Apa Itu Hibah Takaful Dan Kelebihannya

HIBAH dan TAKAFUL mempunyai maksud yang berbeza.

1) TAKAFUL adalah suatu konsep Islam yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama . Setiap pemegang Sijil Takaful akan menyumbang suatu jumlah yang telah ditetapkan oleh Syarikat Takaful ke sebuah tabung . Dana yang ada dalam tabung takaful ini akan di laburkan ke kaunter kaunter pelaburan  Patuh Syariah yang telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah .

Maka setiap kali berlaku bencana musibah ujian kepada Pemegang Sijil Takaful seperti kemalangan , sakit kronik , sakit biasa , cacat kekal dan seluruh kesakitan yang telah dipersetujui . Syarikat akan membayar pampasan atau membayar segala kos rawatan di Hospital Panel .

Jika berlaku kematian biasa atau apa jua jenis kematian, waris akan mendapat jumlah pampasan dengan kadar segera. Jumlah pampasan itu bergantung kepada Plan yang di ambil Peserta/pencarum . kebiasaannya pampasan kematian melibatkan jumlah yang banyak . Ia bermula dari RM350,000 sehingga 1 juta dan ke atas.

Setiap pampasan yang di bayar Syarikat Takaful di bayar menggunakan Dana tabung takaful , ianya  hasil dari caruman setiap peserta sijil takaful .

Setiap caruman yg disumbangkan oleh peserta pada setiap bulan/tahun akan mengalir padanya pahala kerana ianya digunakan untuk membantu peserta lain yang mengalami musibah,ujian , malapetaka . Juga membantu balu serta anak2 yang kematian suami dan ayah untuk meneruskan kehidupan.

2) MAKSUD HIBAH ?

Hibah ialah suatu akad pemberian(hadiah) harta kepada seseorang yang lain secara sukarela sewaktu hidup.pemilik harta ini bebas memberikan hartanya kepada sesiapa pun walaupun penerima bukan keluarganya atau bukan islam.

 

Maka , HIBAH TAKAFUL bermaksud peserta membuat satu perjanjian bersyarat dengan Syarikat Takaful untuk membayar jumlah caruman bulanan/tahunan yang telah Syarikat tetapkan . Apabila peserta meninggal atau mengalami cacat kekal , Syarikat Takaful akan menyerahkan hadiah pampasan kepada waris (penama waris peserta tentukan semasa hidup /sebelum mengalami cacat kekal ) .

jumlah HIBAH ialah berdasarkan Plan Sijil Hibah yang di sertai peserta . Jumlah HIBAH yang diserahkan kepada waris peserta ialah sebagai pengganti gaji kepada waris untuk meneruskan kehidupan .

Contoh Plan HIBAH TAKAFUL

  1. Caruman bulanan RM150 sebulan untuk pakej HIBAH RM350,000 sehingga RM1juta
  2. Caruman bulanan RM200 sebulan untuk pakej HIBAH RM500,000- RM4 juta
  3. Caruman bulanan RM60 sebulan untuk pakej HIBAH RM200,000

Jumlah sumbangan caruman peserta ditentukan oleh Syarikat Takaful berdasarkan perbezaan pekerjaan , umur , gaya hidup , juga jantina peserta.

kelebihan kepentingan hibah takaful

1)  Wang pampsan HIBAH dapat dalam kadar yang cepat ( sekitar 7  hari hingga 30 hari ) , sudah maklum bagaimana keadaan waris selepas kematian Suami sebagai tunggak keluarga .Waris tentunya amat memerlukan aset tunai dengan segera . Walaupun arwah meninggalkan harta yang banyak tetapi untuk mencairkan harta itu mengambil masa lama dan juga wang yang banyak.

2)  Pengagihan tidak melalui FARAID tetapi melalui akad perjanjian HIBAH ( 100 peratus milik waris). Hukum FARAID hukum yang bagus dan terbaik tapi manusia suka merosakkan undang2 ALLAH . selalu berlaku perebutan harta faraid , tentunya mangsa adalah waris atau anak2 arwah ,kesian . SO, hibah ni boleh digunakan waris untuk proses tuntutan harta faraid.

 

3)  HIBAH sebagai pengganti gaji arwah . waris dan keluarga boleh gunakan HIBAH untuk kos sara hidup .HIBAH boleh digunakan untuk kos pengajian anak2 . Tentunya HIBAH ini teramatlah penting bagi sesebuah Institusi kekeluargaan.

Ingat , menjadi suatu kewajiban kepada ketua keluarga untuk sediakan HIBAH kepada keluarga. Jangan tinggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta.