BAB 1 — “Kami Ingat Duit Dalam KWSP Tu Cukup…”
Hari itu sepatutnya hari yang biasa.
Encik Faris (bukan nama sebenar), 38 tahun, balik kerja macam biasa. Sampai rumah, dia rasa pening. Ingatkan cuma migrain. Isteri suruh rehat. Tengah malam, dia jatuh pengsan.
Sampai hospital, doktor beritahu:
“Encik Faris ada pendarahan dalam otak. Dia perlu pembedahan segera.”
Kos pembedahan: RM45,000.
Isteri dia menangis. Faris koma. Masa tu baru sedar:
“Selama ini kami sibuk kumpul duit dalam KWSP… tapi bila sakit, siapa nak lindungi?”
KWSP memang simpanan untuk hari tua. Tapi bila masa kritikal, duit KWSP tak boleh disentuh begitu sahaja. Ada proses. Ada masa menunggu.
Hospital tak menunggu.
Dalam keadaan cemas, keluarga terpaksa:
minta tolong saudara,
buat kutipan sumbangan,
swipe kad kredit,
pinjam duit kawan.
Semua sebab tiada perlindungan takaful / insurans.
Masalahnya bukan sebab dia tak mampu bayar komitmen takaful. Masalahnya sebab…
Dia ingat simpanan KWSP itu sudah cukup untuk semua hal.
BAB 2 — Apa Itu i‑Lindung KWSP Dan Kenapa Ramai Terlepas Pandang?
Ramai orang memang tahu KWSP = simpanan masa tua.
Tapi masih ramai Tak tahu yang KWSP sebenarnya ada platform untuk beli perlindungan takaful / insurans HANYA guna duit dalam Akaun 2.
Nama platform itu ialah:
🟡 i-Lindung (KWSP)
Melalui i-Lindung, anda boleh beli:
✅ Perlindungan kematian
✅ Hilang upaya kekal (TPD)
✅ Sakit Kritikal (Critical Illness)
Tanpa perlu:
❌ Keluar duit poket
❌ Pemeriksaan kesihatan (selected plan)
❌ Jumpa ejen
Hanya login i-Akaun → pilih pelan → guna duit Akaun 2.
Selesai.
Dulu, nak ambil takaful kena:
jumpa ejen,
isi borang tebal,
buat medical check up,
tunggu underwriting.
Sekarang?
5 minit dah aktif.
BAB 3 — Fakta Yang Ramai Tak Tahu (Dan Ini Yang Menakutkan)
Statistik KWSP menunjukkan:
50% ahli KWSP habiskan semua simpanan dalam masa 5 tahun selepas bersara.
Dan bila berlaku sakit kritikal,
80% rakyat Malaysia tiada dana kecemasan mencukupi,
kos rawatan penyakit kritikal boleh cecah RM60,000 – RM300,000.
Jadi persoalan dia:
Kalau simpanan KWSP pun cepat habis, siapa akan lindungi masa sakit?
BAB 4 — Kisah Benar Dari Seorang Ahli KWSP
Seorang klien saya berkata:
“Saya nak ambil, tapi nanti dulu. Saya sihat.”
Dua bulan selepas itu, dia disahkan:
❗ Ada ketumbuhan pada usus.
Dia nak mohon takaful, dibalas:
❌ “Maaf, permohonan ditolak kerana kondisi sedia ada.”
Kalau dia aktifkan i-Lindung masa masih sihat, keadaan tentu berbeza.
BAB 5 — Kenapa i-Lindung Adalah Peluang Yang Orang Selalu Terlepas?
Satu perkara paling penting:
Insurans / takaful hanya boleh dibeli ketika sihat.
Sakit dulu → bukan tak boleh beli, tapi premium mahal atau terus ditolak.
i-Lindung pula:
tiada komitmen bulanan (tolak sekali dari Akaun 2 untuk 1 tahun),
harga pelan ada yang serendah RM38 setahun,
perlindungan boleh cecah RM200,000 (ikut pelan).
Tak keluar duit poket pun.
BAB 6 — Untuk Siapa i-Lindung Ni?
👉 Untuk mereka yang tiada takaful langsung 👉 Untuk yang bajet ketat tapi nak ada perlindungan asas 👉 Untuk yang sedang kumpul dana kecemasan 👉 Untuk yang ada simpanan KWSP, tapi nak lindungi diri sebelum terlambat
BAB 7 — REALITI PAHIT
Bila saya tanya ramai orang:
“Kenapa belum ambil perlindungan?”
Jawapan paling biasa:
“Saya nak tunggu ada duit lebih.”
Sedangkan dengan i-Lindung:
Tak perlu duit poket pun. Tolak dari Akaun 2.
Ada juga yang kata:
“Saya masih muda.”
Cuba bayangkan kalau anda jatuh sakit dan tak boleh kerja.
Sakit bukan tunggu kita bersedia.
BAB 8 — Cara Aktifkan i-Lindung (Step by Step)
- Login i-Akaun (mobile atau web)
- Pilih menu “Perlindungan” / “i-Lindung”
- Bandingkan pelan (Etiqa / AIA / etc.)
- Pilih perlindungan (Life / TPD / Critical Illness)
- Confirm & bayar menggunakan Akaun 2 KWSP
Siap.
BAB 9 — Tanggungjawab atau Pilihan?
Kalau anda seorang:
suami,
ayah,
isteri,
ibu,
Anda tahu…
Semua orang bergantung pada kita.
i-Lindung bukan untuk kaya. Bukan untuk dapat duit.
Ia untuk mengelakkan keluarga terpaksa meminjam duit bila kita jatuh sakit atau pergi secara tiba-tiba.
BAB 10 — Tentang Masa Depan
Kita tak boleh kawal apa yang berlaku pada kesihatan. Tapi kita boleh kawal persediaan kita.
Kalau kita tak lindungi diri kita, siapa lagi yang boleh lindungi keluarga?
Kalau anda rasa artikel ini buat anda tersedar, ini langkah pertama:
👉 Klik sini untuk aktifkan i-Lindung / dapat bantuan pendaftaran
🔗 https://abanginsuran.com