Apa Yang Perlu Tahu Sebelum Ambil Medical Card 2024?
Salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan untuk akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti adalah dengan membeli medical card atau kad perubatan. Berdasarkan statistik, kira-kira 85 peratus penduduk di Malaysia tidak mempunyai perlindungan takaful atau insurans yang mencukupi bagi kurangkan beban kewangan sekiranya ditimpa musibah.
Panduan Lengkap Sebelum Pilih Medical Card Terbaik di Malaysia
Medikal kad atau turut dikenali sebagai pelan insurans kesihatan memberikan ketenangan jiwa dan perlindungan kewangan pada masa sakit atau kecederaan. Ia bertindak sebagai penyelamat terutamanya semasa anda memerlukan bantuan.
Meskipun begitu, banyak perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum membeli kad medical yang memenuhi keperluan anda. Berikut antara perkara-perkara penting yang anda perlu tahu sebelum beli medical card di Malaysia:
1. Had Tahunan vs Had Seumur Hidup
Syarikat insurans biasanya menetapkan had tertentu ke atas faedah yang boleh diterima oleh individu. Ini bermaksud, syarikat insurans menetapkan had ke atas jumlah yang akan dibayar atau boleh dituntut daripada syarikat insurans. Secara umumnya, had-had ini diklasifikasikan sebagai had tahunan (annual limit) dan had seumur hidup (lifetime limit).
i. Had Tahunan
Secara asasnya, had tahunan merujuk pada limit maksimum tuntutan yang ditetapkan oleh syarikat insurans sepanjang tempoh polisi masih aktif. Sebagai contoh, andaikan had tahunan kad perubatan anda RM100,000 setahun. Anda selalu sakit dan perlu dimasukkan ke hospital dengan lebih kerap.
Anda hanya layak untuk buat tuntutan sebanyak RM100,000 sahaja bagi rawatan perubatan anda. Jika kad medical anda sudah mencapai had tahunan RM100,000, anda perlu tanggung sendiri kos rawatan perubatan selebihnya menggunakan simpanan atau gaji anda.
Meskipun begitu, manfaat ini akan diperbaharui semula sebanyak RM100,000 pada tahun berikutnya sehingga mencapai had seumur hidup. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk pilih medikal kad dengan limit tahunan yang tinggi lebih-lebih lagi mengambil kira kos perubatan di Malaysia yang semakin meningkat saban tahun.
ii. Had Seumur Hidup
Selain had tahunan, ambil kira juga had seumur hidup sebelum beli medical card. Had seumur hidup merujuk pada jumlah keseluruhan manfaat perubatan yang layak dituntut sepanjang tempoh polisi. Pelan insurans perubatan akan tamat secara automatik apabila manfaat yang dibayar telah mencapai had seumur hidup.
Sebagai contoh, kad perubatan anda mempunyai had tahunan sebanyak RM100,000 dan had seumur hidup RM1 juta. Anda hanya boleh membelanjakan RM100,000 setiap tahun untuk kos rawatan selama 10 tahun untuk menikmati manfaat RM1 juta tersebut.
Selain had tahunan, anda perlu pertimbangkan limit seumur hidup sebelum pilih insurans perubatan dan kesihatan terbaik untuk anda. Penting untuk anda pilih jumlah had tahunan dan had seumur hidup yang munasabah dengan kemampuan dan keperluan anda.
2. Premium atau Sumbangan
Premium insurans atau sumbangan (untuk Takaful) merujuk pada bayaran yang dibuat oleh pemegang polisi kepada syarikat insurans atau Takaful. Ia boleh dibayar secara bulanan, suku tahunan atau tahunan bergantung pada syarikat insurans atau Takaful. Harga premium insurans biasanya bergantung pada beberapa faktor seperti:
- Umur – lebih muda, premium lebih murah;
- Jantina – harga insurans kesihatan untuk perempuan lebih murah berbanding lelaki;
- Jenis Pekerjaan – kerja pejabat lebih murah berbanding kerja berisiko seperti di pelantar minyak;
- Status Kesihatan Semasa;
- Sejarah Penyakit Lampau;
- Jenis Pelan Medical Card.
3. Deduktibel vs Ko-Takaful
Deduktibel (deductible) dan Ko-Takaful (co-Takaful) adalah elemen penting yang perlu diberi perhatian sebelum beli kad medical. Untuk membantu anda memahami dengan lebih baik, anda boleh rujuk perkara berikut:
i. Deduktibel
Apa itu deduktibel? Deduktibel ialah amaun bayaran tetap yang perlu dikeluarkan atau ditanggung sendiri sebelum menerima rawatan atau dimasukkan ke hospital. Ia berbeza dengan caj deposit hospital – caj deposit hospital akan dikembalikan setelah selesai rawatan, tetapi deduktibel tidak akan dikembalikan.
Deduktibel berfungsi untuk elakkan pemegang polisi daripada menggunakan medical card secara tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, menggunakan medical card untuk kes-kes yang tidak memerlukan kos rawatan yang besar seperti demam atau selsema yang boleh didapatkan di klinik biasa.
Contoh Pengiraan Deduktibel
Encik Abu mempunyai medical card dengan amaun deduktibel yang ditetapkan oleh syarikat insurans sebanyak RM300. Encik Abu sakit perut kronik dan beliau mendapatkan rawatan di hospital. Jumlah keseluruhan kos rawatan adalah sebanyak RM7,000.
Amaun deduktibel yang perlu dibayar oleh A adalah sebanyak RM300 sahaja sebelum dimasukkan ke wad. Manakala, selebihnya RM6,700 akan ditanggung oleh syarikat insurans.
ii. Ko-Takaful atau Ko-Insurans
Apa itu ko-Takaful atau ko-insurans? Secara amnya, ia merujuk pada perkongsian bersama bil antara pemegang polisi dengan syarikat Takaful atau insurans. Ini bermaksud, anda perlu mengeluarkan wang simpanan anda sendiri untuk menanggung sebahagian daripada kos perubatan.
Biasanya, pemegang polisi perlu tanggung sendiri kos rawatan sekitar 20 peratus (bergantung pada syarikat insurans). Manakala, baki kos rawatan perubatan selebihnya akan ditanggung oleh syarikat insurans. Anda boleh rujuk ejen insurans anda untuk info lanjut.
Contoh Pengiraan Ko-Takaful atau Ko-Insurans
Puan Rogayah sakit kepala kronik. Beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan. Jumlah keseluruhan kos rawatan adalah sebanyak RM10,000.
Jumlah bayaran deduktibel yang perlu dibayar oleh Puan Rogayah setelah bil akhir dikeluarkan adalah sebanyak RM2,000 (20 peratus daripada RM10,000). Manakala, baki selebihnya RM8,000 akan ditanggung oleh syarikat insurans.
4. Pembaharuan Terjamin atau Pembaharuan Tidak Terjamin
Selain itu, penting untuk anda memahami dengan jelas aspek-aspek berikut sebelum mendapatkan insurans kesihatan yang sesuai untuk anda:
ii. Pembaharuan Terjamin (Guarantee Renewal)
Syarikat insurans wajib memperbaharui polisi insurans kesihatan sekiranya pembayaran premium dibuat tepat pada masanya dan anda memilih untuk meneruskan polisi seperti biasa.
Namun begitu, ia tertakluk pada syarat-syarat tertentu seperti anda belum melebihi had tuntutan seumur hidup dan belum mencapai umur kelayakan perlindungan maksimum.
ii. Pembaharuan Tidak Terjamin (No Guarantee Renewal)
Ini bermakna polisi anda hanya akan diperbaharui setiap tahun tertakluk kepada kelulusan syarikat insurans atau pengendali Takaful. Sebagai contoh, anda menghidap sakit kritikal atau sakit yang berisiko untuk berulang pada masa akan datang.
Pihak Takaful atau insurans berhak untuk tidak memperbaharui polisi insurans anda. Jika anda ingin mendapatkan pelan perlindungan insurans yang baharu, anda perlu memaklumkan status kesihatan semasa kepada pihak insurans.
Ia sekali gus boleh menyebabkan harga medical card anda yang lebih mahal berbanding biasa. Dalam sesetengah keadaan, penyakit yang dihidapi ini mungkin dikecualikan daripada perlindungan insurans anda.
Atas sebab-sebab ini, polisi insurans dengan pembaharuan tidak terjamin biasanya ditawarkan pada harga yang lebih murah.
5. Tempoh Menunggu atau Tempoh Matang Medical Card
Kebanyakan pelan insurans perubatan tertakluk pada tempoh menunggu atau tempoh matang yang perlu dipatuhi oleh pemegang polisi. Ini bermaksud, anda tidak boleh menggunakan kad perubatan tersebut di mana-mana hospital panel atau membuat sebarang tuntutan insurans untuk tempoh masa tertentu.
Tempoh matang medical card biasanya sekitar 30 hingga 120 hari dari tarikh pembelian polisi insurans. Tempoh menunggu ini bertujuan untuk memastikan anda berada dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang penyakit-penyakit kritikal sepanjang tempoh ini.
Ada sesetengah syarikat insurans yang tidak menawarkan tempoh menunggu untuk jenis-jenis perlindungan tertentu seperti perlindungan terhadap kemalangan. Perlindungan terhadap kemalangan berkuat kuasa serta-merta kerana kemalangan berisiko berlaku pada bila-bila masa.
Bagi tempoh matang yang lain, anda boleh rujuk maklumat seperti berikut:
- Demam (sakit-sakit biasa) – selepas 30 hari (pay and claim). GL akan berkuat kuasa selepas 90 hari-120 hari bergantung pada syarikat insurans;
- 36 penyakit kritikal – selepas 90 hari. Tetapi jika ada keraguan, siasatan akan dijalankan sama ada penyakit wujud sebelum ambil polisi atau tidak (pay and claim);
- Penyakit yang ditentukan – selepas 120 hari. Tetapi jika ada keraguan, siasatan akan dijalankan sama ada penyakit wujud sebelum ambil polisi atau tidak (pay and claim).
6. Pengecualian
Polisi insurans perubatan dan kesihatan tidak melindungi semua jenis penyakit. Ada pengecualian-pengecualian tertentu atau kategori penyakit tertentu yang tidak dilindungi insurans terutamanya penyakit kronik atau penyakit kritikal.
Sebagai contoh, sekiranya pemegang polisi sudah menghidap penyakit kanser sebelum mendapatkan medical card, kos rawatan bagi penyakit tersebut tidak akan ditanggung dan akan dikecualikan oleh syarikat insurans.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pengecualian insurans, anda boleh rujuk artikel Kategori Penyakit yang Tidak Dilindungi Insurans ini.
7. Hospital Panel
Hospital panel adalah hospital yang menerima kad medical anda. Ini bermaksud, anda boleh mendapatkan rawatan di mana-mana hospital panel yang tersenarai dalam kad perubatan anda. Jika hospital panel terlalu jauh dari lokasi tempat tinggal anda, ia mungkin menyukarkan akses sekiranya berlaku apa-apa kecemasan atau musibah.
Oleh sebab itu, anda perlu teliti hospital panel swasta berdekatan yang menerima kad perubatan anda ini. Ia memudahkan anda mendapatkan akses kepada hospital panel yang lebih menyeluruh sekiranya berlaku kecemasan.
8. Harga Bilik dan Penginapan
Setiap medikal kad memperuntukkan amaun tertentu untuk harga bilik dan penginapan di hospital. Jika anda mengambil pelan insurans kesihatan yang lebih mahal, anda akan dimasukkan ke bilik seorang tanpa berkongsi dengan pesakit lain.
Jika anda memilih pelan dengan harga bilik RM200, anda layak untuk mendapatkan bilik yang berharga tidak melebihi kelayakan yang ditetapkan. Namun jika anda ingin menginap di bilik yang lebih mahal, anda perlu menanggung sendiri lebihan bayaran tersebut.
9. Medical Card Standalone atau Rider
Di Malaysia, terdapat dua jenis medical card yang boleh dipertimbangkan oleh anda – kad perubatan standalone vs kad perubatan rider. Berikut beza antara medikal kad standalone dan rider untuk panduan anda:
Kad Perubatan Standalone | Kad Perubatan Rider | |
Maksud/Definisi |
|
|
Harga Premium Insurans |
|
|
Kesesuaian Produk |
|
|
Kelebihan |
|
|
Kekurangan |
|
|
10. Medical Card: Pelan Individu vs Pelan Keluarga
Bagi golongan ibu bapa misalnya, sudah tentu perlindungan insurans ahli keluarga menjadi salah satu perbelanjaan wajib yang perlu dimasukkan dalam perancangan komitmen bulanan selain cukai jalan kenderaan, tabung korban dan lain-lain lagi.
Insurans kesihatan boleh menjadi komitmen kewangan yang agak tinggi lebih-lebih lagi jika anda mempunyai bilangan tanggungan yang ramai. Oleh sebab itu, ramai individu yang berkeluarga memilih pelan perlindungan keluarga berbanding pelan individu.
i. Pilihan A – Pelan Individu
Andaikan setiap seorang dalam keluarga dilindungi oleh pelan standard dengan anggaran harga medical card sekitar RM150 seorang. Maka, kos keseluruhan yang perlu ditanggung untuk empat orang setiap bulan adalah sebanyak RM600 atau RM7,200 setahun.
ii. Pilihan B – Pelan Keluarga
Biasanya, harga medical card untuk satu pelan insurans keluarga untuk empat orang bermula pada RM350 dan ke atas bergantung pada polisi yang anda pilih. Sebagai contoh, jika kos untuk pelan insurans keluarga adalah sebanyak RM450 sebulan, anda boleh jimat sekurang-kurangnya RM150 setiap bulan atau RM1,800 setahun.
Secara asasnya, pelan keluarga lebih berbaloi untuk dimiliki berbanding pelan individu. Namun begitu, ia semestinya bergantung pada faktor-faktor tertentu lain yang boleh mempengaruhi harga premium insurans anda.
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan pelan individu atau pelan keluarga bagi membantu anda merancang kewangan anda dengan lebih baik, anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut.
11. Elaun Tunai Harian
Elaun tunai harian diberikan kepada pemegang polisi mengikut jumlah hari menginap di dalam wad. Elaun ini boleh digunakan untuk menampung sebarang kos tambahan jika dimasukkan ke hospital seperti kos membayar pembantu menjaga anak di rumah atau kos ulang-alik ke hospital.
Sekiranya anda bekerja sendiri atau berniaga, manfaat elaun tunai ini boleh bertindak sebagai pengganti pendapatan sepanjang tempoh anda tidak bekerja kerana sakit.
Kos rawatan di hospital semakin lama semakin meningkat. Oleh sebab itu, pelan medical card atau kad perubatan merupakan salah satu keperluan yang perlu dimiliki kerana ia mampu memberi perlindungan kepada anda dan keluarga sekiranya ditimpa musibah.
Untuk mendapatkan kad perubatan terbaik, anda bukanlah perlu pertimbangkan faktor harga medical card yang murah semata-mata. Ia perlu merangkumi keperluan dan kehendak anda, selain perlu mengambil kira kadar ekonomi dan kos perubatan semasa.
Sebagai contoh, kos pintasan rawatan sakit jantung di hospital swasta kini boleh mencecah sehingga RM140,000. Ambil kira anggaran kos rawatan ini dalam tempoh 10 tahun akan datang sama ada ia akan semakin bertambah atau sebaliknya.
Sebelum pilih insurans kesihatan, bandingkan semua insurans pilihan anda dengan had maksimum yang ditawarkan. Yang paling penting, pilih kad perubatan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan masing-masing. Sekiranya anda ingin mendapatkan insurans perubatan dan kesihatan terbaik, lawati laman web Qoala untuk info lanjut.
Qoala menyediakan rangkaian produk insurans kesihatan daripada beberapa syarikat insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat