Perlindungan Khas COVID-19: Bantuan wang tunai sehingga RM2,000 jika dirawat di hospital & manfaat kematian sebanyak RM20,000
Semangat KITA BOLEH tetap kami semarakkan agar pelanggan kami sentiasa tenang di saat getir ini. Sebab itulah kami menawarkan Perlindungan Khas COVID-19
untuk pelanggan Prudential Malaysia dan pengguna berdaftar Pulse by Prudential.
Dapatkan bantuan wang tunai jika anda disahkan positif COVID-19 dan dirawat di mana-mana hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kami juga akan membuat pembayaran sekaligus sekiranya berlaku kematian.
Sebagai pelanggan Prudential Malaysia, anda dapat menggandakan perlindungan anda apabila anda mendaftar sebagai pengguna Pulse by Prudential.
Muat turun aplikasi dari App Store atau Google Play.
Bagi pelanggan Prudential Malaysia yang layak (dibayar 1x) | Bagi pelanggan Prudential Malaysia yang layak dan mendaftar di aplikasi Pulse by Prudential (dibayar 2X) | Bagi pengguna Pulse yang mendaftar di aplikasi Pulse by Prudential | |
Tempoh Perlindungan | 1 Mei 2020 – 31 Dis 2020 | 1 Mei 2020 – 31 Dis 2020 | 1 Mei 2020 – 31 Dis 2020 |
Bantuan Wang Tunai | Bantuan wang tunai RM1,000 | Bantuan wang tunai RM2,000 | Bantuan wang tunai RM1,000 |
Manfaat Kematian | Bayaran sekaligus RM10,000 | Bayaran sekaligus RM20,000 | Tidak berkenaan |
Had Tuntutan | RM1,000,000 | RM300,000 Dibiayai oleh Dana CSR Prudential | |
Kelayakan | Pelanggan Prudential Malaysia | 1. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap Malaysia; dan 2. Berumur 17 tahun dan ke atas |
Perlindungan diberikan kepada pengguna berdaftar Pulse by Prudential, dan semua individu yang mempunyai polisi/sijil Jaminan Hayat/Orang yang Dilindungi termasuk ahli-ahli polisi/sijil berkumpulan (cth. polisi/sijil MRTA/MRTT) yang dikuatkuasa dan diunderait oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad atau Prudential BSN Takaful Berhad.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
*Dari 1 Mei hingga 31 Dis 2020 atau sehingga jumlah bayaran keluar mencapai had RM1 juta (bagi Pelanggan Prudential) dan RM300,000 (bagi pengguna berdaftar Pulse by Prudential), mana-mana yang terdahulu.
*Tiada manfaat yang boleh dibayar jika diagnosis COVID-19 sebelum tarikh permulaan risiko atau tarikh pengembalian semula, mana-mana yang kemudian.
*Hanya 1 tuntutan boleh dibuat daripada Prudential Assurance Malaysia Berhad atau Prudential BSN Takaful Berhad.
*Tuntutan hendaklah diserahkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kejadian (diagnosis/kemasukan hospital atau kematian). Jika tidak, pihak menuntut tidak layak menerima manfaat.