Hibah adalah salah satu daripada instrument dalam pengurusan harta.
Hibah itu hadiah. Hibah adalah hadiah. Hibah ialah hadiah. Hibah merupakan hadiah.
Hibah ialah satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang.
Itulah maksud hibah. Ia dibuat semasa pemberi masih hidup.
Ia adalah berbeza dengan hibah takaful kerana hibah takaful merupakan hibah bersyarat.
Hibah takaful pulah adalah sejumlah pampasan kematian dalam bentuk wang dan akan diterima oleh waris (si penama) setelah pemilik sijil takaful meninggal dunia. Ia adalah milik penuh si penerima tanpa boleh dicabar oleh mana-mana pihak.
Hibah takaful sangat berguna dijadikan sebagai ‘income protection’ yang dapat membantu si penerima setelah kehilangan sumber kewangan, contohnya isteri yang kematian suami dan perbelanjaan harian masih lagi terpaksa diteruskan.
Antara belanja yang masih perlu diteruskan adalah seperti :
– keperluan persekolahan, perbelanjaan harian, sewa rumah, keperluan rumah, minyak dan tol, bayaran bank dan lain-lain.
Berapa nilai hibah takaful yang perlu untuk dihadiahkan kepada waris?
Tiada nilai yang tetap dan ia bergantung kepada pemilik sijil takaful. Cuma adalah dinasihatkan biarlah ianya mampu menyelesaikan hutang yang bakal ditinggalkan dan pewaris dapat meneruskan perbelanjaan sekurang-kurangnya 3 ke 10 tahun.
Berapa bila nilai caruman bulanan yang perlu dibayar?
Antara faktor yang di ambil kira ialah :
– jumlah pampasan, umur, pekerjaan, merokok atau tidak dan sejarah kesihatan.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya untuk perbincangan dan dapatkan untuk harga hibah takaful.