fbpx

Bagaimana Saya Boleh Jadi Ejen Insuran

Teringat dulu masa kecil-kecil cikgu pernah tanya dah besar nanti nak kerja apa? Biasanya kita akan jawab jawapan standard seperti doktor, jurutera dan peguam. Tak pernah pun saya tengok kawan kawan letak cita-cita sebagai ejen insurans. Cita-cita saya yang sebenar adalah nak menjadi seorang pegawai bank. Bila tamat degree.. saya dah capai pun dah cita-cita saya tu. Saya kerja di bahagian IT selama 10 tahun di sebuah bank tempatan yang terbesar di Malaysia. Tapi saya rasa tak puas sebab jiwa saya masih kosong.

Bekerja dengan bank membuatkan saya cukup selesa. Dapat kahwin, dapat anak, dapat beli rumah yang selesa dan kereta idaman. Boleh dikatakan almost perfect hidup saya dulu.

Tetapi pada satu hari satu krisis telah melanda kehidupan rumah tangga saya dan saya terpaksa memilih jalan untuk bercerai dan berpisah. Jadi rumah dan kereta saya tepaksa jual. Saya cuma ada sebiji motor sahaja dan hutang yang banyak akibat bayar loss after sale.

Dengan keadaan hutang yang banyak jadi saya banyak berdoa dan berfikir apa benda yang aku nak buat ni ha? Kalau terus makan gaji dengan bank mungkin susah nak kaya.

Jadi saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke bank lain dan berhijrah sebagai Penasihat Kewangan. Di bank tersebut saya mula belajar bagaimana untuk menjual produk-produk bank seperti simpanan insurans dan investment.

Manager saya telah letak target yang tinggi untuk saya capai setiap bulan sekiranya saya tak capai maka dia akan call bising bising memekak tanya pasal target dah achieve ke belum? Ia membuatkan saya stress

jadikan saya stress tapi saya teruskan juga saya terus buat dan buat dan tak sangka saya dapat capai salah seorang top sale pada tahun itu dan saya dapat pergi ke luar negara hasil jualan saya yang tinggi. 

Saya juga berkecimpung untuk buat Unit Trust Dan saya juga dapat qualify untuk pergi ke luar negara. Jadi apa masalahnya Masalahnya adalah bila kita sudah capai target maka manager kita akan letak target yang lebih tinggi. Maka saya pun buat jugak banyak-banyak. Masalahnya disini bukannya kita yang dapat komisen tu.  Komisen kita dapat sikit saja.  Pihak bank lah yang dapat banyak.  Apa alasan bank?  Dia cakap dia dah bagi basic salary.  So tak perlulah bagi komisyen banyak-banyak.

Jadi saya pun terfikir kalau macam saya buat sale di luar sana seperti ejen-ejen full time maka saya akan dapat komisyen yang tinggi seperti mereka.  Tetapi saya ada satu ketakutan iaitu bagaimana kalau saya gagal bagaimana kalau saya tak dapat buat jualan?  Bagaimana saya nak dapat income?  Bagaimana saya nak bayar hutang hutang?  Saya takut dan saya pendam dulu keinginan nak buat full time commision earner, sebab saya takut saya tak boleh buat.

Tiba tiba suatu hari kawan saya kata dia nak pergi interview untuk kerja baru.  “Kau boleh teman aku tak?” dia tanya saya. Saya cakap okay je…  Lepas tu nak dijadikan cerita saya masuk sekali dalam interview tu just nak dengar apa manager insurans tu cakap apa dekat kawan saya.  Manager tu cakap akan bagi 12 bulan punya gaji untuk sebagai bantuan untuk bertahan dalam bidang saless. Dalam fikiran saya ini adalah satu peluang yang bagus sebab sekiranya saya tak capai target jualan saya. Saya masih ada basic tapi tak banyaklah yang dia offer cuma RM2,000 jer sebulan x 12 bulan.

Kawan saya tu takut nak terima offer.  Saya cuma duduk sebelah dia yang tak ada kena-mengena dengan interview tu.  Saya cakap dekat boss tu “Saya naklah terima offer ni” Maka pada bulan September tahun 2007 saya memulakan karier saya sebagai ejen insurans full time di Prudential.

 

Saya mula-mula ingat kan senang tapi banyak cabaran sebenarnya.  Mula mula saya plan nak jumpa balik kawan kawan lama di bank. Malangnya saya di tak ada siapa pun support saya malah dia orang tuduh saya penipu!?  Selama ni saya tak pernah tipu orang pun. Tapi asal bukak mulut nak cerita pasal insuran macam macam alasan mereka. Yang tak masuk akal pun ada. Itulah adat manusia bila kawan nak naik… tak pernah nak support .. kondem kan lagi adalah.. Tak apalah saya terus try family pula…. mana tahu dia orang akan support. Saya mula bercerita pasal insuran dan takaful kepada ahli keluarga saya tapi mereka cuma dengar je tapi tak ambil pun insuran tu.  Malah kena perli lagi ada.. bila saya ajak borak sembang.. ada yang perli.. nak cerita pasal insuran lah tu… 

 Saya menemui jalan buntu.  Saya tanya bos saya macam mana nak buat ni boss?  Boss saya cakap ambil telefon start call stranger orang yang kau tak kenal untuk terus beli insurans.  Alamak! Saya mana ada duit nak beli kredit.  Nak beli minyak motor pun tak cukup duit. Lepas tu nak pergi appointment mesti nak jumpa dekat kedai mamak. Mana tahu prospek tu minta saya belanja teh tarik pun saya tak ada duit …. jadi macam mana saya??? 

Saya dah decide untuk buat bisnes ni all out… Takkan saya nak masuk balik kerja makan gaji?  Saya mesti teruskan walau apa pun terjadi! Saya mesti cara jalan untuk selesaikan masalah ni.  Semangat masih ada tapi modal nak bergerak ke sana ke sini takde.  Saya terfikir apa kata kalau saya approach orang macam saya pun orang dekat bank dulu…. jumpa orang dekat depan bank.  Saya percaya dekat bank mesti ada oranf nak keluarkan duit dari ATM machine. Maknyanya mereka mesti ada duit dalam akaun. 

Saya pun mula pasang meja dan kerusi dan start approach orang yang pergi bank.  Selepas mereka keluar daripada bank… saya terus tanya minat tak nak simpan duit dekat tempat yang boleh bagi 1 Juta on the spot. Selepas setahun saya duduk depan bank untuk approach orang ramai. Akhirnya saya dapat mencapai target jualan saya dan target income saya. Saya dapat pasif pencapaian yang agak hensem. Dan saya di anugerahkan sebagai Star Club  Qualifier. 

Syukur alhamdullillah.. dapat balik gaji saya macam kerja kat bank dulu. Tapi takkan saya nak berpuas hati sampai dekat sini je. Kalau boleh saya nak naik pangkat jadi boss.  Syarat pertama untuk menjadi manager adalah kita kena buat sales sebanyak 250,000 setahun untuk capai anugerah Star Club sebanyak 2 kali berturut turut. Saya buka lagi satu meja depan bank di depan sebuah bank di Jalan Masjid India.  Dekat sini pun saya approach ramai orang. 

Mestilah ada yang nak, ada yang tak nak dan ada orang dia fikir dulu. So what??? Jawapan saya just approach next customer.  Tahun tu saya dapat anugerah jualan StarClub Germany.  Dalam masa yang sama saya rekrut cari orang yang sama-sama macam saya yang nak cari duit untuk setelkan hutang, untuk improvekan hidup mereka.  Jadi saya ada recruit beberapa orang dibawah saya. Prudential ni pula offer saya jadi manager bila kita dah capai 2 tahun Star kelab secara berturut-turut dan mempunyai downline sekurang-kurangnya minimum 5 orang maka kita layak untuk menjadi manager.

Secara tak langsung income Saya pun bertambah maka saya dapat selesaikan hutang hutang lapuk saya dan saya juga mampu membeli kereta dan rumah idaman saya.  Sekarang ni semua impian saya telah tercapai… alhamdulillah. Cuma tinggal nak setelkan hutang lagi satu rumah jer.  Impian saya ialah nak kaya sebelum mati dan saya nak ajak semua orang yang ada impian macam saya untuk bebaskan diri dari masalah hutang.  Yang  nak tambah income bolehlah join saya sebagai ejen insurans Prudential part time.  Kalau berminat boleh isi dekat orang bawah ni ataupun call ataupun WhatsApp saya