal Boss je nak tekan butang “Apply” atau tak.
“Bang, RM50 ni dapat cover berapa ribu?”
Nak tahu dengan tepat berapa perlindungan Boss boleh dapat dengan bajet “ciput” Boss tu? WhatsApp Abang sekarang. Kita kira sampai jadi.
💸 Semak Plan Bajet FWD
Consult free je, jangan risau.
