“DAH SAKIT, DUIT TAK ADA GUNANYA DAH”
Selalu saya dengar prospek cuba bagi alasan untuk tak ambil pampasan cacat kekal / sakit kritikal yang tinggi.
Hari ini, saya nak share kisah saya sendiri.
Pengalaman uruskan claim Pampasan Kecacatan Kekal & Pampasan kemalangan yang menyebabkan hilang upaya.
Client saya ni adalah agent part time dalam team saya. Masa dia mula2 jadi agent, soalan pertama saya “Ko dah ada insurans ke belom”.
“Belum, cukuplah company dah ada insurans”
Malam tu juga saya PAKSA dia ambil insurans (Takaful) dengan saya. Di saksikan oleh beberapa agent yang lain, sambil digelakkan dengan mereka sebab saya PAKSA. Ya memang saya PAKSA sebab saya yakin company coverage yang dia ada tu apelah sangat! Memang tak cover keseluruhan (Life protection), hanya medical protection sahaja.
Last year, March 2020, saya dikejutkan dengan berita dia kemalangan jalan raya masa nak pergi kerja full time dia (He is an engineer). Saya ingatkan biasa-biasa saja. Sebab dia ni memang selalu eksiden tapi tak teruk. Luka-luka kecil. Bila ayah dia hantar gambar pada saya, Allahu, teruk ni.
Masa tu, dia terus di bawa ke hospital kerajaan yang berdekatan. Koma. Ya la, orang awam mana tahu kau ada insurans ke apa kan. Bila eksiden je, call hospital gomen saja la.
Saya pulak masa tu tengah training di Prudential Training Academy, memang xdpt nak ponteng kelas tu.
Jadi semuanya saya uruskan by phone saja. Bercakap dengan Dr bahagian kecemasan minta kebenaran untuk transfer ke Private hospital. Dr tu OK. Cuma saya kene deal dulu dengan hospital private mana nak terima dia.
10 hospital saya call. 10-10 reject untuk terima dia. Masa tu saya kecewa sangat! Sebab tak dapat nak bantu kawan saya ni gunakan medical card.
Reason nya sebab terlalu banyak patah-patah, di tangan, kaki, tulang rahang dislocate, tulang muka patah dan banyak pendarahan di otak. Jadi keadaan yang terlalu high risk begini hospital swasta tak nak ambil risiko untuk pindahkan pesakit ni sebab dalam perjalanan tu nanti macam-macam boleh jadi.
Saya explain pada ayah dia, Alhamdulillah ayah dia akur dan terima apa saja yang terbaik. Jadi warded di gov hospital dari March 2020 – May 2020. 3 bulan. Macam-macam pembedahan. But dia masih tak ada perubahan. Terbaring dan makan ikut tube saja. Dr suruh bawa balik dan datang untuk check-up je nanti.
Bermulalah fasa di mana waris mula push saya nak claim itu ini, seperti nak claim beli katil khas tu, beli kerusi roda, beli ubat-ubatan di farmasi. Semua tu TAK BOLEH CLAIM. Sebab katil dan kerusi roda tu, equipment tambahan, dan ubat-ubatan tambahan selain dari ubat hospital bagi, memang tak cover sebab itu adalah kos yang client kene tanggung sendiri.
Kene faham dulu fungsi medical card ni, segala apa bill hospital termasuk ubat yang hospital bagi kita cover.
Kalau beli ubat supplement lain di Farmasi luar, kita tak cover. Tapi, ramai salah faham. Bila ada insurans ni, semuanya cover. Begitu juga family kawan saya ni. Semua nak claim.
Jadi bila tak boleh claim, ayah dia punya layanan pada saya dah mula lain. Dah mula tak percaya dengan insurans. Ya la, orang kita ni mudah percaya dengan mitos “Insurans ni PENIPU”
Sampai lah ayah dia cakap pada saya
“Kalau dia sedar, mesti dia kecewa”
Ini satu tamparan hebat untuk saya!
“Ok tak apa, i will make make sure your son dapat apa yg sepatutnya dia dapat” berkata dalam hati.
Start dari tu, saya jadi TAKUT nak berhubung dengan ayah dia. Saya ni jenis tak suka orang marah saya, dan saya tak suka marah orang. For me, Let me do my work, you just bagi je apa document yang saya nak dalam process claim ni.
Lambat ke cepat. SABAR. Ni nak claim beratus ribu, bukan singgit dua ringgit punya citer ni. SABAR
Hari demi hari, bulan ke bulan, tekanan demi tekanan, turun naik hospital, report lambat siap, berbulan-bulan nak kene hadap tekanan ni.
Saya faham tekanan di pihak keluarga pula tak kurang hebatnya sebab terlalu banyak kos nak kene tanggung. Siapa yang pernah alami situasi macam ni je tahu perasaan jaga pesakit bedridden ni.
Kos nak kene hadap:
1. Kos beli susu, sebulan berapa tin nak kene beli
2. Kos nak beli pampers
3. Kos nak beli ubat-ubatan
4. Kos nak beli keperluan perubatan di rumah lagi
5. Nasib baik tak perlu ambil pembantu jaga di rumah sebab mak dia masih ada, dan masih bertenaga nak jaga dia. Kalau tak? Lagi tekanan nak bayar pembantu rumah lagi.
6. Gaji fulltime kawan saya pula company dah potong, tinggal separuh saja sampai May 2021 (Kebetulan bulan ni), start june cuti tanpa gaji setahun. Lepastu tak tahu apa nasib. No pampasan dari company.
Memang tekanan emosi dan kewangan. Jadi di mana yang kata “DAH SAKIT, DUIT TAK ADA GUNANYA DAH”??
Masa sihat boleh la mendabik dada cakap macam-macam. Kita pun tak tahu macam mana nasib kita nanti kan..
AKHIRNYAAAAAA
Hari ni mendapat berita, CLAIM LULUS! Ya Allah, sebak sangat rasanya. RM150,000 tau. Bukan kecik-kecik amount.
RM150,000
Terus saya call ayah dia bagitahu perkara ni. Ayahnya syukur sangat claim ni lulus. Dan lebih menenangkan minda mereka, policy kawan saya ni jadi FREE! Sebab ada tambah manfaat CONTRIBUTOR masa saya PAKSA beli tu. Jika kene sakit kritikal atau cacat kekal, policy jadi FREE tak perlu bayar, PruBSN yg akan bayarkan setiap bulan.
Baguskan ?
Pesan saya pada yang membaca sampai sini:
1. Jika ada company coverage, semak lah semula apa ja coveragenya.
2. Its ok bayar lebih sikit untuk perlindungan diri sendiri.
3. Jangan hanya nak plan medical card saja. Penting untuk ada life coverage: Death/TPD & Critical illness
4. Its ok if tak nak medical card, gov hospital ada. But apa persediaan kewangan untuk selepas keluar dari hospital tu nanti?
Kisah saya kali ni agak panjang. Tapi I really hope, orang KITA ni bukak mata besar2, amik tahu pentingnya insurans. Tak payah nak dengar cakap kawan-kawan yang tak ada tu.
Mcm kes saya ni, kawan-kawan hanya mampu bagi ucapan get well soon, bertabahlah, sumbangan sikit-sikit… selebihnya keluarga yang nak kene tanggung…
Like & Share if story saya ni dapat bantu buka minda kawan-kawan yang lain. Semoga orang KITA ni lebih celik takaful di masa mendatang.
note: Yang kenal beliau harap tak mention namanya di ruang komen untuk menjaga sensitivity dia. Post ini juga mendapat kebenaran dari ayahnya untuk tujuan awareness masyarakat kita. Mohon doakan beliau diberi kesempatan untuk kembali boleh berjalan, bercakap seperti dulu kala..