Senarai Penyakit Kritikal Yang Prudential Cover

1
SENARAI PENYAKIT KRITIKAL
PruBSN AsasLink & PruBSN AnugerahPlus sahaja Produk-produk lain
1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk 1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
2. Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk
Penyakit Arteri Koronari
2. Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk
Penyakit Arteri Koronari
3. Sindrom Apalik 3. Meningitis Bakteria
4. Meningitis Bakteria 4. Tumor Otak Benign
5. Tumor Otak Benign 5. Buta
6. Buta 6. Pembedahan Otak
7. Pembedahan Otak 7. Kanser
8. Kanser 8. Kardiomiopati
9. Kardiomiopati 9. Anemia Aplastik Kronik
10. Anemia Aplastik Kronik 10. Koma
11. Pankreatitis Kronik Berulang 11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
12. Koma 12. Pekak
13. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari 13. Ensefalitis
14. Pekak 14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Ensefalitis 15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
16. Kegagalan Hati Tahap Akhir 16. AIDS Dengan Gejala Penuh
17. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir 17. Hepatitis Viral Fulminan
18. AIDS Dengan Gejala Penuh 18. Serangan Jantung
19. Hepatitis Viral Fulminan 19. Pembedahan Injap Jantung
20. Serangan Jantung 20. Jangkitan HIV Melalui Tranfusi Darah
21. Pembedahan Injap Jantung 21. Kegagalan Buah Pinggang
22. Jangkitan HIV Melalui Tranfusi Darah 22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Kegagalan Buah Pinggang 23. Hilang Keupayaan Bertutur
24. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari) 24. Trauma Kepala Major (Teruk)
25. Hilang Keupayaan Bertutur 25. Transplan Organ Utama / Sumsum Tulang
26. Trauma Kepala Major (Teruk) 26. Penyakit Sistik Medular
27. Transplan Organ Utama / Sumsum Tulang 27. Penyakit Neuron Motor
28. Penyakit Sistik Medular 28. Sklerosis Multipel
29. Penyakit Neuron Motor 29. Kelumpuhan Anggota
30. Sklerosis Multipel 30. Penyakit Parkinson
31. Distrofi Otot 31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
32. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV)
Dijangkiti Melalui Pekerjaan 32. Penyakit Arteri Koronari Serius
33. Kelumpuhan Anggota 33. Strok / Angin Ahmar
34. Penyakit Parkinson 34. Pembedahan Aorta
35. Poliomielitis 35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Buah
Pinggang Yang Teruk
36. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer 36. Kelecuran Tahap Ketiga
37. Skleroderma Progresif
38. Penyakit Arteri Koronari Serius
39. Strok / Angin Ahmar
40. Pembedahan Aorta
41. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Buah
Pinggang Yang Teruk
42. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
43. Kelecuran Tahap Ketiga


43 TAKRIFAN PENYAKIT KRITIKAL
1 Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
Kemerosotan atau hilang keupayaan intelektual yang disahkan dengan penilaian klinikal dan ujian
imej diakibatkan olehPenyakit Alzheimer atau Demensia Teruk yang disebabkan oleh kecelaruan
otak organik yang tidak boleh pulih. Kejadian yang dilindungi ini mesti mengakibatkan pengurungan
ketara fungsi mental dan sosial yang memerlukan pengawasan berterusan ke atas Orang yang
Dilindungi. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar neurologi.
Berdasarkan definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(a) Kecelaruan otak bukan organik seperti neurosis;
(b) Penyakit psikiatrik;
(c) Kerosakan otak berkaitan dadah atau alkohol.
2 Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
Menjalani Angioplasti Belon Arteri Koronari, arterektomi, rawatan laser atau memasukkan sten
buat pertama kali untuk membetulkan satu atau lebih arteri koronari yang sempit atau tersumbat
seperti yang dibuktikan oleh angiografi.
Prosedur penyiasatan intra-arteri adalah tidak dilindungi. Pembayaran di bawah klausa ini adalah
terhad kepada sepuluh peratus (10%) daripada perlindungan Penyakit Kritikal di bawah sijil ini
tertakluk kepada maksimum RM25,000. Kejadian yang dilindungi akan dibayar sekali sahaja dan
akan ditolak daripada jumlah sijil ini, sekali gus mengurangkan amaun Bayaran Sekaligus yang
boleh dibayar.
3 Sindrom Apalik
Nekrosis umum korteks otak, dengan pangkal otak masih sempurna. Diagnosis mesti disahkan oleh
seorang pakar neurologi dan keadaan mesti didokumenkan untuk sekurang-kurangnya satu (1)
bulan.
4 Meningitis Bakteria – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan
Harian
Meningitis bakteria yang menyebabkan radang pada membran-membran otak atau saraf tunjang
yang mengakibatkan kerosakan fungsi kekal. Kerosakan fungsi kekal mesti menyebabkan
ketidakupayaan kekal untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan
Harian. Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh:
(a) seorang doktor pakar yang bersesuaian; dan
(b) kehadiran jangkitan kuman (bakteria) di dalam cecair serebrospina oleh punktur lumbar.
Untuk definisi di atas, lain-lain bentuk meningitis, termasuk viral meningitis adalah tidak dilindungi.
5 Tumor Otak Benign – keterukan tertentu
Tumor benign dalam otak atau meninges dalam tengkorak, di mana semua keadaan berikut
dipenuhi:
(a) Ia mengancam nyawa; dan
(b) Ia menyebabkan kerosakan otak; dan
(c) Ia telah dibuang secara pembedahan ataupun ia telah menyebabkan defisit neurologi yang
kekal dengan simptom klinikal berterusan; dan
3
(d) Kewujudannya mesti disahkan oleh pakar neurologi atau pakar bedah neurologi dan
disokong oleh imbasan MRI, CT atau teknik-teknik pengimejan lain yang boleh dipercayai.
Berikut adalah tidak dilindungi:
(a) Sista
(b) Granuloma
(c) Kecacatan dalam atau pada arteri atau vena otak
(d) Hematoma
(e) Tumor di dalam kelenjar pituitari
(f) Tumor di dalam tulang belakang
(g) Tumor saraf akustik
6 Buta – Kekal dan Tidak boleh pulih
Kehilangan penglihatan kekal dan tidak boleh pulih akibat kemalangan atau penyakit sehingga
suatu tahap apabila diuji menggunakan alat bantuan penglihatan, penglihatan diukur pada 3/60
atau lebih teruk untuk kedua-dua belah mata menggunakan carta mata Snellen atau ujian setara
dan keputusan tersebut mestilah disahkan oleh pakar oftalmologi.
7 Pembedahan Otak
Menjalani pembedahan ke atas otak di mana kraniotomi (pembedahan bukaan tengkorak)
dilakukan di bawah anestesia am.
Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(a) Prosedur lubang gerudi (burr hole)
(b) Prosedur transfenoid
(c) Prosedur bantuan endoskopik atau lain-lainprosedur invasif secara minimum
(d) Pembedahan otak akibat kemalangan
8 Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal
Sebarang tumor malignan yang didiagnos positif dengan pengesahan histologi dan bercirikan
pertumbuhan sel malignan yang tidak terkawal dan serangan tisu. Terma tumor malignan termasuk
leukimia, limfoma dan sarkoma.
Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(a) Semua kanser yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai berikut:
– pra-malignan
– bukan invasif
– karsinoma in situ
– mempunyai malignan pinggiran (borderline)
– mempunyai potensi malignan
(b) Semua tumor prostat yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi
TNM)
(c) Semua tumor tiroid yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0 (Klasifikasi
TNM)
(d) Semua tumor pundi kencing yang secara histologinya diklasifikasikan sebagai T1N0M0
(Klasifikasi TNM)
(e) Leukemia Limfositik Kronik kurang daripada RAI Tahap 3
(f) Semua kanser dengan kewujudan HIV
(g) Sebarang kanser kulit selain melanoma malignan
4
9 Kardiomiopati – keterukan tertentu
Diagnosis muktamad kardiomiopati oleh pakar kardiologi yang menyebabkan kerosakan fungsi
ventrikel kekal dan menyebabkan kerosakan fizikal kekal pada sekurang-kurangnya klasifikasi kelas
III Persatuan Jantung New York (NYHA) mengenai kerosakan jantung. Diagnosis hendaklah disokong
oleh hasil penemuan ekokardiografik untuk prestasi ventrikel yang dikompromi.
Klasifikasi NYHA bagi Kerosakan Jantung untuk Kelas III dan Kelas IV bermaksud seperti berikut:
Kelas III: Aktiviti fizikal yang terhad. Selesa ketika rehat, tetapi aktiviti yang kurang daripada
kebiasaan akan menyebabkan simptom-simptom.
Kelas IV: Tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti fizikal tanpa merasa tidak selesa. Simptomsimptom mungkin muncul walaupun ketika rehat.
Kardiomiopati yang berkait langsung dengan penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah tidak
dilindungi.
10 Anemia Aplastik Kronik – mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
Kegagalan kekal dan tidak boleh pulih sumsum tulang yang menyebabkan anemia, neutropenia dan
trombositopenia memerlukan sekurang-kurangnya dua (2) daripada rawatan berikut:
(a) Tranfusi produk darah berkala
(b) Agen perangsang sumsum
(c) Agen imunosupresif
(d) Transplan sumsum tulang
Diagnosis mesti disahkan oleh biopsi sumsum tulang.
11 Pankreatitis Kronik Berulang
Serangan berbilang pankreatitis yang mengakibatkan disfungsi pankreas yang menyebabkan
malserapan dan memerlukan terapi penggantian enzim. Diagnosis mesti dilakukan oleh
gastroenterologi dan disokong oleh hasil penyiasatan yang sewajarnya.
Pankreatitis Kronik Berulang disebabkan oleh alkohol adalah dikecualikan.
12 Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
Keadaan tidak sedar diri tanpa sebarang gerak balas atau tindak balas terhadap rangsangan luar
atau keperluan dalaman, yang berterusan untuk sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96)
jam, memerlukan penggunaan sistem sokongan hayat dan mengakibatkan defisit neurologi kekal
dengan simptom klinikal berterusan. Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari
adalah digunapakai. Pengesahan oleh pakar neurologi mesti dikemukakan.
Berikut adalah tidak dilindungi:
(a) Koma diakibatkan langsung daripada penyalahgunaan alkohol atau dadah.
13 Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
Merujuk kepada pembedahan bukaan dada sebenar untuk memulihkan atau merawat Penyakit
Arteri Koronari (CAD) dengan cara cantuman pintasan arteri koronari.
Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
i. angioplasti
ii. teknik intra-arteri yang lain atau teknik berasaskan kateter
iii. prosedur lubang kunci (keyhole)
iv. prosedur laser
5
14 Pekak – Kekal dan Tidak boleh pulih
Hilang Upaya mendengar secara kekal dan tidak boleh pulih akibat kemalangan atau penyakit
sehingga suatu tahap kehilangan yang lebih daripada 80 desibel merentasi semua frekuensi
pendengaran pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan di dalam bentuk keputusan ujian
audiometri dan ujian ambang bunyi mesti disediakan dan disahkan oleh pakar Telinga, Hidung dan
Tekak (ENT).
15 Ensefalitis – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
Keradangan teruk bahan otak, mengakibatkan kecacatan fungsian kekal. Kecacatan fungsian kekal
mesti mengakibatkan ketidakupayaan untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti
Kehidupan Harian.Tempoh Penilaian minimum selama tiga puluh (30) hari adalah digunapakai.
Kejadian yang dilindungi mestilah disahkan oleh pakar neurologi.
Ensefalitis dengan kewujudan jangkitan HIV adalah tidak dilindungi.
16 Kegagalan Hati Tahap Akhir
Kegagalan hati tahap akhir dibuktikan oleh semua yang berikut:
(a) jaundis kekal; dan
(b) asites (lebihan cecair dalam kaviti peritoneal); dan
(c) ensefalopati hepatik.
Kegagalan hati berpunca dari alkohol atau penyalahgunaan dadah adalah tidak dilindungi.
17 Penyakit Paru-paru Tahap Akhir
Penyakit paru-paru tahap akhir yang menyebabkan kegagalan pernafasan kronik.
Semua kriteria berikut mestilah dipenuhi:
(a) Keperluan rawatan oksigen berkala secara kekal; dan
(b) Gangguan kekal pada fungsi paru-paru dengan Isi padu Ekspirasi Paksa (FEV) yang
konsisten kurang daripada satu (1) liter pada saat pertama; dan
(c) Sesak nafas dalam keadaan rehat; dan
(d) Analisis Asas Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau
kurang.
18 AIDS Dengan Gejala Penuh
Manifestasi klinikal bagi AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) mesti disokong oleh
keputusan positif ujian antibodi HIV (Virus Kurang Daya Tahan Manusia) dan satu ujian
pengesahan. Sebagai tambahan, Peserta/Orang Yang Dilindungi perlu mempunyai kiraan sel CD4
kurang daripada dua ratus (200) dan memenuhi satu (1) atau lebih kriteria berikut:
i. Kehilangan lebih daripada 10% daripada berat badan dalam tempoh enam (6) bulan atau
kurang (sindrom susut badan)
ii. Sarkoma Kaposi
iii. Radang Paru-Paru Pneumocystis Carinii
iv. Leukoensefalopati multifokal progresif
v. Tuberkulosis (batuk kering) aktif
vi. Kurang daripada seribu (1,000) Limfosit / µL
vii. Limfoma Malignan
6
19 Hepatitis Viral Fulminan
Nekrosis (kematian tisu hati) yang separa besar (sub-masif) kepada besar (masif) yang disebabkan
oleh sebarang virus seperti yang dibuktikan oleh semua kriteria diagnostik yang berikut:
(a) Penyusutan saiz hati dengan pantas seperti yang disahkan oleh ultrasound abdomen; dan
(b) Nekrosis (kematian tisu) melibatkan keseluruhan lobula, meninggalkan hanya satu rangka
retikulum; dan
(c) Ujian kefungsian hati yang semakin merosot; dan
(d) Jaundis yang semakin mendalam.
Jangkitan viral hepatitis atau status pembawa sahaja (termasuk tetapi tidak terhad kepada
Hepatitis B dan Hepatitis C) tanpa kriteria diagnostik di atas adalah tidak dilindungi.
20 Serangan Jantung – keterukan tertentu
Kematian otot jantung, disebabkan oleh kekurangan bekalan darah yang telah menyebabkan
infarksi miokardium akut dengan semua bukti berikut:
(a) Sejarah sakit dada tipikal; dan
(b) Perubahan ciri baru elektrokardiografik; dengan pembentukan salah satu daripada yang
berikut: peningkatan atau penurunan ST, penyonsangan (inversi) gelombang T, patologi
gelombang Q atau blok cabang berkas kiri; dan
(c) Peningkatan petunjuk kardium, termasuk CPK-MB melebihi tahap normal makmal yang
diterima secara umum atau Troponin yang direkodkan berada di peringkat berikut atau
lebih tinggi:
– Troponin T Kardium atau Troponin l Kardium I > / = 0.5 ng/ml.
Bukti mesti menunjukkan kejadian infarksi miokardium akut adalah pasti, yang mana seharusnya
disahkan oleh pakar kardiologi atau pakar perubatan.
Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(a) kejadian sindrom koronari akut termasuk tetapi tidak terhad kepada angina tidak stabil.
(b) peningkatan petunjuk kardium akibat daripada prosedur perkutaneus untuk penyakit arteri
koronari.
21 Pembedahan Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap jantung
disebabkan oleh kecacatan atau keabnormalan injap jantung.
Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(a) Pembaikan menerusi prosedur intra-arteri.
(b) Pembaikan menerusi pembedahan lubang kunci atau lain-lain teknik yang serupa.
22 Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) melalui transfusi darah, dengan syarat semua
keadaan berikut dipenuhi:
i. Transfusi darah adalah keperluan dari segi perubatan atau diberi sebagai sebahagian
daripada rawatan perubatan;
ii. Transfusi darah adalah diterima di Malaysia atau Singapura selepas kuatkuasa Sijil;
iii. Sumber jangkitan adalah didapati daripada institusi yang memberikan transfusi darah atau
institusi yang boleh mengesan punca darah yang dicemari HIV;
iv. Orang yang Dilindungi tidak menghidap hemofilia; dan
v. Orang yang Dilindungi bukan ahli mana-mana kumpulan berisiko tinggi termasuk tetapi
tidak terhad kepada pengguna dadah intravena.
7
23 Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang
Kegagalan buah pinggang peringkat akhir yang dikemukakan sebagai kegagalan kronik tidak boleh
pulih pada kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, yang mengakibatkan dialisis secara berkala
dimulakan atau transplan buah pinggang perlu dijalankan.
24 Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
Pengesahan oleh pakar yang bersesuaian mengenai kehilangan upaya untuk hidup berdikari dan
mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada
Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian selama enam (6) bulan digunapakai.
25 Hilang Keupayaan Bertutur
Hilang keupayaan bertutur sepenuhnya, berkekalan dan tidak boleh pulih disebabkan oleh
kecederaan atau penyakit. Tempoh Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.
Bukti perubatan untuk mengesahkan kecederaan atau penyakit kepada pita suara untuk
menyokong kehilangan keupayaan ini mesti diberikan oleh pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).
Semua sebab yang berkaitan dengan psikiatrik adalah tidak dilindungi.
26 Trauma Kepala Major (teruk) – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti
Kehidupan Harian
Kecederaan fizikal di kepala yang mengakibatkan kerosakan kekal terhadap fungsian yang disahkan
oleh pakar neurologi. Kerosakan kekal fungsian mesti meyebabkan ketidakupayaan untuk
menjalankan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian. Tempoh Penilaian
minimum selama tiga (3) bulan digunapakai.
27 Transplan Organ Utama / Sumsum Tulang
Penerimaan transplan seperti berikut:
(a) Sumsum tulang manusia mengunakan sel stem hematopoietik didahului dengan ablasi
sumsum tulang menyeluruh; atau
(b) Salah satu daripada organ-organ manusia berikut: jantung, paru-paru, hati, buah pinggang,
pankreas yang tidak dapat dipulihkan akibat kegagalan tahap akhir organ yang berkenaan.
Lain-lain pemindahan sel stem adalah tidak dilindungi.
28 Penyakit Sistik Medular
Penyakit buah pinggang keturunan yang progresif dicirikan oleh kewujudan sista dalam medula,
atrofi tubular dan fibrisis intestitial dengan manifestasi klinikal seperti anemia, poliuria dan
kehilangan natrium ginjal, yang menyebabkan kegagalan ginjal kronik. Diagnosis mestilah disokong
oleh biopsi ginjal.
29 Penyakit Neuron Motor – defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan
Diagnosis muktamad penyakit neuron motor oleh pakar neurologi dengan merujuk kepada atrofi
otot tulang belakang, bulbar palsi progresif, sklerosis amiotrofik lateral atau sklerosis lateral utama.
Mesti ada deficit kekurangan neurologi kekal bersama dengan simptom klinikal berterusan.
30 Sklerosis Multipel
Diagnosis muktamad sklerosis multipel oleh pakar neurologi. Diagnosis mestilah disokong oleh
semua perkara berikut:
(a) Siasatan yang mengesahkan bahawa diagnosis adalah Sklerosis Multipel.
8
(b) Defisit neurologi berbilang yang menyebabkankecacatan fungsi motor dan deria untuk
tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
(c) Sejarah eksaserbasi dan peredaan bagi simptom-simptom yang disebut dan defisit
neurologi yang didokumenkan dengan baik.
31 Distrofi Otot
Diagnosis muktamad Distrofi Otot oleh pakar neurologi dan mesti disokong oleh kesemua berikut:
i. Penampilan klinikal kelemahan otot yang progresif;
ii. Tiada penglibatan saraf tengah / periferal sebagai bukti untuk kehilangan gangguan sensor;
iii. Hasil penemuan ciri-ciri elektromiogram dan biopsi otot.
Tiada manfaat akan dibayar di bawah peristiwa dilindungi sebelum Orang Yang Dilindungi
mencapai umur dua belas (12) tahun hari jadi akan datang.
32 Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) Dijangkiti Melalui Pekerjaan
Jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) (hanya sekiranya Orang Yang Dilindungi
merupakan Kakitangan Perubatan seperti yang didefinisikan di bawah), di mana ia dijangkiti akibat
kemalangan yang berlaku semasa menjalankan tugas pekerjaan yang biasa sebagai Kakitangan
Perubatan dengan serokonversi (penukaran serum) kepada jangkitan HIV yang berlaku dalam
tempoh enam (6) bulan dari tarikh kemalangan. Sebarang kemalangan yang berpotensi
menimbulkan tuntutan mestilah dilaporkan kepada Kami dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari
tarikh kemalangan itu dengan disokong oleh ujian HIV yang negatif yang diambil dalam tempoh
tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan itu.
“Kakitangan Perubatan” didefinisikan sebagai doktor (Doktor Perubatan Umum dan Doktor Pakar),
pengamal perubatan tradisional dan pelengkap, jururawat, paramedik, juruteknik makmal, doktor
pergigian, jururawat pergigian, pekerja ambulans yang bekerja di pusat perubatan atau hospital
atau klinik/poliklinik pergigian di Malaysia (“Tempat Kerja”). Apabila diperlukan dari segi undangundang, Kakitangan Perubatan dan Tempat Kerja mestilah berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia.
33 Kelumpuhan Anggota
Hilang penggunaan penuh, kekal dan tidak boleh pulih kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki, atau
satu tangan dan satu kaki, akibat lumpuh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Tempoh
Penilaian minimum selama enam (6) bulan adalah digunapakai.
34 Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan
Harian
Diagnosis muktamad Penyakit Parkinson oleh pakar neurologi di mana semua keadaan berikut
dipenuhi:
(a) tidak boleh dikawal dengan ubat-ubatan; dan
(b) menunjukkan tanda-tanda kemerosotan progresif; dan
(c) pengesahan ketidakupayaan kekal Orang yang Dilindungi untuk melakukan tiga (3) atau
lebih daripada Aktiviti Kehidupan Harian tanpa bantuan.
Hanya penyakit Parkinson idiopatik sahaja yang dilindungi. Parkinson yang disebabkan oleh ubatubatan atau toksik adalah tidak dilindungi.
35 Poliomielitis
Diagnosis muktamad oleh seorang pakar neurologi mengenai jangkitan Poliovirus yang
menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang terbukti daripada kerosakan fungsi motor atau
9
kelemahan pernafasan. Kes-kes yang tidak melibatkan kelumpuhan tidak akan layak menerima
manfaat ini. Sebab-sebab lain kelumpuhan (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah dikecualikan
secara spesifik.
36 Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – keterukan tertentu
Diagnosis muktamad hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran ketara ventrikel kanan yang
ditentukan menerusi penyiasatan termasuk kateter jantung, yang menyebabkan kecacatan fizikal
kekal sehingga tahap sekurang-kurangnya klasifikasi Kelas III Persatuan Jantung New York (NYHA)
bagi kerosakan jantung.
Hipertensi arteri pulmonari disebabkan oleh sebab-sebab lain adalah dikecualikan daripada
manfaat ini.
Klasifikasi NYHA bagi Kerosakan Jantung untuk Kelas III dan Kelas IV bermaksud seperti berikut:
Kelas III: Aktiviti fizikal yang terhad. Selesa ketika rehat, tetapi aktiviti yang kurang daripada
kebiasaan akan menyebabkan simptom-simptom.
Kelas IV: Tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti fizikal tanpa merasa tidak selesa.
Simptom-simptom mungkin muncul walaupun ketika rehat.
37 Skleroderma Progresif
Penyakit sistemik vaskular kolagen yang menyebabkan fibrosis resap progresif dalam kulit, saluran
darah dan organ dalaman. Diagnosis mesti disokong tegas oleh bukti biopsi dan serologi dan
gangguan mestilah mencapai perkadaran sistemik untuk melibatkan jantung, paru-paru atau buah
pinggang.
Berikut adalah dikecualikan:
i. Skleroderma setempat (skleroderma linear atau morfea);
ii. Faskitis eosinofilik; dan
iii. Sindrom CREST.
38 Penyakit Arteri Koronari Serius
Penyempitan lumen bagi Arteri Koronari Kanan (RCA), Anterior Kiri Arteri Menurun (LAD) dan Arteri
Sirkumfleks (tidak termasuk cabang-cabang), berlaku pada masa yang sama dengan minimum
enam puluh peratus (60%) dalam setiap arteri seperti yang dibuktikan oleh arteriografi koronari
(prosedur diagnostik bukan invasif adalah tidak dilindungi). Penyempitan sebanyak enam puluh
peratus (60%) atau lebih pada Stem Utama Kiri akan dianggap sebagai penyempitan Anterior Kiri
Arteri Menurun (LAD) dan Areteri Sirkumfleks. Kejadian yang dilindungi akan dibayar tidak mengira
samada sebarang bentuk pembedahan arteri koronari telah dijalankan atau tidak.
39 Strok / Angin Ahmar – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan simptom-simptom klinikal
berterusan
Kematian tisu otak akibat bekalan darah yang tidak cukup, pendarahan dalam tengkorak atau
embolisasi dari satu sumber selain dari kranium yang mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan
simptom klinikal berterusan. Diagnosis ini mesti berdasarkan kepada perubahan yang boleh dilihat
pada imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi. Tempoh Penilaian minimum
selama tiga (3) bulan adalah digunapakai.
Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(a) Serangan iskemia sementara (TIA)
(b) Simptom-simptom serebral yang disebabkan oleh migraine
(c) Kecederaan traumatik pada tisu otak atau salur-salur darah
10
(d) Penyakit vaskular yang memberi kesan terhadap mata atau saraf optik atau fungsi-fungsi
vestibular
40 Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan menerusi torakotomi atau laparotomi (pembedahan bukaan dada atau
abdomen) untuk membetulkan aneurisma aorta, sekatan aorta atau pembelahan aorta. Untuk
definisi ini, aorta hendaklah bermaksud aorta di bahagian dada dan abdomen tetapi bukan
cabangnya.
Untuk definisi di atas, berikut adalah tidak dilindungi:
(a) Angioplasti;
(b) Lain-lain teknik intra-arteri atau teknik berasaskan kateter;
(c) Prosedur lubang kunci yang lain;
(d) Prosedur laser.
41 Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
Diagnosis muktamad Lupus Eritematosus Sistemik yang disahkan oleh pakar reumatologi.
Untuk definisi ini, kejadian yang dilindungi akan dibayar jika ia mengakibatkan Lupus Nefritis Jenis
III hingga Jenis IV, yang dibuktikan oleh biopsi ginjal. Bentuk lain seperti lupus diskoid, atau jenis
lain dengan hematologi atau penglibatan sendi sahaja adalah tidak dilindungi.
Klasifikasi Lupus oleh WHO:
Jenis III – Glomerulonefritis Segmen Fokus
Jenis IV – Glomerulonefritis Resap
Jenis V – Glomerulonefritis Bermembran
42 Penyakit Terminal (Membawa Maut)
Diagnosis muktamad sesuatu keadaan yang dijangka mengakibatkan kematian Orang Yang
Dilindungi dalam tempoh dua belas (12) bulan. Orang Yang Dilindungi mestilah tidak lagi menerima
rawatan aktif selain daripada untuk melegakan kesakitan. Diagnosis ini mestilah disokong dengan
pengesahan bertulis daripada doktor pakar yang bersesuaian dan disahkan oleh doktor yang Kami
lantik.
43 Kelecuran Tahap Ketiga – keterukan tertentu
Lecuran kulit tahap ketiga (iaitu ketebalan penuh) meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus
(20%) daripada jumlah kawasan permukaan badan.

Download Video Cara Buat Duit Dengan Insuran PERCUMA
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Call Now ButtonCall Saya
×

Powered by WhatsApp Chat

× Whatsapp Saya