Keyman insurance

Cash Value Keyman Insurance: Milik Syarikat atau Individu? | abanginsuran.com

Adakah ‘Cash Value’ Dalam Keyman Insurance Milik Syarikat Atau Individu? Ini Penjelasan Sebenar.

Bila Abang Insuran sebut pasal Investment-Linked Policy untuk Keyman, ramai bos yang mata bercahaya bila dengar pasal Cash Value (Nilai Tunai). Tapi soalan yang selalu timbul: “Abang, kalau lepas 10 tahun duit tu ada RM200k, duit tu siapa punya? Saya punya ke syarikat punya?”

Ramai yang keliru bab ni, sampaikan ada yang tersalah tuntut dan kena audit dengan LHDN. Jom kita fahamkan kedudukan sebenar simpanan dalam polisi Keyman anda.


Siapa Pemilik Sebenar Nilai Tunai Tersebut?

Memandangkan syarikat adalah Pemilik Polisi (Policy Owner) dan pembayar premium, maka secara automatik segala Cash Value yang terkumpul adalah ASET SYARIKAT.

Ini bermakna:

  • Duit tersebut akan muncul dalam imbangan duga (Balance Sheet) syarikat sebagai pelaburan atau aset.
  • Syarikat boleh mengeluarkan duit tersebut (withdrawal) untuk kegunaan pusingan modal bisnes.
  • Jika syarikat ditutup (winding up), nilai tunai tersebut akan dianggap sebagai sebahagian daripada aset untuk membayar pemiutang.

3 Cara Bijak Guna Cash Value Untuk Bisnes

Abang Insuran selalu nasihatkan klien untuk pandang Cash Value ni sebagai “Tabung Kecemasan Syarikat”. Antara kegunaannya:

1. Bonus Persaraan Pengarah

Syarikat boleh memindahkan pemilikan polisi kepada pengarah sebagai “Golden Handshake” bila mereka bersara. Ini adalah cara yang sangat tax-efficient untuk beri ganjaran kepada pemimpin setia.

2. Modal Pusingan Kecemasan

Dalam keadaan ekonomi gawat, syarikat boleh melakukan pengeluaran tunai atau membuat Policy Loan daripada syarikat insurans untuk menampung kos operasi tanpa perlu ke bank.

3. Sinking Fund Syarikat

Daripada simpan duit dalam akaun semasa yang tak ada pulangan, lebih baik “park” dalam polisi yang ada potensi investment return sambil ada perlindungan berjuta ringgit.

Ingatan Mesra Tentang Cukai

Kena ingat, kalau syarikat ambil pelan yang ada Cash Value, premium biasanya TIDAK boleh ditolak cukai secara penuh. Untuk faham lebih lanjut, anda wajib baca Panduan Cukai Keyman Insurance LHDN yang pernah saya tulis sebelum ni.

Juga, jangan lupa buat kiraan nilai pengarah yang betul supaya simpanan anda seiring dengan risiko yang dilindungi.

Nak Bina Aset Syarikat Sambil Dilindungi?

Jangan biarkan duit syarikat duduk diam tak buat apa. Jom Abang Insuran tunjukkan cara maksimumkan setiap ringgit premium anda.

Sembang Aset Dengan Abang Insuran

Expert in Corporate Planning: abanginsuran.com

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com