8 SEBAB KENAPA PATUT JADI EJEN TAKAFUL TAHUN NI

    Saya kira anda pernah dengar dan jumpa orang yang menjadi ejen takaful.
    mesti anda tertanya-tanya kenapa mereka kekal jadi ejen takaful dan berjaya membina kewangan dan kehidupan yang stabil dan malah berjaya

    Ini 8 sebab kenapa patut anda sertai kami menjadi ejen takaful dan buat bisnes takaful sesegra mungkin dari sekarang

    1) Modal bisnes yang murah. Tahu tak nak jadi ejen takaful ini hanya perlu ambil peperiksaan TBE yang hanya serendah RM80. Dan peperiksaan ini pula boleh pula diambil secara online dari rumah anda tanpa pelu kita bergerak ke mana-mana.

    2) Masa fleksible. Perasan tak kebanyakan ejen takaful termasuk diri saya sendiri bermula sebagai part-timer dan kemudian full-time. Saya sendiri bermula semasa masih lagi di bangku universiti tahun-3. Yang menariknya bisnes ni langsung tak ganggu masa belajar saya dan boleh buat dimana-mana sahaja.

    Selepas belajar, saya bekerja di singapura, Dan ya saya masih teruskan buat bisnes takaful dengan bantuan internet dan whatsaap. Alhamdulillah 2016 saya fulltimer dan kini menjadi Agency Manager dalam syarikat yang saya wakili.

    Jikalau anda masih bekerja sudah tentulah boleh sangat buat bisnes takaful dan jadi ejen takaful bersama kami

    3) Market@Pasaran. Pasaran bisnes takaful ini sangatlah luas dalam Malaysia. Sehingga kini hanya ada 15% sahaja orang yang ada Takaful. Ertinya banyak lagi orang yang belum bertakaful.  Ini membuktikan masih ramai lagi yang belum ada kesedaran dan belum ada yang datang menyedarkan mereka.

    Maka sebab itu anda yang dah ada kesedaran ini harus jadi perantara membantu mereka memahami dan menyantuni mereka agar ambil plan untuk family mereka.

    Sayang sangat-sangat kan kalau orang yang kita kenali, keluarga kita, atau pun kawan-kawan tempat kerja kita tu tinggalkan keluarga tanpa ada sebarang duit simpanan kecemasan. Kita sebagai ejen kerjanya nak pastikan mereka dilindungi.

    4) Kerjaya ada kebaikan dunia akhirat. Ini sebab yang saya paling suka. Bayangkan tugas kita ni dalam takaful sebenarnya ajak orang untuk buka satu akaun, atau satu tabung untuk sedekah.

    takaful itu sendiri guna konsep tabaru’.

    Tabarru’ merupakan perkataan Arab yang menerangkan tentang derma atau hadiah ikhlas yang diberikan oleh seseorang untuk memenuhi keperluan seperti yang dituntut dalam Islam untuk memberikan bantuan bersama kepada orang lain.

    Ertinya sesama peserta takaful saling melengkapi satu sama lain dan berikan bantuan semasa kita mencarum duit takaful. Bayangkanlah berapa banyak pahala yang insyallah akan dapat dalam kantung pahala kita nanti.

    Selaku ejen, kita pula akan jadi orang yang mempromosi atau dakwah kan rakan-rakan kepentingan bertakaful. Woowww!!  mestinya benda ini satu perkara yang best dan padu sebab kita terlibat untuk promosi kebaikan sesama umat manusia

    5) Komisyen yang menarik. Dalam bisnes takaful juga, ada reward yang diberikan. Kita diberikan bahagian dari yuran wakalah. Ini adalah hadiah atas usaha keras kita membantu orang dan selamatkan orang.

    Komisyen ejen takaful ini pula diberi selama 6 tahun bagi produk hayat dan 10 tahun bagi produk medical. Ertinya sekali jualan, kita mendapat keuntungan sehingga 72 kali atau 72 bulan. Ini adalah bisnes terbaik yang sepatutnya kita sertai dan kita buat tahun ini.

    Bisnes apakah yang boleh berikan kita keuntungan secara berterusan dalam satu jualan sahaja. ya bisnes takaful adalah pilihannya untuk anda lakukannya kini dan sekarang.

    7] Kenaikan pangkat. bisnes ini tidak statik.  Kenaikan pangkat  boleh dicapai dengan proses recruitment dan perkembangan agensi, ini secara automatik membantu lebih ramai orang mencapai impian mereka untuk mendapatkan kewangan dan kehidupan yang lebih baik melalui jalan bisnes takaful.

    8] LEGASI ; Bisnes takaful membolehkan anda selaku ejen membina legasi perniagaan dan legasi keluarga. tahu tak bisnes ini boleh diwarisi oleh ahli keluarga kita. ya boleh diwarisi. bukan hanya harta kita boleh diwarisi, tapi bisnes ini adalah satu bisnes yang komisyennya, agentnya, client yang ada ambil polisi dengna kita boleh diwarisi.