Hibah Takaful vs MRTT/MLTT: Rahsia Ejen No 1 Lindungi Rumah Anda Dari Disita
Kenapa ramai pembeli rumah bijak memilih PruBSN AnugerahMax sebagai ‘back-up’ utama?
Ramai pembeli rumah di Kuala Lumpur, Selangor, dan seluruh Malaysia menyangka rumah mereka sudah selamat 100% hanya kerana sudah ada MRTT atau MLTT yang disertakan dalam pinjaman bank.
Sebagai Ejen Insuran & Takaful No 1 Malaysia, saya nak beritahu anda satu rahsia: MRTT hanya bayar hutang bank, tapi ia tidak bagi satu sen pun duit tunai pada isteri anda untuk teruskan hidup.
Di sinilah PruBSN AnugerahMax bertindak sebagai pelengkap (booster) untuk memastikan rumah kekal milik keluarga, dan perut keluarga pun tetap berisi.
Perbandingan Pantas: Hibah Takaful vs MRTT Bank
| Ciri-Ciri | MRTT (Bank) | Hibah AnugerahMax |
|---|---|---|
| Penerima Pampasan | Bank (Untuk bayar hutang) | Waris / Isteri (Tunai) |
| Pemilikan Polisi | Terikat dengan rumah tersebut | Boleh dibawa ke rumah baru |
| Kegunaan Wang | Hanya untuk baki hutang | Bebas (Hutang/Saraan/Anak) |
3 Sebab Kenapa Anda Perlu Hibah AnugerahMax Walaupun Ada MRTT
1. Lebihan Pampasan Untuk Sara Hidup
Bila rumah sudah habis bayar oleh MRTT, isteri anda masih perlu bayar bil elektrik, air, cukai pintu, dan penyelenggaraan (maintenance fee). Hibah tunai dari AnugerahMax akan memastikan isteri anda ada holding power untuk terus tinggal di rumah tersebut.
2. Proses Faraid Yang Lama
Harta beku adalah realiti pahit. Walaupun hutang rumah selesai, proses menukar nama pada geran rumah ambil masa bertahun. Wang tunai segera dari Hibah AnugerahMax (dicairkan dalam 14-30 hari) adalah talian hayat waris sementara menunggu urusan undang-undang selesai.
3. Fleksibiliti Pindah Milik
Jika anda jual rumah lama dan beli rumah baru, MRTT anda biasanya “lebur”. Tetapi dengan Hibah AnugerahMax, perlindungan tetap berjalan dan anda boleh assign jumlah pampasan untuk lindungi hutang rumah baru anda.
Kepakaran Strategi Kewangan Ejen No 1
Saya bukan sekadar ejen, saya adalah rakan strategik anda dalam melindungi aset terbesar anda. Dari Damansara hingga ke Kota Kinabalu, saya telah membantu ramai pembeli rumah menguruskan risiko hartanah mereka secara digital dan profesional. 100% Online, Tanpa Kertas, Tanpa Pening Kepala.
Pastikan Rumah Anda Kekal Milik Keluarga!
Nak tahu berapa pampasan hibah yang cukup untuk lindungi rumah anda? Biar Abang Insuran bantu kirakan mengikut baki hutang semasa anda.
WHATSAPP ABANG INSURAN SEKARANG#PakarHartanahTakaful #AbangInsuranNo1 #HibahRumah
