fbpx

8 Perkara Takaful
Setiap Pasangan Hamil Wajib Tahu

Melahirkan anak ke dunia merupakan suatu pengalaman yang menggembirakan, menekankan dan penuh dengan ketidaktentuan, terutamanya bagi mereka yang menjadi ibu bapa untuk pertama kalinya. Dari merancang demi masa hadapan sehingga membuat persediaan kewangan untuk keluarga, menghias tempat tidur bayi atau memilih nama untuk anak anda, terdapat pelbagai persediaan yang perlu dibuat untuk menyambut cahaya mata anda ke dunia.

Dengan tanggungjawab yang begitu banyak, mendapatkan perlindungan takaful yang sesuai untuk bakal ibu dan bayi dalam kandungan tentu jauh dari fikiran anda. Akan tetapi, kehamilan tidak semestinya merupakan suatu perjalanan mudah untuk si ibu atau anak. Masalah boleh berlaku semasa kehamilan, ataupun bayi anda mungkin dijangkiti penyakit golongan kanak-kanak, dan ia menyebabkan kos rawatan hospital pada waktu itu mungkin lebih tinggi dari jangkaan.

Daripada terus risau tentang kemungkinan ditimpa musibah atau masalah kewangan, adalah lebih baik anda mempertimbangkan untuk mendapatkan pelan takaful yang sesuai. Ini akan memberikan anda ketenangan fikiran sebelum memulakan perjalanan anda sebagai ibu bapa yang baru

1. Perlindungan takaful boleh dipohon untuk wanita mengandung serta bayi dalam kandungan dari minggu ke-14 kehamilan
PruBSN Impian memberikan perlindungan kepada wanita mengandung serta bayi dalam kandungan seawal minggu ke-14 kehamilan dengan sumbangan bulanan bermula serendah RM50.

2. Komplikasi mungkin berlaku sewaktu kehamilan
Komplikasi kehamilan merupakan sesuatu yang biasa termasuklah penyakit seperti  tekanan darah yang tinggi, diabetes semasa hamil, kelahiran awal ataupun keguguran. PruBSN Impian dengan rider Infant Secure memberikan perlindungan kewangan kepada bakal ibu dan bayi dalam kandungan sekiranya berlaku komplikasi seperti abrupsi plasenta, embolisme cecair ketuban dan pre-eklampsia. 

Selain dari memberi pampasan untuk rawatan pesakit luar ataupun kemasukan hospital*, sijil takaful juga mempunyai manfaat kematian ke atas anak anda dari hari pelan diluluskan, walaupun masih bayi dalam kandungan.

3. Kecederaan dan penyakit sewaktu fasa kanak-kanak merupakan sesuatu yang biasa
Fasa kanak-kanak adalah waktu penuh kegembiraan dan pertumbuhan, serta berisiko ditimpa penyakit atau kecederaan. Sama ada patah tulang, penyakit biasa seperti asma ataupun penyakit kanak-kanak yang jarang berlaku, rider

HealthProtector di bawah PruBSN Impian akan membayar balik segala bayaran kemasukan hospital atau rawatan pesakit luar* sehingga anak anda mencapai umur 25 tahun. Anda juga menerima bayaran sekaligus sekiranya anak anda didiagnosis dengan mana-mana 43 penyakit kritikal – manfaat ini akan aktif sepanjang waktu perlindungan dengan rider Crisis Protector.

4. Tidak terlambat untuk melindungi anak anda dengan takaful
Sekiranya anda tidak sempat mendaftar untuk PruBSN Impian sewaktu anak anda dalam kandungan, jangan risau. Kanak-kanak masih layak mendapat manfaat dan perlindungan di bawah sijil takaful ini dari umur 14 minggu gestasi sehingga 18 tahun.

5. Pertimbangkan untuk mendapat sijil takaful untuk jangka waktu yang panjang
Dengan tempoh tamat perlindungan sehingga umur 100 tahun, anak anda dapat menerima perlindungan dan manfaat dengan PruBSN Impian sepanjang kehidupan mereka. Selain dari perlindungan berkaitan kehamilan, perlindungan dan manfaat yang diberikan sijil ini dapat dinikmati oleh anak anda dari fasa kanak-kanak sehingga dewasa.

Perlindungan bagi penyakit kanak-kanak di bawah rider Vital Care Plus akan ditukar secara automatik kepada rider Crisis Protector supaya anak anda akan terlindung selepas umur 25 tahun. Rider yang lain boleh ditambah kepada pelan

anda mengikut kesesuaian perlindungan yang anda perlukan.

6. Anugerah kewangan boleh menggalak kecemerlangan akademik

Beri galakkan kepada anak anda untuk mencapai kecemerlangan akademik melalui EduAchieve Bonus. PruBSN Impian memberikan ganjaran wang tunai kepada anak anda bagi pencapaian cemerlang dalam peperiksaan peringkat negara ataupun kursus yang ditawarkan oleh universiti awam bertauliah di Malaysia.

7. Buat simpanan awal demi masa depan anak anda
Dengan rider Takaful Saver Impian, PruBSN Impian menjadi jawapan yang mudah untuk membuat simpanan dan segala pulangan yang diperoleh menerusi pelan berkaitan pelaburan ini boleh dihadiahkan kepada anak anda dalam bentuk wang tunai apabila mereka mencapai umur 19 tahun. Pulangan ini boleh digunakan untuk pendidikan tinggi, membeli hadiah, dijadikan wang simpanan, atau membiayai impian dan rancangan masa depan mereka.

8. Perkara yang paling buruk mungkin berlaku
Sebagai ibu bapa, kita pasti inginkan anak-anak kita terlindung sekiranya yang terburuk berlaku. Contributor Parent Protect adalah rider tambahan yang bertujuan memastikan sumbangan sijil anak anda akan berterusan sekiranya anda mati, hilang upaya kekal atau dijangkiti salah satu dari penyakit kritikal yang

tertentu. Contributor Parent Protect akan membayar sumbangan bulanan anak anda sehingga mereka mencapai umur 25 tahun.

Semua ibu bapa inginkan kehamilan yang selamat dan tenang, tetapi tidak salah membuat persediaan untuk sebarang kemungkinan. Walaupun perjalanan kehamilan penuh dengan cabaran, proses membuat persediaan dari segi perubatan dan kewangan tidak harus begitu.

Hubungilah Agen Takaful kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PruBSN Impian!

*Terma tertakluk