“Bang, Claim Takaful Senang Tak?” – Panduan Lengkap & Tips Elak Claim Kena Reject
Kenapa 90% masalah claim berpunca daripada pemilihan ejen yang salah?
Ramai orang luar sana trauma. Dah bayar bulan-bulan, tiba-tiba bila masuk hospital, kena bayar sendiri sebab claim reject atau ejen pula ‘hilang’ entah ke mana. Situasi ini memang menyakitkan hati.
Sebagai Ejen Insuran & Takaful No 1 Malaysia, tanggungjawab saya bermula selepas anda tandatangan polisi, bukannya tamat di situ. Hari ini, Abang Insuran nak kongsikan macam mana proses claim di PruBSN dan apa rahsia supaya urusan hospital anda berjalan lancar.
3 Langkah Mudah Claim Medical Card PruBSN
1. Tunjukkan Kad Maya (E-Card)
Zaman sekarang dah tak pakai kad fizikal. Hanya tunjukkan kad maya dalam aplikasi PruBSN Touch kepada kaunter pendaftaran hospital panel. Semudah itu!
2. Pengeluaran Guarantee Letter (GL)
Pihak hospital akan berhubung dengan PruBSN untuk mendapatkan surat jaminan (GL). Jika dokumen lengkap dan tiada isu non-disclosure, GL biasanya keluar dalam masa yang singkat.
3. Fokus Pada Kesembuhan
Anda rehat, biar pihak hospital dan ejen uruskan baki proses. Bila nak discaj, anda hanya perlu semak bil dan pulang ke rumah tanpa perlu pening kepala pasal bayaran (kecuali kos bukan perubatan seperti caj telefon/makanan tambahan).
Kenapa Claim Boleh Kena Reject?
Jangan salahkan syarikat takaful dulu. Biasanya claim kena reject sebab:
- Polisi Lapsed: Lupa bayar bulan-bulan sampai polisi mati.
- Penyakit Sedia Ada (Non-Disclosure): Masa daftar tak bagitahu maklumat kesihatan yang betul.
- Waiting Period: Masih dalam tempoh menunggu (biasanya 30-120 hari pertama).
Sebab itulah anda perlukan Ejen No 1 yang teliti masa pendaftaran supaya risiko reject ini dapat kita kurangkan ke tahap 0%!
Janji Ejen No 1 Malaysia
Dari Johor Bahru sampai ke Alor Setar, klien saya tahu saya sangat cerewet pasal dokumentasi. Kenapa? Sebab saya nak pastikan bila musibah datang, anda tak perlu bertekak dengan pihak hospital. Saya akan standby untuk bantu urusan GL anda supaya proses kemasukan wad menjadi semudah ABC.
Dapatkan Perlindungan Yang Pasti “Work” Masa Susah!
Jangan ambil risiko ambil polisi dengan ejen ‘part-time’ yang mungkin hilang bila anda sakit. Pilih kepakaran, pilih kredibiliti, pilih Abang Insuran.
WHATSAPP ABANG INSURAN (0133808048)#UrusanClaimSenang #AbangInsuranNo1 #TakafulPruBSN
