Kempen Stay Safe & Save Dapatkan potongan sebanyak RM80 bagi pembelian produk/perkhidmatan DoctorOnCall dengan langganan sijil baru PruBSN Setia atau PruBSN Impian.

Kempen Stay Safe & Save Dapatkan potongan sebanyak RM80 bagi pembelian produk/perkhidmatan DoctorOnCall dengan langganan sijil baru PruBSN Setia atau PruBSN Impian.

1) Kempen PruBSN Stay Safe & Save (“Kempen”) dianjurkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN” atau “kami”). Dengan menyertai Kempen
ini, anda (“anda” atau “pelanggan”) mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat Kempen ini
dan dengan apa-apa perubahan atau pengubahsuaian yang dilakukan. Sekiranya ada sebarang perubahan atau pengubahsuaian, akan kami
maklumkan. Dengan menyertai Kempen ini, anda juga bersetuju untuk terikat dengan Polisi Privasi PruBSN.
2) Kempen ini melibatkan usahasama dengan BoostTM eWallet (“Boost”) dan DoctorOnCall.
3) Kempen akan berakhir pada 31 Mei 2020.
4) Kelayakan Kempen:
a) Pelanggan yang menyertai sijil baharu (Perniagaan Baharu) di bawah pelan PruBSN Asaslink dengan mengemukakan Borang Cadangan kepada
PruBSN semasa Tempoh Kempen dan sijil tersebut diluluskan dan dikeluarkan pada atau sebelum 15 Jun 2020 (“Pelanggan yang Layak”).
b) Pelanggan yang Layak mesti mengemukakan Borang Cadangan melalui PruBSN Mobility dan sijil mesti berkuat kuasa dan semua bayaran
sumbangan adalah terkini (“Sijil yang Layak”). Sijil yang Layak dengan bayaran sumbangan yang masih tertunggak apabila tamat tempoh 30
hari akan hilang kelayakan daripada menerima Hadiah Kempen.
5) Hadiah Kempen:
a) Setiap Sijil yang Layak akan diberi baucer sebanyak RM80 di dalam aplikasi Boost (“Boost Voucher”) yang akan dimasukkan ke dalam
akaun Boost Pelanggan yang Layak (menerima Push Notification untuk Boost shake reward > shake and receive RM80 DoctorOnCall
voucher > Loyalty Page > Tap My Rewards > dapatkan baucer Boost di sini) ini hanya terpakai untuk pembelian yang dibuat di platform
khidmat rundingan farmasi dan doktor dalam talian di https://www.doctoroncall.com.my/
b) Boost Voucher ini hanya sah selama 6 bulan setelah dimasukkan ke dalam akaun Boost Pelanggan yang Layak dan hanya boleh digunakan
sekali sahaja. Sekiranya nilai pembelian kurang daripada nilai Boost Voucher, baki tidak akan dipulangkan atau dibawa ke hadapan.
6) Untuk menerima Hadiah Kempen:
a) Pelanggan yang Layak mesti menjadi Pengguna Boost yang berdaftar pada masa permohonan cadangan bagi Sijil yang Layak.
b) Nombor telefon bimbit (“Nombor Telefon Bimbit”) Pelanggan yang Layak (Pemegang Sijil) yang diberikan kepada PruBSN semasa permohonan
cadangan mestilah sama dengan nombor telefon bimbit Akaun Boost Pelanggan yang Layak untuk penerimaan Hadiah Kempen.
c) Sekiranya Pelanggan yang Layak ingin menukar Nombor Telefon Bimbit bagi penerimaan Hadiah Kempen, Pelanggan yang Layak boleh
mendapatkan bantuan daripada ejen masing-masing untuk mengemas kini ke nombor telefon bimbit baharu (“Nombor Telefon Bimbit
Baharu”) terkini sebelum atau pada 15 Jun 2020. Nombor Telefon Bimbit Baharu yang disediakan mestilah milik pelanggan sedia ada PruBSN
dan juga didaftarkan dengan Boost. Pelanggan yang Layak adalah bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul daripada
Nombor Telefon Bimbit Baharu yang diberikan kepada PruBSN bagi penerimaan Hadiah Kempen.
d) Sekiranya Nombor Telefon Bimbit yang diberikan adalah nombor yang tidak sah, Hadiah Kempen akan dilucut hak.
e) Dengan memberikan maklumat yang diperlukan, Pelanggan yang Layak dengan ini memberi keizinan dan bersetuju untuk PruBSN mendedahkan
segala butiran kepada Boost dan/atau penyedia perkhidmatan dan/atau pihak ketiga yang diberi kuasa untuk melaksanakan segala keperluan
Kempen.
7) Hadiah Kempen akan diberikan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2020 kepada semua Pelanggan yang Layak yang telah memberikan Nombor Telefon
Bimbit yang sah yang didaftarkan dengan Boost dan Sijil yang Layak mesti berkuat kuasa semasa Hadiah Kempen diberikan. Pelanggan yang Layak
akan dimaklumkan melalui SMS setelah Hadiah Kempen dipenuhi.
8) Pelanggan yang Layak hendaklah bertanggungjawab pada setiap masa untuk memastikan ketepatan maklumat mereka.
9) PruBSN akan melaksanakan budi bicaranya dalam urusan pertikaian berkaitan Kempen ini, dan boleh menggantikan Hadiah Kempen dengan
hadiah/ganjaran dalam sebarang bentuk lain yang setara dengan nilai.
10) Bagi semua tujuan dan kegunaan, Hadiah Kempen yang diberikan di bawah terma dan syarat ini tidak boleh dianggap sebagai variasi kepada
terma dan syarat di bawah Cadangan (“Terma” atau “Syarat”). Terma dan syarat ini akan terus berkuat kuasa dan dilaksanakan sepenuhnya.
Semua cadangan adalah tertakluk pada pemprosesan standard dan/atau peraturan pengunderaitan PruBSN.
11) Apabila Hadiah Kempen telah berjaya dimasukkan ke dalam akaun Boost Pelanggan yang Layak, PruBSN akan dilepaskan sepenuhnya dari
kewajipannya di bawah Kempen ini dan tidak mempunyai kewajipan lanjut berkaitan dengan Kempen ini.
12) Penggunaan Hadiah Kempen walaubagaimanapun adalah tertakluk pada Terma dan Syarat penuh Boost dan DoctorOnCall dalam memanfaatkan
Boost Voucher ini di dalam aplikasi berkenaan.

Tekan Butang Whatsapp Untuk Bantuan Segera