10 Tips Renew Insurans & Roadtax Kereta Supaya Tak Rugi (2025)

10 Tips Renew Insurans & Roadtax Kereta Supaya Tak Rugi (2025)

10 Tips Renew Insurans & Roadtax Kereta Supaya Tak Rugi (2025)

Setiap tahun bila tiba masa untuk renew insurans dan roadtax kereta, ramai yang buat keputusan tergesa-gesa tanpa kaji betul-betul. Akibatnya, ramai juga yang terlebih bayar, ambil pelan yang tak sesuai atau langsung tak sedar hak mereka sebagai pemilik kenderaan.

Artikel kali ni akan kupas 10 tips penting untuk bantu anda buat keputusan lebih bijak dan jimat semasa renew insurans dan roadtax kereta secara online atau offline.


1. Semak NCD (No Claim Discount) Anda

NCD ialah diskaun untuk pemandu yang tidak buat tuntutan dalam tempoh perlindungan. Diskaun ini boleh mencecah hingga 55% selepas 5 tahun tanpa claim. Pastikan agen anda masukkan NCD yang betul. Anda boleh semak NCD terkini melalui portal MyCarInfo.

2. Bandingkan Beberapa Syarikat Takaful/Insurans

Jangan hanya terima sebut harga dari satu tempat. Bandingkan harga daripada beberapa penyedia seperti:

  • Etiqa Takaful
  • Zurich Takaful
  • Tune Protect
  • Takaful Ikhlas

Harga berbeza walaupun kereta sama. Perbandingan ini penting untuk dapatkan nilai terbaik.

3. Faham Beza Takaful & Insurans Konvensional

Takaful ialah perlindungan berasaskan prinsip tolong-menolong dan patuh syariah. Insurans konvensional pula berasaskan kontrak keuntungan. Pilih ikut prinsip dan keperluan anda.

4. Tentukan Nilai Perlindungan (Sum Insured) Yang Realistik

Jangan under-insured atau over-insured. Nilai perlindungan mestilah berdasarkan nilai pasaran (market value) kenderaan anda. Boleh semak nilai semasa di CarBase.my.

5. Pertimbangkan Perlindungan Tambahan

Antara addon yang berguna termasuk:

  • Perlindungan cermin (windscreen)
  • Perlindungan banjir (special peril)
  • Personal accident driver & penumpang

Add-on ni kadang-kadang hanya tambah RM30-RM100, tapi beri ketenangan bila musibah berlaku.

6. Gunakan Platform Sah & Dipercayai

Jangan renew dengan agen tidak berdaftar atau platform mencurigakan. Pastikan anda renew melalui agensi rasmi atau laman seperti abanginsuran.com yang sah & berdaftar dengan PIAM/BNM.

7. Semak Polisi dengan Teliti Sebelum Bayar

Sebelum tekan butang bayar, semak:

  • Jenis perlindungan (Comprehensive/Third Party)
  • Tempoh polisi
  • Butiran kenderaan & pemilik
  • Jumlah premium

Elak tersilap dan menyusahkan proses claim nanti.

8. Perbaharui Awal – Elak Saman & Kenaikan Harga

Anda boleh renew sehingga 2 bulan awal sebelum tarikh tamat tempoh. Jangan tunggu saat akhir – sistem JPJ boleh delay, dan anda mungkin dikenakan penalti jika lewat.

9. Simpan Polisi Dalam Bentuk Digital & Cetak

Selepas berjaya renew, simpan polisi dalam bentuk PDF di telefon dan juga cetak satu salinan sebagai backup.

10. Renew Sekali Insurans + Roadtax

Lagi senang bila buat sekali gus. Tak perlu ulang-alik. Anda boleh pilih untuk:

  • Self-collect di kiosk/agen
  • Atau delivery ke rumah

Soalan Lazim (FAQ)

Q: Wajib ke ambil insurans comprehensive?

A: Tak wajib, tapi digalakkan terutama untuk kereta yang masih ada nilai tinggi.

Q: Kalau accident, berapa cepat boleh buat claim?

A: Biasanya dalam 7-14 hari bekerja jika dokumen lengkap.

Q: Boleh renew roadtax tanpa insurans?

A: Tak boleh. Insurans sah perlu ada sebelum sistem JPJ benarkan renew roadtax.


✅ Nak Renew Sekarang Tanpa Pening Kepala?

Renew insurans & roadtax anda secara mudah dan sah hanya di:

➡ abanginsuran.com

Fast response, full support & delivery sampai rumah!