apa itu hibah takaful?
HIBAH bermaksud HADIAH yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kehendaki.
HIBAH TAKAFUL pula adalah pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penerima hibah yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful.
Penerima HIBAH tersebut merupakan penerima MUTLAK dan PAMPASAN HIBAH TAKAFUL tersebut adalah terkecuali daripada pengurusan harta pusaka dan dalam pecahan bahagian faraidh. Hibah Takaful adalah Hibah Bersyarat. Ia dilindungi oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Hibah Takaful juga terpakai untuk warga islam dan bukan islam.
KENAPA HIBAH TAKAFUL?
MASALAH HARI INI.. BILA MENINGGAL DUNIA.. WARIS TERUS JADI KACAU BILAU AKIBAT TAK BUAT PERANCANGAN HARTA DARI AWAL
KRONOLOGI HIBAH TAKAFUL
- Apabila pemegang polisi MENINGGAL DUNIA, pampasan Hibah Takaful akan terus diberi kepada PENAMA HIBAH 100%. Orang luar yang TIADA penama dalam Hibah Takaful TIADA HAK untuk menuntut.
- Apabila pemegang polisi didiagnos HILANG UPAYA KEKAL selamanya, pampasan akan diberikan terus kepada PEMEGANG POLISI. Polisi hibah takaful akan tamat selepas bayaran pampasan hilang upaya kekal diserahkan.
- Apabila pemegang polisi didiagnos PENYAKIT KRITIKAL, pampasan penyakit kritikal akan dibayar JIKA ADA. Seterusnya polisi akan terus BERSAMBUNG secara PERCUMA hingga tarikh matang polisi.