CARA PERMOHONAN MENJADI EJEN INSURANS PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

DAH TRY MACAM MACAM CARA UNTUK TAMBAH INCOME TAPI MASIH TAK MENJADI!?

Banyak orang terkesan selepas PKP. Ditambah lagi tekanan dengan kenaikan bank OPR menyebabkan installment hutang bank meningkat. Kejatuhan nilai ringgit berbanding USD dollar juga turut menyumbang kepada kenaikan barang mentah.

 

Ramai orang diluar sana terpaksa buat 2 kerja atau side income untuk menampung kehidupan yang serba mencabar ini terutama sekali yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Nak meniaga kena ada modal dan pengalamana. Kalau korang buntu dan taktahu nak buat bisnes apa untuk tambah income, Pak Syed ada satu idea iaitu menjadi ejen insuran / takaful.

 

Eh .. amenda la tu. meh tengok video ni jap. Pak Syed akan share cara nak jual insuran dan a hingga z. 

Sehingga tahun 2022 Pak Syed dah ada pengalaman 15 tahun dalam bidang insuran. Sebelum tu 10 tahun di dalam industri bank. So total dah 25 tahun dalam bidang kewangan. 

Kenapa insurans? sebab sekali jual dapat komisyen 6 tahun.

Korang pernah dengar tak aktif income vs pasif income? 

aktif income = kerja dapat duit. 

pasif income = tak kerja pun dapat duit.

eh macam mana tu? korang pernah tak jumpa satu produk / servis yang sekali jual.. keuntungan dia dapat bukan sekali.. bukan 10 kali tapi 6 tahun komisyen. Hanya insuran sahaja yang dapat komisyen lama macam tu. 

 

Agak-agak anda berapakah pendapatan seorang ejen insurans @ takaful? Kebanyakan orang akan menganggap pendapatan seorang ejen insurans mesti LUMAYAN.

Sebenarnya pendapatan bagi setiap ejen tidaklah sama…

ada yang RM2,000 sebulan… 

ada yang RM10,000 sebulan… 

ada yang RM20,000 sebulan… 

ada yang RM50,000 sebulan… 

ada yang RM100,000 sebulan…

…dan percayakah anda… ada yang telah mencecah pendapatan RM300,000 hingga RM500,000 sebulan! Berapa lamakah masa yang diambil oleh seorang ejen untuk mencapai pendapatan seperti di atas? Ya… sudah tentu tempohnya juga tidak sama… 

Ada yang buat cuma dalam tempoh 6 hingga 12 bulan saja pendapatannya sudah mencecah RM10,000 sebulan. Ini semua bergantung pada aktiviti seseorang ejen tersebut.

Mari saya tunjukkan bagaimana pendapatan seseorang ejen boleh meningkat.


Sebagai contoh,
Katakanlah dalam 1 hari anda boleh set 3 appointment untuk berjumpa dengan prospect. Ini bermakna anda berpeluang membuat 3 presentation. 1 hari 3 presentation, dalam 7 hari seminggu tu anda sudah ada 21 appointment bersamaan dengan 21 presentation. Tetapi selalunya kalau anda set appointment dengan prospect, bukan semuanya menjadi. Ada yang cancel… ada yang postpone… dan macam-macam alasan lagi. Ini lumrah.

Kita ambil yang logiklah, 21 appointment tu kadang-kadang nampak macam tak logik. Katakanlah dalam seminggu anda ada 10 hingga 15 appointment. Ini bermakna ada boleh buat  10 hingga 15 presentation dalam seminggu. Dalam 10 hingga 15 appointment tu tak semestinya anda boleh close semua… katakanlah anda boleh close case (sign up proposal) antara 7 hingga 10 kes. 7 hingga 10 kes kira banyak tu. Kita ambil yang minimum cukuplah, 7 kes. 7 kes seminggu bermakna average 1 hari 1 kes.

Kita minimumkan lagi, dari 7 kes tu katakanlah anda boleh close 3 kes dalam seminggu. 3 kes seminggu bermakna sebulan anda ada 4 minggu bersamaan dengan 12 kes. Sebulan anda boleh close 12 kes.

Katakanlah kita minimumkan lagi, dalam sebulan tu anda boleh close 10 kes saja. Sebab prestasi setiap ejen bukannya sama. Dan bukannya konsisten setiap bulan. Dengan 10 kes sebulan bermakna setahun anda ada 120 kes.

Jumlah premium pula saya ambil yang average cukuplah. Average premium bagi setiap kes yang ejen-ejen Prudential close ialah RM150 sebulan. Sebab premium bagi setiap kes tidak sama. Ada ejen yang close RM100 sebulan… ada yang close RM130 sebulan… ada yang close RM170 sebulan… ada yang close RM200 sebulan… RM250… RM300… malah ada ejen yang boleh close dengan premium RM500… RM700 hingga RM1000 sebulan! 

Jadi, dengan premium RM150 sebulan… setahun ada RM1,800 API (Annual Premium Income – ini mengikut pengiraan di Prudential). Setiap bulan dengan 10 kes yang anda boleh close, anda  sudah ada RM18,000 API.

RM18,000 X 25% = RM4,500. (Komisyen tahun pertama ialah 25%)

RM4,500 tu ialah setahun… devide dengan 12 bulan… jadi komisyen anda ialah RM375 sebulan… 

RM375.00 tu adalah komisyen yang anda akan dapat sekiranya anda boleh close 10 kes dalam sebulan dengan average premium RM150 bagi setiap kes. Komisyen ni anda akan terima tiap-tiap bulan selama 12 bulan mengikut caruman berkala dari client. Tahun kedua lain pula kiraannya.

Itu bulan pertama. Bulan kedua anda repeat close dengan jumlah kes dan premium yang sama juga. Komisen anda akan jadi…

RM375 + RM375 = RM750 (Bulan pertama campur dengan bulan kedua dan begitulah untuk bulan-bulan seterusnya).

Okay… untuk nak memudahkan kiraan supaya anda nampak… saya buatkan table kat bawah ni… anda boleh lihat bagaimana komisen ejen insurans meningkat setiap bulan. Komisen = Gaji sebab anda akan dapat setiap bulan.

Table kat atas ni hanyalah contoh. Contoh yang menunjukkan seseorang ejen tersebut boleh maintain 10 kes setiap bulan dengan premium RM150 bagi setiap kes. Walau bagaimanapun, kemungkinan closing rate seseorang ejen tersebut tidaklah sama setiap bulan. Mungkin bulan February boleh close 10 kes… mungkin bulan April boleh close 20 kes… dan mungkin bulan September cuma close 5 kes.

Premium yang saya tunjukkan tu pulak semuanya RM150… itu cuma contoh untuk memudahkan anda. Jumlah premium tak semestinya sama semua bagi setiap dari client tu.

Percayakah anda di Prudential ada ejen yang boleh close average 1 kes 1 hari… malah bukan seorang tetapi ramai… average ni maknannya dalam satu tahun tu… ejen tersebut boleh close lebih dari 365 kes dalam 365 hari!

Ini adalah biasa bagi kebanyakan ejen yang betul-betul komited dengan tugas.

Table yang kat atas tu menunjukkan pendapatan seorang ejen yang kosisten dengan kerjanya. Itu baru RM4,500 sebulan. Malah ada yang boleh buat sehingga RM10,000 sebulan dalam tempoh setahun saja. 

Anda cuma ulang @ repeat saja apa yang anda telah buat dalam tempoh setahun pertama. Pendapatan akan meningkat setiap bulan. Gaji naik setiap bulan. Kerja apakah yang gaji anda majikan bagi naik tiap-tipa bulan…?

Itu yang saya tunjuk jika anda boleh buat yang minimum. Bagaimana kalau anda boleh achieved dengan 1 hari 3 presentation dan semua presentation tersebut anda boleh close kes… sign up proposal… sudah tentu pendapatan anda lebih dari table yang kat atas tu! Berbalik pada logik 21 appoinment kat atas tu… jangan terkejut, ada ejen Prudential yang boleh buat lebih dari jumlah tu!

Ok anda lihat pendapatan di atas, kalaulah dalam lingkungan RM10,000 sebulan… agak-agak anda kalau kerja makan gaji berapa lama jangka masa yang perlu diambil untuk mencapai pendapatan sebanyak tu? Kalau sekarang umur anda 30 tahun… gaji anda RM1,500 hingga RM2,500 sebulan… impian anda untuk menikmati gaji RM10,000 sebulan… berapa lama agaknya…

Macam mana pula dengan pendapatan RM50,000 sebulan, berapa lama anda perlu kerja untuk mencapai pendapatan sebanyak tu?

Itu jangka masa, bagaimana pulak dengan education level? Kalau dengan sijil SPM bolehkah anda menjadi CEO?

Tetapi di Prudential, hanya dengan sijil SPM anda boleh mendapat gaji yang sama dengan gaji CEO sebuah company… malah mungkin lebih tinggi dari sesetengah CEO sesebuah company! Dengan kemahiran yang sudah tentu anda boleh belajar… saya YAKIN anda boleh melakukannya… Anda boleh fikir bukan?

Kalau kerja kat satu company dengan gaji RM50,000 sebulan… agak-agak anda jawatan apa tu? Staff biasa, Engineer, Manager, General Manager, CEO atau…

Kalau di Prudential, pendapatan RM50,000 atau RM100,000 sebulan adalah tidak mustahil! Ini adalah kisah benar. Dan pendapatan tu maintain. Bukan bulan ni RM50K… bulan depan pulak jadi RM10K…

APA FAEDAH LAIN JADI EJEN INSURANS NI??

Kelebihan #1 : Membantu Rancang Kewangan Masyarakat Sewaktu Musibah

 

Antara satu-satunya kerjaya yang boleh melakukan hal ini Yakni membantu orang ramai menyediakan perancangan kewangan ketika musibah. Manusia mampu merancang namun Allah yang menentukan dan saya yakin, pasti tiada siapa yang dapat menjangka bila musibah akan menimpa. Ketika kita diuji, kita boleh lihat berapa ramai yang boleh bantu kita. Jangan kata orang lain, kita sendiri juga belum tentu dapat memberi bantuan sepenuhnya bila keluarga sendiri ditimpa musibah terutama dari segi kewangan.

 

Ramai memilih kerjaya yang murni ini kerana dapat menaikkan atau mengekalkan impian dan taraf hidup sesebuah keluarga. Perlindungan takaful bukan sahaja sekadar medikal kad, malah menyediakan perlindungan ketika kemalangan mahupun kematian.

 

Kelebihan #2 : Masa Kerja Fleksibel

 

Sebagai Ejen takaful, masa kerja adalah fleksibel.  Maknanya kita bebas untuk menentukan masa mula kerja kita. Yang paling best kita tidak perlu untuk buat permohonan cuti untuk berehat, balik kampung atau hal-hal emergency. Malah, tiada istilah “punch card” bagi para ejen. Bagus tak?

 

Kelebihan #3 : Modal Permulaan Yang Rendah

 

Nak mula bisnes apa-apa pun mesti perlukan modal. Namun Bezanya banyak atau sikit sahaja. Pernahkah anda bayangkan pendapatan Ejen takaful 5 atau 6 angka bermula Modal Awal serendah RM 200? Terkejut bukan? Namun itulah hakikat sebenar peluang yang Ejen takaful fikirkan sebelum mempetimbangkan bisnes lain.

 

Dengan kerjaya dengan takaful, anda juga berpeluang untuk bina kerjaya dan bisnes dalam masa yang sama. Bak kata orang dua dalam satu. Jadi modal yang perlu anda keluarkan hanyalah dalam RM 200 sahaja.

 

Modal tersebut sebenarnya digunakan untuk cover yuran untuk anda ambil exam insurans dan takaful sahaja. Setelah lulus, barulah anda boleh daftar sebagai ejen takaful yang sah. (Anda boleh dapatkan contoh nota dan exam di sini)

 

Kelebihan #4 : Latihan Professional Lengkap & Berjadual

 

Seram sejuk pula bila dengar ada exam untuk jadi Ejen Takaful. Tak perlu risau, agensi kami yakni Al Isra Associates telah sediakan segalanya. Disini kami menyediakan kelas yang sistematik pada semua ejen dan kami akan diberikan latihan yang lengkap. Kelas dibahagiakan kepada beberapa sesi iaitu dari persediaan untuk exam hinggalah macam mana nak bina kerjaya sebagai Agensi Manager.

 

Anda cuma perlu datang ke office mengikut jadual yang ditetapkan. Yang lain kami uruskan.

 

Kelebihan #5 : Komisen Hingga 6 Tahun Setiap Jualan

 

Lazimnya, Jika kita menjual sesuatu barang fizikal, sudah pasti untungnya sekali sahaja iaitu pada barang tersebut sahaja. Namun di industri takaful anda boleh merasa keuntungan setiap pelan jualan sehingga 6 tahun dengan sekali jualan. Saya lihat belum ada lagi bisnes lain yang bagi setiap jualan akan terima komisen sehingga 6 tahun lamanya. Itu lah salah satu kelebihan kerjaya dengan takaful yang tiada pada yang lain. Jadi lagi banyak pelanggan yang anda ada, lagi banyak lah komisen yang anda akan dapat.

 

Kelebihan #6 : Pendapatan Tanpa Had

 

Di lapangan ini anda menentukan berapakah income yang anda mahukan. Jika kita kerja di sesebuah syarikat, sudah pasti gaji menjadi perkara utama yang difikirkan. Malahan gaji bulanan adalah sama setiap bulan. Kalau ada kenaikkan pun setahun hanya sekali. Itupun bergantung dengan keuntungan syarikat dan bermurah hati nak bagi increment.

 

Berbeza dengan kerjaya ini. Anda berpeluang untuk menjana pendapatan tanpa had. Yakni anda boleh tetapkan berapakah dan banyak mana kenaikkan pendapatan anda. Bergantung kepada usaha anda untuk buat jualan. Tiada siapa yang menghalang mahupun boleh limitkan pendapatan anda kecuali anda sendiri. Anda buat 100%, anda dapat 100%.

 

Kelebihan #7 : Bonus yang lumayan Sehingga 13% Dari Jumlah Jualan.

 

Selain daripada komisen bulanan dan increment, bonus antara perkara yang paling sangat best sekali di bidang ini. Ianya juga akan membuatkan kita lebih bermotivasi nak buat kerja. Kebanyakkan majikan selalunya akan bagi bonus kepada pekerja mereka setahun sekali. Ada juga yang dua kali setahun. Bergantung kepada syarikat.

 

Begitu juga kerjaya dengan takaful. Anda juga akan diberikan bonus tahunan. Jumlah bonus tahunan adalah hampir 13% daripada jumlah sales yang anda buat. Malah bonus anda dikira sehingga 3 tahun hasil jualan terdahulu!!

 

Kelebihan #8 : Elaun Sara Hidup Sementara Bagi Yang Buat Sepenuh Masa.

 

Kelebihan yang jarang-jarang diberi oleh syarikat lain. Malahan tidak ramai yang tahu hal ini. Jika anda merancang untuk terus Sepenuh masa, anda boleh membuat permohonan elaun sara hidup tersebut. Atau orang selalu cakap “full time agent”. Barulah anda akan dapat elaun ini. Part time tidak ada disediakan elaun ini.

 

Tujuan sebenar elaun ini adalah untuk membantu kewangan ejen yang baru full time supaya tiada masalah kewangan atau modal untuk menjalankan perniagaan. Selain itu tujuan elaun diberikan adalah agar ejen full tume lebih fokus dan mudah untuk “serve” klien. Tambahan pula, bagi yang bertukar kerjaya sudah pasti agak “culture shock” sebab komisen sikit pada awal jadi ejen. Jadi elaun ini dapat membantu bagi menampung perbelanjaan harian.

 

Kelebihan #9 : Peluang Bercuti Luar Negara Secara Percuma

 

Tidak ramai majikan yang boleh menawarkan peluang bercuti secara percuma kepada para pekerja mereka. Lazimnya paling banyak percutian pun setahun mungkin sekali sahaja. Akan tetapi dengan menyertai bisnes takaful ni, anda berpeluang ke luar negara secara percuma hampir 4 atau 5 kali dalam setahun. Seronok bukan? Malahan semua percutian yang disediakan adalah di luar negara. Bukan untuk kerja, tetapi memang syarikat sudah tetapkan untuk memberi ganjaran percutian.

 

Alhamdulillah sepanjang saya berada dalam bidang ini lebih 10 trip yang saya lalui. Nak rasakan suasana bercuti ke luar negara secara percuma? Sila layari laman trip ke Ho Chi Minh dan trip ke Guangzhou. Kedua-dua adalah antara trip ini saya pergi dalam tahun 2017.

 

Kelebihan #10 : Peluang Besar Menang Gajet Terkini

 

Selain trip ke luar negara, anda juga berpeluang cerah untuk mendapat ganjaran gajet terkini. Antara yang saya pernah dapat adalah Jam tangan, Ipad, Iphone dan Macbook. Lihat sini untuk detail. Setiap tahun pasti ada sahaja gajet yang diberikan seperti tahun ini (2018) iaitu Iphone X dan jam tangan.

 

Kelebihan #11 : Hak Kenaikkan Pangkat Sama Rata

 

Suasana biasa ditempat kerja yang kita sering dengar adalah budaya bodek dan kipas bos. Semua ini dilakukan untuk kepentingan sendiri contohnya nak naik pangkat, naik gaji dan bonus. Siapa yang paling kuat bodek, lagi cepat dapat apa yang dikehendaki. Ini antara salah satu sebab kerana saya nekad ingin melakukan perniagaan kerana saya langsung tidak pandai membodek.

 

situasinya di bidang takaful tidak sama langsung dengan sintuasi makan gaji. Kalau anda kuat bodek ke, kaki ampu ke sama je. Semuanya bergantung kepada prestasi dan usaha anda. Kalau kuat kipas tapi tak buat kerja memang tertinggal jauhlah dengan orang yang bersungguh dengan kerjanya.

 

Kelebihan #12 : Persekitaran & Rakan Kerja Yang Sentiasa Positif

 

Faktor persekitaran dan rakan kerja sangat mempengaruhi dalam kerjaya. Make sure your surrounding have same mission with you. Bagi orang yang berniaga amat di sarankan untuk menjaga energy dan sentiasa positif untuk kekal maju. Kalau sekeliling kita di kelilingi oleh orang yang negetif pun tak syok kerja jugak.

 

Kita memerlukan persekitaran dan rakan kerja yang sentiasa positif untuk berjaya. Saya amat bersyukur berpeluang membuat bisnes takaful di agensi al-isra kerana dikelilingi oleh aura positif dari rakan sekerja. Malahan mereka tidak pernah ada sedikit lokek pun ilmu mahupun tenaga. Ini membuatkan anda lebih bermotivasi untuk berkerja dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

 

Kelebihan #13 : Bantuan Sistem Pemantauan Bisnes & Gajet Pemasaran Canggih

 

Bagi memudahkan untuk buat sales, anda semestinya memerlukan suatu alat yang dapat membantu. Dengan adanya bantuan daripada sistem pemantauan bisnes ditambah dengan gajet pemasaran yang canggih, tiada alasan lagi untuk anda tidak boleh buat sales.

 

Semua ini ada disediakan cuma anda hanya perlu belajar cara untuk menggunakanya. Tak la susah sangat pun. Tapi ia sangat membantu.

 

Kelebihan #14 : Ruang Pejabat Disediakan Percuma

 

Pada yang buat bisnes, ofis merupakan suatu perkara yang sangat penting. Kebiasaannya bisnes tiada ofis membawa keraguan kepada bisnes anda. Kalau kita buat bisnes lain di luar sana, kena bayar sewa atau beli lot kedai untuk dijadikan ofis, renovation, caj majlis perbandaran dan sebagainya. Banyak nak kena keluar modal lah jugak.

 

Tapi kalau anda jadi sebahagian daripada team al-isra, kemudahan ruang pejabat telah disediakan untuk anda. Dan yang lagi best adalah ianya percuma. Malahan Al Isra menyediakan 15 buah ofis di seluruh Negara. Anda boleh gunakan ofis agensi di mana-mana sebagai ofis anda.

 

Kelebihan #15 : Hak Pemilikan Bisnes Boleh Diwariskan

 

Lumrah sesuatu bisnes, pemilikan syarikat memang boleh diturunkan kepada waris yang berkenaan. Begitu juga jika anda buat bisnes takaful ini. Ianya juga boleh diwariskan. Sekiranya berlaku sesuatu perkara yang menyebabkan anda tidak lagi boleh menjadi ejen, komisen akan diberi kepada waris.

 

Kelebihan #16: Tempat Kerja yang Fleksibel.

 

Sekiranya pasangan kita tak kira suami ataupun isteri pindah tempat kerja. Pasti akan ada masalah untuk menguruskannya. Bukan sahaja masa, malah wang ringgit juga banyak digunakan untuk travel ulang alik untuk bertemu ketika di hujung minggu.

 

Namun hal ini tidak akan terjadi sekiranya anda menyertai agensi Al Isra kerana kami menyediakan hampir 16 cawangan di seluruh Malaysia. Bermakna anda masih boleh meneruskan bisnes seperti biasa di tempat baru. Kini berjauhan dengan pasangan bukan lagi ancaman kepada anda.

 

Kesimpulan

 

Setiap kerjaya ada kelebihannya. Anda boleh berjaya tidak kira apa sekalipun kerjaya yang anda pilih. Namun yang mana satu memberikan banyak kelebihan kepada anda? Jika anda memiliki tenaga dan semangat yang tinggi, inilah yang perlu dipilih sebagai kerjaya yang terbaik anda.

 

kelebihan kerjaya ejen takaful yang kita dapat lihat seperti yang saya senaraikan diatas. Namun tanpa kemahuan dan minat, segalanya tak akan menjadi realiti. Bagi yang berminat untuk mencuba dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya, hubungi saya untuk maklumat lanjut.

jom bertindak sekarang! demi masa depan keluarga tersayang ambik peluang keemasan ini. jadilah ejen insuran yang berjaya hari ini!!